20120407

Amy Was Nothing But Strong

Amy sits on the bed, infront of her computer screen, trying to come up with something smart but she can't. Her head was full of uncertainties. She felt insecure and scared, even writing won't distract her from all that screwed up shits. She was trying to face the fact that the only man she fell hard into had lost interest in her. He looks at her as a different person when actually nothing is changing, he told her things she doesnt want to hear, she wished she was born deaf. He makes it hard for her to sleep at night, he damaged her mind with insecurities and sadness. She thought she had gone mad at times. Sometimes she thinks that love was something cheap. We can get love anywhere for free but falling in love may be the last thing on earth you wanna try doing, because it gets forgotten easily, one day you're in love and the next day you get so comfortable with what you have you start taking things for granted and eventually, you'll end up leaving or be left alone. That is how cheap love is. Amy thought, love is not a religion. It is pure bullshit.

20111213

Sebelum Terlambat

Bawa aku ke bangunan yang paling tinggi.Temani aku ke dalam lautan yang paling dalam.Pimpin aku disaat pelitaku hilang.Peluk aku dan menangis denganku apabila kita berdua gagal membekukan masa.Air mata ini adalah tali gantung kepada cinta yang bakal dibawa pergi.Namun aku,aku akan memegang tanganmu selagi aku bisa.Aku akan menatap wajahmu selagi aku bisa.Aku akan menghabiskan detik-detik yang tersisa hanya untuk kamu.Dan melakukan perkara-perkara yang belum sempat kita lakukan bersama.Aku menghargai setiap saat yang ada untuk kita.Kerana cinta adalah perjuangan terindah selain perjuangan hidup.Dan jika perjuangan ini harus kita perangkan,kita lakukan berdua.

20110517

Berat

Aku ingin menangis tapi air mataku sudah kering.Di dadaku pula mempunyai sebuah batu yang sangat berat dan besar.Dan mungkin aku perlu memikul keberatan ini sepanjang hayatku.Aku penat sekali.Aku tak larat lagi memikulnya.Aku minta Tuhan mencabut nyawaku.Supaya aku bisa berehat daripada kesengsaraan ini.Tuhan tak pernah berikan aku yang terbaik.Bukan aku berprasangka buruk padaNya.Tapi kadang kala aku tertanya-tanya.

Panjang sungguh penderitaan ini.Kapan percutiaannya?

20110505

Jauh,

Seperti hujan yang tak akan reda,semakin lama semakin gawat lalu mengubah nama dari Hujan kepada Taufan dan akhirnya memusnahkan semua kemudahan di sekeliling manusia.Seperti ombak yang tinggi menunggu masa untuk membaham bandar Aceh dan mendajalkan diri membunuh dan menguburkan cinta-cinta yang suci.

Semuanya tak tentu arah,bila kau tak ada disini.

20110224

Sampai Mati,Sampai Mati Dan Sampai Mati Lagi

Musim hujan datang lagi.

Kelihatan seorang gadis yang berbasahan akibat terkena air hujan melulu masuk ke dalam restoren,seraya matanya mengekor ke kiri,ke kanan,ke hadapan,dan seterusnya ke belakang mencari tempat duduk.Lantas dia berjalan menuju ke arah meja makan aku.


"Boleh saya tumpang duduk meja ni? Saya perlukan plag untuk cucuk wayar laptop.Tempat lain dalam mamak ni dah penuh.Boleh kan?"

"Kenapa tak duduk tempat lain?"

"Semua negro" katanya. " Saya takut"

"Kalau mat saleh?"

"I'd still go for you"

Tapi kali ini,hujan turunkan permata.Cuma permatanya ada satu dan ia milik aku.

"Aira.."

"Ya?"

"Kalau awak kena pilih antara syurga dan saya.Mana akan jadi pilihan awak?"

"I'd still go for you."


Ya,ini cinta.Dan cinta jadikan kami tali yang terikat mati.

Hidayah,

Angin mengajar aku berlari.

Aku definasikan setiap pelarian seperti terbang atas darat.


Aku kenal dengan Hidayah.Seorang gadis misterius yang cintakan sarkas,lebih jelas lagi Hidayah sukakan keanehan fizikal ahli-ahli sarkas itu.Jadi Hidayah mengajarkan aku seni lukisan gori.Lukisan yang zalim dan banyak daripada hasilnya yang mengundang disturbia.Kami berdua akan membunuh masa hanya dengan melahirkan berpuluh-puluh lukisan gori dalam masa tiga hari.Lama kelamaan hobi itu bertukar menjadi lebih praktikal apabila Hidayah mulai membunuh kucing-kucing jalanan dengan cara paling ngeri dan memotraitkan setiap momentos tersebut dalam instax.

