20090728

The Proposal



Dia hanya berbaju tee ala vintage berwarna putih dengan jeans yankee agak kelabu.dikenakan pula dengan converse hitam yang sudah lusuh dan terkoyak sedikit di tepi tepi.tanda All-stars pun sudah tak kelihatan.rambutnya tidaklah kusut.lembut sahaja tapi messy.hitam pula.hitam semula jadi.apa yang lebih cantik daripada rambut hitam semula jadi? Ah.kulitnya putih.pucat.

Dia sangat sembrono.dia ada segalanya yang aku mahu.

Mereka bilang dia suka bermonolog.dia sering ada di kugiran kugiran underground membicarakan tentang hidup dengan semua orang.bicara tentang indahnya bulan,bintang dan malam.

Keingintahuan aku mengenali dia dengan lebih dekat mendesak kuat.tapi sangat sukar bagi aku untuk mendekati dia terus dan bilang “hai,saya mahu berkenalan”.sangat sangat tak mudah.itu bakal mengambil masa berdekad dekad lamanya.aku memang kecundang.sungguh.

Semuanya berlaku dengan begitu pantas.di sebuah parti kesenian.dia datang ke aku dan menyuruh aku menjadi teman olok oloknya akibat ingin mengelakkan diri daripada dikejar seorang lelaki gersang.kami mula berkenalan.dan rupanya dia tak begitu menakutkan seperti yang aku fikir.mahu sahaja aku bahakkan fakta aku yang dulu tentangnya.bayangkan seorang lelaki cemas dengan seorang perempuan.hebat sungguh perempuan ini.

Sekarang kami bersahabat baik.tapi begitulah,dia masih tidak tahu tentang perasaan sebenar aku terhadapnya.yang masih sama sejak pertama kali aku melihatnya.masih sama.perasaanku ini begitu abstrak.

“ kau suka cakap pasal hidup.kau suka hidup?” soalan yang aku pingin sekali tanya kepada seniwati ini akhirnya bakal terjawab.

“ entahlah.aku Cuma nak hiburkan orang.” Itu jawapannya? Menyedihkan mungkin.

“ oh ya? Kenapa pula?”

“ hidup sebagai seorang amatur itu adakalanya penuh dengan penipuan.” Katanya.sambil menggosok gosok hidungnya yang gatal.

“ aku hanya seorang penulis.tapi aku katakan semuanya jujur.” Kataku.

“ lihat.disitu kau sudah berbohong ke aku.”

“ siapa bilang?”

“ penulis mencipta watak dan ia mereka cerita.itu reka hiasan sahaja.penipuan.benar kan? Kau dan aku sama.sama sama penipu.semata mata mahu menyenangkan orang lain.”

Dia beda.dia ngomong mengikut hati.bagi aku dia bukan seorang pembohong.apalagi dalam mencipta karya karyanya.dia ikut hati.dan itu yang bikin semuanya terlihat begitu indah dan sempurna.ironisnya dia saja yang tak melihat itu.mungkin dia seorang masokis.hidupnya yang sangat terpuruk telah mengaburkan matanya untuk memilih jalan yang relevan agar tidak sinis lagi tentang hidup.

“ apa bagi kau panorama yang paling buruk.” Tanyanya.

“ mengejutkan.”

“kenapa?”

“ selalunya orang akan tanya apakah panorama paling indah.tapi kenapa kau tanya yang sebaliknya.”

“ hidup kan perlu adil,kenapa harus yang indah indah sahaja yang mahu dijadikan noktah hidup? Berilah sedikit peluang untuk yang buruk buruk.kerana yang buruk itulah pokok kepada keindahan dan kebahagiaan.semacam beluncas dalam kepompong bertukar jadi rama rama.” Jelasnya.agak lojis.

Aku terbahak. “ aku tak suka bila kau menang.” Dia juga ikut ikutan tertawa.

Dia terlalu sinis itu satu.kedua,dia suka ngomong perkara perkara yang orang lain tak pernah terfikir untuk fikir.dia suka teroka dalam ke dalam sesuatu benda itu.

Dia cantik.tawanya itu telah menerangkan segalanya.namun ada di sela sela senyum dan hilau tawanya.suatu luka yang masih belum kering.kerana itulah dia jadi sangat sinonim dengan hidup.

Mungkin dia masih mencari malaikat itu.malaikat bahagia dia.yang bisa bermain main dengannya.yang bisa mengingatkan dia pada waktu dia hanya pintar merangkak ,ngomong masih belum tapi asyik ketawa dengan metafora sekelilingnya.