Aku turut serta.

Kami sukakan kucing.Kami sukakan bangkai kucing.


Dan apabila tiba masa Hidayah pula diculik Malaikat Maut.Aku hilang segalanya.Mayat Hidayah aku bakar dan abunya aku taburkan diseluruh pelosok rumah yang kami kongsi bersama.Agar aku bisa selalu merasakan kehadirannya.


Tapi aku masih sunyi dan kesunyian mengeskort aku ke ambang maut.Dan untuk mengelak daripada dibawa ke ambang itu.Aku mulai terbang atas darat lagi.Kali ini,mungkin aku tak akan berhenti.

20101212

Antares,

Kalau aku mati.Jangan lupa beritahu anak kita yang bintang paling sejuk,warna merah.


Sudah tujuh tahun kau pergi sayang.Dan tujuh tahun jugalah umur anak kita.

“ Papa.Sari nak piknik atas bukit.tapi Sari nak piknik malam-malam”

“ boleh sayang..”

anak kita sama saja perangainya macam kamu.Mahunya yang aneh-aneh.


Aku pilih malam yang paling sempurna untuk Sari.Malam hari jadi kamu.Aku ajaknya ke bukit Jai.Dia sukakan bukit ini.Sepertimana kamu sukakannya.

“ papa papa ! cantiknya bintang yang tu! “ Sari teriak girang seraya menunding jari ke arah sebutir bintang yang agak kemerah-merahan.

“ namanya Antares. “

“ Antares?”

“ Ya.Antares,bintang paling sejuk sayang.”


Aku berjaya sampaikan pesan kamu kepada anak kita,sayang.




Tuhan. Tolong beritahu isteri saya. Yang saya rindu dia.

Uniti Suci,

Gadis imut itu menangis dan terus menangis.

Dan pada tika itu muncul seorang laki-laki berkaki tempang dengan tongkatnya.berjalan dalam halaju yang tidak deras.tiba di tempat gadis tersebut,yang masih menangis.Seperti dia sedang berasmara dengan air mata.

“ ada habuk apa yang dah masuk mata?”

laki-laki tadi bersarkastik.Mencuba menenangkan gadis itu.Berharap dia akan tertawa,walaupun sedetik.Kerana laki-laki tadi punya alergi kuat pada tangisan.

“ aku cakap jangan pergi.tapi dia degil.tengok sekarang..”

“ siapa? Pergi mana?”

gadis itu bercerita dari abjad satu hingga yang terakhir.Tentang teman lelakinya,tentang bagaimana teman lelakinya bergabung dengan pasukan tentera negara.Tentang kematian syahid teman lelakinya yang masih belum dapat dia kompromikan.Dia memaki Tuhan dan menangis lagi.

“ setidak-tidaknya kau ada Tuhan.” Kata laki-laki tadi. “ aku atheis.Jadi aku tak ada tempat untuk campak tahi.Aku tak boleh campak tahi pada Tuhan.Kerana aku tak ada Tuhan. Aku akhirnya akan salahkan diri aku sendiri.Lebih teruk rasanya.Macam kau,kau boleh salahkan Tuhan untuk tutup rasa bersalah kau.” Tambahnya.


Gadis itu terdiam.Semuanya hening,yang kedengaran cuma kugiran cengkerik di balik semak.makin kencang.

“ aku tak pernah rasa kehilangan orang yang aku cintai.”

Laki-laki tadi memecah sepi.

“ kau pernah jatuh hati pada siapa-siapa?”

“ aku berharap untuk jatuh hati pada Tuhan.”

“ kenapa tidak?”

“ skeptisme terlalu tinggi.”

“ bukan kau yang pilih untuk jadi macam ni.”

“ aku tak pilih untuk memilih pun.”

“ jadi aku pun tak ada kuasa untuk mengubah.”


Gadis itu toleh ke barat.menghela nafas panjang,bersyukur atas kehadiran lelaki atheis yang tempang itu.Lelaki itu menyedarkannya untuk lebih menghargai Tuhan.Supaya dia boleh berhenti menyalahkan Tuhan ke atas semua senario pengambilan nyawa manusia.Kerana itu sememangnya hukum alam.

Gadis itu melabuhkan kepalanya ke pundak laki-laki tersebut.

“ kau nak tahu tak?”

“ apa dia?”

“aku masih kerap tulis dekat wall facebook dia.”

“berharap untuk dia balas? ”

“ya.”

“ kalau aku ada password akaun facebook teman lelaki kau,dah lama aku balaskan.”

“ dan buat aku fikir kau,dia?”

“ boleh juga.asalkan kau happy.”

“ aku baru kenal kau setengah jam.Tapi terima kasih.”

“ untuk apa?”

“ untuk kejahilan kau yang dah membuka mata aku.”



aluhu akhbar.

Helah Perempuan Kaki Botol,

Mari duduk sebelah aku.Mari kita bercakap selamanya untuk menghabiskan masa yang membunuh kita.kau sudi duduk sebelah aku?

“ aku nak lihat sesuatu yang luar biasa.”

“ aku masih ingat pada sesuatu yang luar biasa.”

“ apa dia?”

“ malaikat.”

“ kau pernah nampak malaikat?”

“ masa aku bayi.”

“ kau masih ingat?!”

“ Ya.Benda paling cantik pernah aku lihat.Tapi semakin aku dewasa,dia semakin hilang."

“ Cara untuk kekalkan dia disamping kau,adalah untuk tidak membesar."

“ Atau dilahirkan semula untuk tidak membesar.Kau pernah lihat malaikat?”

“ Malaikat jijik dengan orang macam aku.”

“ Malaikat paling suka kaki botol macam kau.”

“ Kalau macam tu.Aku harap dia sudi mabuk dengan aku.”

Jadi,malam ini kelihatan sedikit kelam.Rakan-rakan langit kita tak hadir.kemanalah mereka ya.

“ aku ada lagu baru dalam ipod.Nak dengar?”

“ Boleh.”

Aku sajikan telingaku dengan bunyi-bunyi yang paling indah dari seorang performer yang tidak dikenali,seorang performer yang menceritakan tentang.. Aku cuba selam ke dalam rentak alunan muziknya yang halus dan.. aku hilang ke dalam sebuah eskapism.

Kau dimana?

Aku.. berada di dalam hutan belantara,dilengkapi dengan air terjun dan duyung-duyung.Ada pondok usang berdekatan air terjun tersebut.Aku menghampiri pondok tersebut dan terlihat malaikat itu di dalamnya.Sedang memanggil aku untuk bergabung dengannya.

Kau dimana?

“ Bangun!”

Aku bangkit sambil tercungap-cungap lantas menoleh ke arah perempuan kaki botol yang sedang meneguk bir,dahinya berkerut.Barangkali runsing dengan gelagatku.

“ nak rokok?” Lalu menawarkan sebatang rokok.

“ tak nak.” Aku menolak.

“ Bodoh.” Katanya.

“ apa dia?”

“ aku kata.kau bodoh.”

“ kenapa?”

“ lelaki bodoh yang jatuh cinta kepada malaikatnya.Obses.”

Lalu perempuan kaki botol membakar puntung rokoknya,dalam gelap malam aku dapat melihat api rokok yang diisapnya menerangi wajahnya.

“ kau rasa aku gila?”

“ aku tahu kau gila.”

“ lagu tadi.lagu tadi betul-betul bawa aku kepada dia.”

“ boleh aku dengar lagi?”

“ minum dengan aku.”

“ apa dia?”

“ aku kata.minum dengan aku.”

“ lepas tu baru aku boleh pinjam ipod kau?”

“ yeah.”

Perempuan kaki botol menghulurkan sebotol bir kepadaku,dengan niat untuk menghabiskan lagi 3 botol bir disebelahnya.Dengan niat untuk membawaku jumpa dengan sang malaikat dengan cara seharam ini? Apa-apa pun boleh asalkan aku dapat berjumpa dengannya.Memang ini satu obsesi.Secara tak langsung,perempuan kaki botol sendiri sedang mencipta sebuah perjalanan untuk dirinya sendiri,perjalanan untuk mencari tahu siapa malaikatnya.Dia sedang hampir..



Kalian dimana?

20101014

Romeo + Rosaline

Lihat kami Tuhan.Dengarkan kami.Berikan kami nyali untuk meneruskannya.


Baunya masih sama.Dan malam itu kami meludahi segalanya dan menzinai masa yang tertinggal buat kami di tasik kesukaan aku dan dia.Ia masih cantik.

Dengan berkaki ayam.Dengan memakai jiwa yang bebas.Kami berlari berpautan tangan,berpautan rasa dan hati ke sebuah fantasi yang sudah usang.Fantasi yang pernah kami diami dulu,kini kami kembali untuk mendudukinya walaupun hanya semalam. Imaji-imaji yang keluar di benak kami hanyalah kami.

Malam itu malam kita berdua.