Cara dia melihat bulan juga aku sudah tahu.dia sering menghirup udara segar malam sambil menutup mata dalam jangka masa yang agak lama.dia lebih enak melayani tamparan angin yang berengsot perlahan lahan ke dataran pipinya,celah rambutnya.dia bahagia begitu.dia tenang begitu.

“ kenapa kau selalu pandang aku.”
Dia tanya ke aku apabila menyedari aku sedang asyik leka mengamati wajahnya.

“ kau cantik.” Aku jujur saja.

“ kalau aku cantik.mesti aku dah menang pertandingan ratu cantik dunia”

“ tapi aku tahu kau bukan jenis yang nak jadi ratu cantik semata mata nak iktirafkan diri kau cantik kan.” Aku bilang.

“ betul.lebih baik aku nikmati seks sambil mabuk.” Balasnya ringkas.

Aku hanya senyum busuk.lantas aku teringat pada suatu tempat.tiba tiba datang singgah di otak macam lalat yang sedang cari makanan.

“ weh.”
“ apa?”
“ kau nak ikut aku?”
“ ke mana?”
“ ikut jelah.”

Aku memandu ke sana perlahan lahan menjadi jalan berputar putar.macam roller coaster.kabus sana sini.sejuk.dia membuka jendela luas luas.menikmati angin kencang yang sudah seperti kuda berperang.dia memang suka pada angin.aku pula sedang berasmara dengan stering dan jalan.

Akhirnya tiba juga,setengah jam kemudian.

“ a river bank?” soalnya.
“ kenapa? Kau tak suka ke?”
“ merepek lah.kalau aku tak suka aku takkan ikut kau tadi.”

Kami diam.berjalan menuju sebuah titi papan yang agak panjang.aku menguatkan diri memaut tangannya.dia langsung tak mengelak.baguslah.jalan jalan.lantas kami berlabuh di penghujung titi tersebut.

Bunyi cengkerik,kehijauan,air dan dia.apa yang lebih indah dari itu?

“ kau suka air ? “ aku tanya.dia diam seketika sebelum menghela nafas pendek.

“ mestilah.” Kakinya bermain main dengan air.bermain dengan rintik rintik air yang menuruni celah celah jari kakinya.

“ aku pun.” Turut bermain dengan air.air sangat sejuk.

“ dalam banyak banyak air.air di tasik lah air paling jujur bagi aku.”

“ oh ya?”

“ I don’t know.” Dia memandang aku.bermemek pula. “ pelik aku tak tahu apa yang aku maksudkan.padahal selalunya aku tahu.” Tambahnya.

“ sebenarnya.ada yang kita sendiri tak dapat terangkan.walaupun itu apa yang kita cakap.mungkin apa yang kau rasa tu begitu bermakna sampai tak terkata.dan kesenyapan tu lah jawapannya.maksud kesenyapan itu adalah – agung” jelas aku kepadanya.dia senyum panjang.

“ wah.look who’s talking.” Sambil terbahak.aku tak kuasa lihat dia ketawa.sumpah aku longlai.aku cair.dia hebat.

“ weh.”
“ apa?”

“ aku akan berkhawin bulan depan.kau datang ye.” Ucapan dia benar benar bikin aku separuh mati.

“ huh?” sengaja aku tanyakan lagi.mahu pastikan kepastiannya walaupun aku sudah jelas dengar setiap kata yang dia ucapkan tadi.

“ aku nak khawin bulan depan.” Dia ulang.aku terus tunduk kebawah.cuba menyembunyikan riak hancur.aku hanya bertemankan air.kaki aku masih giat menolak nolak air.ke depan dan ke belakang.aku membisu.

“ kau datang ye.” Kata dia lagi.sudah sudah.aku dah tak nak dengar lagi.aku harap semua ni karut.

“ temanya putih.kau datang ye.hari jumaat pukul 11.30 pagi di dekat ladang.”

“ kahwin dekat ladang lalang ?”

“ sempurna kan?” katanya.aku sekadar angguk dengan senyum palsu.masih cuba mengelak bertentang mata dengannya.

“ ya.sangat sempurna.” Aku bilang.

Memang ini semua tak masuk akal.tapi dunia sentiasa tak waras.jadi aku terima.aku rela dia pergi.aku akan tetap diam.dan layan kegilaan ini.