Kami ketawa.
Kami menangis.
Kami bercinta lagi.

Namun, bunyi jam yang bakal menghanyutkan kami ke realitas sangat menggalaukan.Pada detik itu kami berdua menangis dan berpelukkan.Ini pelukkan paling kuat yang pernah dia berikan.Aku tidak akan lupa bau ini.Bau yang mengembalikan aku ke waktu kecil,dimana aku bebas menngapai bulan dan berhilau tawa.Dan dia juga pasti tidak akan lupa dengan ciuman ini.Kerana hanya aku yang berkuasa untuk memberikan ciuman selembut itu.Aku harap ia sudah cukup mengkhayalkanmu.Kami bertatapan mata dan mengubal janji.

Janji darah.kami menjanjikan penyatuan di masa hadapan kerana kami masih muda dan mentah untuk membayangkan perkara-perkara aneh dan merumitkan.Dan dalam umur yang masih mentah ini juga kami masih berdegil untuk tidak menerima hakikat bahawa kami bakal meninggalkan alam fantasi dalam masa beberapa minit lagi.Jadi apa salahnya kalau kami putuskan untuk tidak berputus asa.Bukan sekarang.Masih terlalu awal.

Sewaktu pintu realitas terbuka.Sudah masanya kami mengucapkan selamat tinggal kepada tasik,sampan,jambatan dan langit ke-8.berat mulut aku untuk mengatakannya,berat jugalah tangan aku untuk menuliskannya..selamat tinggal sayang.Sekali lagi.Kami masih berdegil untuk perpimpinan tangan walaupun sudah dekat kepada pintu celaka itu.Pintu pemisah.

“ masanya untuk kembali..”

kataku dengan lemah.

dia mengucup bibirku buat kali terakhir yang entah keberapa kali.

Dan bisik “aku harap kau tak bahagia dengan dia.”

Aku mencapai tubuhnya seraya membalas bisik –

“ aku juga harap kau tak bahagia dengan dia.”

lalu kami berdua tertawa sinis.

“ you’ll always be my love.”

Katanya.


Realitasnya, apa sahaja yang akan terjadi,jadilah.Asalkan kita berdua tahu yang malam itu.kami telah menjajah segalanya, kami telah membina sebuah empayar yang lebih besar daripada sebelumnya.Apa yang kami bina ini lebih besar angkanya daripada digit dua.Kami memang binanya berdua tapi kuatnya kami semasa membinanya seperti membina dengan bantuan berjutaan orang.

What have we become? Powerful.

20101007

Sampan,Jambatan dan Seterusnya Langit-8

Dan selamanya
Dan selamanya
Dan selamanya

dan kuasa kita
dan kuasa kita
dan kuasa kita

dan selamanya kuasa itu ada.
kita sahaja yang ada.kita berdua.


kuasa dua.

Dan si dara berlalu ke barat,sementara Uda tetap di timur.
Masih berkuasa.Dalam hati.

20100929

Bring Me Along,

Semalam hari aku dan aku mahu tamatkan hari aku. semuanya galau dan berantakkan. Aku bencikan semua yang bernafas,ingin sahaja aku tamatkan riwayat mereka dan akhirnya riwayat aku. semalam hari aku, dan aku sedang menamatkan ia. Tapi mereka semua datang untuk memporak-perandakan rancangan aku. entah apa yang mereka khuatirkan, entah apa yang untung diselamatkan. Entah apa yang istimewanya aku. aku sudah tidak percaya kepada apa-apa lagi jika semua dicipta untuk berdusta. Nyahkan saja.


Edan. Aku sudah edan. Dan paling edan lagi pabila aku pilih untuk diselamatkan.

Jadi keesokkan harinya aku cuba lagi. Tapi kali ini di tempat yang berbeda. Kali ini, ditempat yang mereka tidak bisa datang memanahkan tangisan palsu mereka yang kononnya takut pada kehilangan. Kehilangan aku. aku akan tinggalkan kalian. Kalian, yang tercipta untuk berdusta. aku tidak fikir panjang hingga aku terlihat seorang gadis berpakaian lengkap seragam hospital sedang duduk-duduk dibawah pohon yang mengurai lebat. Dari lensa mataku, dapat aku lihat keindahan gadis itu apabila cahaya matahari yang kian lemah menusuk di sela-sela ranting dan dengan sukanya dia membiarkan cahaya itu bermain dikulitnya.

Tidak tahu angin apa yang menolak aku kepadanya. Kepada seseorang yang tidak aku kenali asal-usulnya. Namun,dalam hati terasa tenang apabila kaki aku tanpa sunkan dengan dratis bagai berjalan sendiri ke tempat gadis itu. ianya seperti keputusan aku yang paling waras untuk bawa diri aku pada dia.

Gadis itu menoleh lemah seraya memberikan selirik senyuman kepadaku. Apakah dia tidak gusar kalau-kalau aku akan mencederakan dia di tempat sesunyi ini? Jelas di wajahnya bahawa dia. tidak takut sama sekali. malah, dia lebih senang untuk menjemput aku selami lubuk hidupnya yang misterius. Bau rambutnya , seperti buah anggur.

“ kau buat apa atas ni?”

“ kau tak patut tanya bila kau sendiri tak tahu kenapa kau ada atas ni.”

“ bukit ini sunyi. Aku Cuma nak tenangkan fikiran.”

“ aku jadi penasaran. Agak-agak, apa cara kau untuk tenangkan fikiran ya?”


lidah aku terkelu. Aku tak ada nyali untuk berterus terang dengan niat sebenar aku ke atas bukit ini. Lantas, aku mengalih pandangan ke rumput kosong.

“ kenapa kau diam?”

dia balik tanya.

“ err. Tak ada apa-apa.”

“ kau cuma bingung. Jangan cepat buat keputusan.”

Katanya. Siapa dia? adakah dia malaikat Jibrail yang menyerupai seorang wanita? Mengapa dia bisa membaca setiap apa yang tersirat dalam benakku?

“ jangan hairan. Aku hanya meneka.”

“ kau sendiri, buat apa disini?”

aku tanya lagi soalan yang belum terjawab.

“ aku sedang melarikan diri.”

“ dari hospital?”

“ nyata sekali kan?”

“ ya. Tapi kenapa?”

“ kenapa?”

“ ya. Kenapa?”


dia hanya senyum. tanpa sebarang kata. Kembali bermain dengan cahaya.

“ hye..”

aku menyentuh pundaknya. Ia terasa sungguh sejuk. dia menoleh dengan pantas sekali. “ apa?” katanya. Dan aku membalas halus “ kenapa?”

dia tarik nafas panjang,masih memasang senyumnya itu – sebelum dia mulai cerita, “ segala bagai pembedahan yang telah aku jalani tidak akan menghilangkan penyakitku. Ia akan tetap ada. dan aku akan mati bersama ia,dalam kiraan 1,2,3.tak lama lagi. aku terdengar omongan doktor. Jadi bila aku terlepas dengar. Aku telah menerima hakikat bahawa aku akan meninggalkan dunia. Tapi sebelum itu, aku mahu pastikan aku sempat menjalani hidup seperti manusia normal. Kerana itu, aku kesini.”

“ berapa hari lagi?”

“ paling lama sebulan. Tapi, kalau aku tak makan ubat.dalam 2 minggu mungkin”

“ ubat kau ada?”

“ aku tak terfikir untuk bawanya bersama.”

“ kenapa?”

“ ubat-ubat tu bikin aku rasa tak normal.”

Kami berdua diam. Aku melihatnya yang kelihatan sangat damai. Orang seperti inikah yang akan merasa syurga? Aku tanya kembali kepada diri aku. sebenarnya atas dasar apa yang buat aku terlalu marah? Adakah aku marah kepada diri aku sendiri? Adakah aku tidak mahu menyalahi diri aku sendiri lantas mengalih telunjuk kepada orang sekeliling aku pula? Apa yang sedang aku marahkan? Kenapa aku harus tamatkan riwayat hidup aku sekarang? semua persoalan ini bermain di benak apabila aku bertemu dengan gadis yang sangat menghargai hidup tanpa merengek tentang umurnya yang pendek. Sementara aku dengan bodohnya ingin menamatkan umurku apabila tiada satu pun alasan yang kukuh untuk aku meneruskan niat tolol ini. pada detik itu, aku segera memadamkan api kemarahan dalam diri aku. agar aku bisa lebih damai.Seperti dia.

“ ambil ini.”

Dia menghulurkan bunga lavender.lalu, tanpa disuruh aku telah menghidunya. Bau yang tenang itu bagaikan mengangkat aku tinggi. Cukup tinggi hingga aku mampu untuk berdiri lagi.

Aku terlena.bila aku bangun,dia sudah tiada.Jasad mahupun roh.Aku sendirian lagi di atas bukit itu. Anehnya bau rambutnya masih segar di rongga hidungku.

Siapa pun dia.Aku anggap dia pari-pari.

Terima kasih.Terima kasih banyak.Akhirnya aku kembali berpijak di bumi nyata.