Hari yang dinantikan datang juga.aku sengaja pakai hitam ke sana.aku pakai tuxedo.sengaja mahu merasakan juga walaupun aku bukanlah lelaki yang dia pilij untuk menjadi pahlawan dia.aku akur.aku bawakan bunga matahari asli buat dia.dia memang benci bunga.tapi dia suka bunga matahari.katanya bunga itu sangat aneh dan beda dari yang lain.

Aku ke ladang sedikit lambat.sengaja.setiba di sana.ladang sebesar tiga hektar itu kelihatannya.sunyi.ada apa ini? Mana semua orang? Mana dia? Apa jadi? Macam macam persoalan singgah di kepala.berlegar legar seperti kuntilanak.

Tapi aku terus berjalan dan berjalan walaupun di situ langsung tak ada sedikit pun tampak pesta kahwin atau segala macam.masih pelik.tapi aku kehadapan terus.seperti ada benda menarik aku terus untuk kedepan.

Tiba tiba aku lihat dia.dalam gaun labuh panjang berwarna putih pas sama figurnya yang langsing dan tinggi.rambut hitamnya dilepaskan ,ikal yang begitu beralun menyerlahkan lagi penampilannya.apatah lagi apabila di kepala dia pula ada hiasan bunga bunga kecil dan daun kering disusun lalu diletakkan pada sebulatan dawai yang akhirnya terbentuk seperti mahkota bunga.

Sumpah ini kali pertama dia kelihatan seperti puteri.malah lebih anggun.seperti bidadari turun dari syurga.

Dia hanya berdiri.melihat aku tanpa reaksi.tapi aku bisa rasa bahawa dia menyuruh aku mendekatinya.dia seperti mahu mengatakan sesuatu dan aku harus tahu itu.

Aku lantas jalan kearahnya dengan agak perlahan.bunga matahari tadi masih ku pegang.

“ ada apa ni?” aku terus tanya.aku terdesak pingin tahu.

Dia senyum. “ aku tahu kau akan pakai hitam.” Dia bilang.

Aku berkerut dahi.masih tidak mengerti apa yang dia cuba sampaikan.

“ aku sengaja kata tema dia putih.tapi aku tahu kau akan pakai hitam.dan kau tengok.aku tak bawa bunga kan? Sebab aku tahu kau akan bawakan aku bunga matahari.” Jelas dia sepeler.

Aku masih belum faham.sungguh.

Dia memaut tanganku.

“ ada ke tak pesta kahwin?” aku tanya.

“ ada.”

“ mana?”

“ ni.”

“ huh?”

dia senyum terus. “ kau nak kahwin dengan aku?” aku benar benar kaget dengan soalannya.tapi sekarang aku sudah mengerti.ini semua satu kejutan.

Aku terbahak.seraya bersetuju dengan pantas .aku merapatkan bibirnya dengan bibirku.di ladang yang bersaizkan 3 hektar itu.kami bercumbu sambil dikelilingi lalang dan pokok peach.dengan sebuah rumah pokok usang.memang sempurna.

Dia mengeluarkan sebentuk cincin berlian dan menyarungkannya ke jari manisku.wah! dulu semasa aku di bangku sekolah aku pingin sekali melamar gadis paling cantik disekolah aku ketika itu.angan angan saja.tapi malah gadis paling sinis dalam dunia pula yang melamar aku.sarungkan berlian tulen pula.

Memang tak logis.tapi aku suka itu.dia sangat manis.

Bianglala kini muncul.aku dan dia jalinkan satu ikatan dibawah bianglala 7 warna itu.dia mengambil bunga matahari dariku.lantas berlari lari didataran ladang yang luas bangat sambil tertawa tawa,berpusing pusing dan terus berlari.dia tarik aku untuk menyertai sekali.dia kelihatan seperti kuda yang bebas.kami berteriak segenap jiwa.lepaskan semuanya!

Langsung tak terlihat lagi kesinisannya pada dunia.dengan gaun putih itu.dia jadi orang lain.orang lain dalam dirinya yang selama ini tak pernah muncul.mungkin perkhawinan ini telah membebaskan dirinya yang sebenar dari penjara itu.

Perkhawinan ini satu kesyukuran.buat apa perlu tetamu? Buat apa perlu hidangan mewah mewah dan kek bertingkat tingkat? Hanya kita berdua dan cinta.itu sudah lebih dari cukup.biarlah kita pergi jauh.terbang,terbang hingga ke bulan.



Aku Raman,dia Lea dan kami bahagia.