20100804

My Ship Isnt Pretty,

Sangat sukar untuk kita melepaskan tangan seseorang yang terlalu bermakna.

Malam itu kita di danau kegemaran kita.Dalam sampan yang kamu bina.Untuk kita berdua sahaja.Ingat lagi malam pertama kita di dalam sampan itu.Ingat lagi bila tangan kamu menyelinap masuk kedalam blaus pendekku.

Malam itu langit kelihatan kosong tanpa bintang.lalu kita melukiskan satu jambatan pada dada langit dengan jari kita sendiri.jambatan yang akan mempertemukan kita kalau-kalau kita tersesat jalan.Magisnya,hanya kita yang telah merasa langit. Mereka salah.Rasanya bukan seperti gula-gula kapas.Malah lebih agung daripada perkara-perkara agung. Lalu kamu membinakan aku langit kelapan. Kau bilang kita akan tinggal disana. Di tempat,hanya kita yang tahu.

Semua keindahan itu dengan jari kita.

Dan kamu bisik “ aku tidak akan penat untuk terbang dan mengembang” .

Aku hanya sekadar senyum. kerana aku masih ragu.dan aku masih takut kalau-kalau kamu keletihan untuk terbang. Tapi degilmu datang. Kamu memaksa keras untuk terbang. Aku turuti saja. Kerana aku tidak mahu menyakitkan hati orang yang terlalu bermakna.

Lama rasanya untuk sampai ke langit kelapan yang kamu ciptakan untuk kita.Tapi yang pasti kami masih terbang untuk kesana. Tiba-tiba kamu letih. Dan aku tidak kaget. Kamu letih dan pegangan tanganmu makin tergelincir dari kulitku.

Im letting go to see if you’ll hold on to me.

20100624

For God Sake,Dear

Ianya satu lagi malam yang sunyi sepi di lebuhraya yang sunyi sepi.Aku memandu dengan perlahan bersama si cantik.Dia bilang dia suka panorama seperti itu denganku.Muka kami masing-masing secara kroniknya memang pucat sekali.Malam itu lebih pucat daripada biasa.

Si cantik duduk angkat kaki sambil menyandar longlai di sit kereta.dia lantas melabuhkan kepalanya di tepian jendela kereta.mendongak ke langit.

“ malam ni bulan penuh.”

“ memangnya kenapa?”

“ biasanya kalau ada bulan penuh,pasti aku sedang sedih.”

“ kau rasa sedih ke sekarang?”

“ dengan kau,tak.”

“ kalau ada sesuatu yang menyedihkan nanti.jangan risau.aku ada”

“ aku tahu.”

Si cantik mencampakkan senyuman paling manis kedalam biji mata aku.Aku membalasnya,tapi tak semanis dia.Tak berbakat mungkin.

Dari ekor mataku.Aku dapat lihat yang si cantik tidak lagi memandang bulan.dia malah menyuapkan matanya dengan imej aku.Dia melihatku lama.

Aku toleh lalu membelai pipinya dengan ibu jariku.dia mendepangkan tangannya lalu meneroka ubun-ubunku dengan jemarinya.dia cium manja leherku.


**

biasanya malam-malam begini jalan tenang. Yang ada hanya aku dan dia.Tapi malam ini beda.malam ini sebuah lori telah membabaskan kami ke dalam gaung yang paling garang.garangnya dalam.dalam sekali.lalu meletup.meletuplah kami.



Kalau ada sesuatu yang menyedihkan nanti.jangan risau.aku ada.

20100617

Satu Hari,

Kau pernah nangis?

Kau pernah jatuh?

Kau pernah terbang?

Kau pernah mati?


Aku sedang berjalan di bawah salira pokok yang hijaunya menggila.lebatnya meliar kemana-mana. Ranting dari pokok belah kanan menyambung dengan ranting pokok sebelah kiri menjadikan ia seakan-akan payung hijau yang besar.

Angin yang menghembus menerbangkan dedaun gugur. Aku mendongak sambil berjalan.aku tidak lihat tanah.aku lihat payung hijau tadi. Aku langsung tak lihat tanah. Awan tidak biru seperti semalam.mahupun putih seperti kelmarin.

Bila aku tidak lihat tanah. Aku bisa merasakan kepak tumbuh dibelakangku.

“ kau suka nature?”

“ yeah.”

“ kau suka ambil gambar?”

“ yeah.”


Lelaki paling kacak dalam dunia itu memotrait aku.

“ kau suka tanya soalan?”

dia tanya.

“ yeah.mungkin hidup aku memang penuh dengan tanda tanya.”

“ let me ask you something.”

“apa dia?”

“ kau nak ikut aku?”

“ ke mana?”

“ ke rumput yang paling hijau.dan lembut.”

“ sure!”


memang benar katanya. Memang hijau rumputnya.memang lembut rumputnya.

“ tolong jadi model aku.”

“ boleh.”

“ boleh kau telanjang supaya aku boleh cat badan kau hijau?”


dan ya. Tak ada seurat benang pun dibadan aku selepas itu. badan aku telah dicatkan hijau. Umpama aku kanvas kepada artisan ini. Tanpa aku sedari.aku telah menjadi warna hijau yang paling cantik sekali.

aku menggulingkan diri di rumput yang katanya hijau dan lembut.rumput yang aku percaya hijau dan lembut. Aku menyatukan diri aku yang hijau ini dengan rumput yang hijau itu. sewarna.

“ boleh kau bawa aku tengok iris liar?”

dia mencapai tuala untuk aku pakai sekalian mengangguk bersetuju dengan kehendakku.


Aku belum sempat tanya kenapa dia tak pernah senyum.


**

iris iris iris iris.

Aku tak lagi hijau.

Di sela-sela pokok iris yang meliar itu tersembunyi botol kaca yang dipenuhi gerompolan kertas-kertas kecil. Aku berlari mendapatkan ia. Aku buka kepala botol itu dan mengoncangkan ia ,menuangkan isinya kedalam tapak tangan ku.


Hanya satu cara untuk gembira,pusing belakang

Aku toleh. Ada dia. si kacak. Sedang membelek kameranya.

Aku buka lagi kertas kecil seterusnya.

Sebelum terlambat

Aku tidak mengerti maksud nota kedua itu.aku kerut dahi dalam-dalam. Aku toleh lagi.

Dia tiada. Aku bangkit,panik,mencari dan mencari.disebalik pokok besar.dimana-mana ceruk.tapi tak kelihatan.

Aku kembali membaca nota ketiga.

Mungkin satu hari

Aku mulai menangis membaca nota keempat

Selagi nota ini tiada titiknya,jangan putus asa



Aku belum sempat tanya kenapa dia tak pernah senyum.


Kau pernah nangis? Ya.

Kau pernah jatuh? Ya.

Kau pernah terbang? Belum.

Kau pernah mati? sekarang.

20100616

Yang Dia Tak Pernah Jumpa,

Dan berkabung kita disini.hari ini dan malam ini.berkabung kita bertiga menentang segala hal yang menyiakan masa-masa indah dalam hidup kita.menentang segala imaji yang membuntutkan kita.kita lari puas-puas.


Perjalanan yang dalam ertinya is being lost.

**

aku ada dalam sebuah studio panas.kipas ada,macam tak ada.ruangan itu dijajahi kepulan asap dari nikotina hampir setiap manusia dalam kamar kecil itu.neon yang makin malap, bikin aku makin ..hanyut.lagi-lagi selepas membakar beberapa daun. Tiba-tiba ada dentuman di pintu bertalu-talu.

Nadia dan Marios datang memapah aku keluar,menuruni satu persatu anak tangga dalam nuansa yang bagi aku perlahan.bebelan Nadia juga kedengaran perlahan mosyennya.badan aku dilontarkan kedalam van Volkswagen aku.


Aku sendiri tak tahu kemana akan Marios bawa kami bertiga kali ini.

Aku boleh dengar lagu akustik yang gemalai-gemalai belaka menusuk telinga aku makin dalam,makin dalam dan dalam dan dalam..

Kepala aku berat ,mata aku kuyu-kuyu lantas aku baring pandang atap kosong.

“ weehh.. “

sepi.

“ marioss.. woi..”

sepi.

“ nadiaaa..”

sepi.

“ oiii!! ..”

nadia toleh dan jerit kembali kepada aku bertanyakan kenapa.

“ kau tak rasa apa yang aku tengah tengok sekarang ni kosong sangat ke”

“ dah nama pun atap.kau nak apa lagi dope head?”

“ dah malam lah buret.mana bintang.aku nak tengok bintang”

“ otak kau.habis kau nak cabut atap tu? Kalau hujan? Baik naik motor.”

Aku diam. Dan pejam mata sambil memakan lagu-lagu enak yang dipasang Marios sebelum aku menyedari kenderaan berhenti.

“ kita kat mana ni?”

“ marijuana field “


it was heaven. Ketika itu kami hanya berlari di sepanjang padang luas itu.memikirkan cerita yang tak tercerita, puzel yang tidak boleh diselesaikan dan kolam ikan tanpa ikan. marios mengendong Nadia.Nadia pegang tangan aku. aku dan Marios berlari sekencang alam.kami manusia paling bertuah.


**

setiap hari yang aku kira.membawa kami dekat kepada sesat. Kami telah pun sesat jalan dari zaman kami kenal erti ‘kesedihan’ dan mungkin kesedihan itu masih tinggal dalam diri kami kerana kami masih sesat.atau mungkin kesedihan itulah kunci kepada kebahagiaan yang kami gilakan? Atau mungkin kesedihan itu membahagiakan? Kami melalak sambil berlari. Tangan kami depan luas sambil mendongak ke langit. Langit yang dadanya diguris bintang jatuh.

Tangisan itu tangisan bahagia? Atau likuid sialan?

“ bring me somewhere deep.”

**

kami pemuzik. Tapi kami tidak bermain di atas pentas paling mewah dalam dunia. Buat apa? Buat apa pentas mewah kalau sekarang kami berada di tengah lautan entah laut apa. Di tengah-tengah atas sampan kecil cukup tiga badan.

Aku melagukan rasa ini dengan memanipulasikan gitar tua aku untuk memainkan iramanya. Aku mahu malam ini serba hiberbola antara aku dan gitar aku. Nadia baring atas riba Marios.Marios bermain dengan rambut panjang Nadia. Dalam pada aku leka mengiramakan malam.

Tibalah susuk bola-bola jeli yang mengeluarkan sinar yang sangat terang.bola-bola jeli itu mengelilingi sampan kami. Melukiskan satu bulatan.Mereka bagaikan bintang laut.

Kami diberikan sinar dari dua alam sekaligus.

Marios mengeluarkan marijuana.

Dikongsi bersama aku dan Nadia.


Kami bertiga bertempelan antara satu sama lain seraya ditemani askar-askar yang mengelilingi sampan kami.yang bersinar itu.

Dan mungkin kali ini. Kami akan ke zuhrah pula.

20100610

White Light,

memang dah berkurun rasanya aku tak kesana.

ke tempat yang mereka kata bahaya.ke tempat yang orang takut.takut mati.padahal setiap orang yang dilahirkan keluar dari rahim sudah dicop cepat.menjadi salah seorang ahli kelab kubur.takut apanya?

aku yang paling tak takut.kerana cuma aku yang berani kesana.

aku berjumpa dengan teman lama.

" do you have a job?"

" yes."

" what is it?"

" sending people to heaven"





hai.dah lama aku tak menulis.maaf,ada masalah sikit.aku janji akan tulis sesuatu sebaik saja masalah tu selesai :) mmuah.

20100429

Naked Eye,

Nampak gaya macam nak hujan.

“ buka baju. Kita telanjang main hujan hari ni”


telanjang. Menjerit. Telanjang. Gembira.


Nampak gaya Mamat curi dua katon rokok lagi.

“ jom kita hisap rokok sambil tengok video Juna bunuh adik dia.”

menusuk. Menjerit. Menusuk. Kemenangan.


Nampak gaya aku dan kau perlu rompak bank secara tipikal.

“ kau sangat comel pakai baju hitam dengan topeng hitam”

kau acu senjata. Aku cilok duit dalam peti.

Nampak gaya kita perlu pergi dari Malaysia.Mamat nak ikut.

Mamat nak ajak Juna.Sebab dia kata Juna dah curi hatinya.

Juna pun perompak handal macam kita.

Nampak gaya kau mengandung 6 bulan.


Aku seorang ayah ! anak kita bakal jadi penjenayah yang disegani.


Mamat dan Juna bila lagi?

Kira-kira anak Mamat dan Juna mesti jadi pembunuh.


“ hei si cantik yang bunting,aku cinta kau”

orang jahat pandai bercinta.Maklumlah,kalau pandai merompak,membunuh,merogol,mengedar. Pasti pandai bercinta. Sepandai-pandai tupai melompat.pasti jatuh ke tanah juga.Kalau aku jatuh ke tanah.Setidak-tidaknya aku tahu kau dah tunggu aku dibawah.Kau akan tarik aku masuk jip hitam.Kau akan bawa kita lari masuk hutan bunian.

Aku tak takut.

20100427

Get Your 5bucks Drug!



Dapatkan Distorsi anda di,



1hb Mei 2010, hari Sabtu, jam 5.00 petang sehingga 12 tengah malam bertempat di Laman Menara Jam, Dataran Shah Alam, Selangor (sebelah Plaza Alam Sentral)