20100223

Playing With Snakes,

Kau ni anak dara.jaga lah sikit perangai.siangmalam tak pernah duduk rumah. Jarang mak nampak muka kau dekat dalam rumah ni. Cuba jadi macam adik kau. Pandai, sopan. Bukan macam kau. Dah macam bohsia mak tengok.


Saya bohsia? Kalau saya bohsia. Hairan juga lah kenapa anda masih bahasakan diri anda ‘mak’ dengan saya. Maaf, saya nak keluar. Cari angin.


Aku melangkah keluar rumah. Diluar yang sudah ada Pian dan Saff menunggu dalam kereta. Aku senyum lebar,sambil tunjuk gigi. Mereka sahajalah yang boleh bikin aku percaya bahagia itu wujud. Aku rasa bahagia itu bila disamping mereka.


I came from a broken family.Family bajet bahagia.Cuma bajet sahaja.meluat aku.

Di atas Kaca,
Terpancar Satu cahaya,
Berlari Ku Pergi,
Untuk Tahu apa Di sana,

Suara yang Merdu,
Memanggil-manggil namaku,
Wangian Terhidu,
Menusuk Ke dalam Tubuhku,.


Lebuhraya sunyi, bagai mati, kami bertiga senyap. Lagu kelibat si penyair beralun-alun dicorong speaker kereta Pian. Aku sandar di sit belakang, sambil memerhatikan neon-neon jingga yang bermain-main bayang di atas kulitku.

Saff menoleh ke belakang.

“ babe,nak aku duduk sebelah kau?”

aku senyum. dia senyum balik. Tanpa harus aku beri jawapan atau ucapkan dengan mulut. Dia seperti bisa membaca otak aku. boleh rasa aku panggil dia. saff melangkah besar untuk sampai kebelakang.

“ oi kena coke aku.”

“ mana ada gila.”

Aku gelak kecil. Pian senyum padaku melalui cermin.

“ mak kau lagi?” tanya Pian. Dia dan Saff sudah muak dengan masalah aku.

Saff genggam tangan aku.

“ tell me, apa jadi ?”

“ tak ada apa-apalah. Macam biasa.”

“ kalau jati kau dah tak muat nak simpan rasa sedih. Bagi aku sikit.aku simpankan. Pian pun boleh simpankan.”

“ betul. Aku pun boleh simpan.”

“ aku tak sedih lah.”

“ kita macam baru kenal kau seminit dua.”

“ lepak ah saff,pian. Aku okay”

“ nah rokok. “ sambil menghulurkan puntung “ you’ll be needing a lot if this”

aku senyum. lantas saff juga ikut-ikutan bersandar badan di sit. Dia menurunkan tingkap ,bakar rokok,merokok.

“ nak lighter.” Kataku.

“ weh saff , alang-alang kau buka tingkap. Keluarkan lah kepala, rasa angin. Erin,kau wajib cuba teknik penenangan jiwa ni. Its fun ! “

“ yup.sini Rin.”

Saff menarik tanganku. Kami mengeluarkan kepala kami keluar tingkap. Angin sangat kencang alang didalam kereta.

“jerit Erin jerit !”

ARGHHHHHHHHHHH !!!

Kuat lagi !

Arghhhh !!!!

Pian tekan minyak. Speed! Biar angin lagi kuat !

Pian turut buka tingkap. Dan kami bertiga jerit segenap hati.

ARGH !! ARGH ! ARGHHHH !!!


Indahnya Bila,
Ku celik mata,
Bagai hidup semula,
Kerana Dia,
Aku Begini,
Hidupku penuh Bermakna,
Takkan Lagi Mempersiakannya.




**

pian bawa kami ke bukit yang biasa kami nongkrong. Biasanya kalau kesini. Kami tak akan pulang sampailah esok pagi.


Kami duduk berteleku bertiga. Aku ditengah. Pian dan Saff di sebelah kiri dan kanan aku. pada minit yang sama ,kami menjebloskan tubuh kami ke lantai bumi. Mata kami,kami tampalkan ke mega-mega malam. Bahu ke bahu bertemu. Aku,pian dan saff mengikat tangan. Tak lama kemudian ,kamu didatangi sekumpulan api-api. Indah sungguh. Ikatan tangan kami makin kuat. Hilau tawa berdedau. Detik itu aku lupa pada rumah, pada Mak ,pada semua yang sudah bikin aku bermuka empat belas. Api-api tersebut meramai diatas kepala kami. Mulut masing-masing terlongo. Tak pernah kami mengjalani keindahan sebegini.


“ pernah dengar ular cintamani?”

soal Pian tiba-tiba. Aku dan Saff mengeleng tatkala mata masih berjijar pada tarian gemalai sang api-api , makin lama makin ramai makin lama makin ramai.

“ tak.”

“ kalau orang jumpa ular cintamani. Dia akan dapat kebahagiaan.”

“ kau pernah nampak?”

“ kalau pernah aku dah tangkap lama dah.”

“ kau tau dari mana?”

“ buku lipur lara.”

“ mitos kot. “

“ aku nak cari juga.”

“ buat apa?”

“ bagi Erin.biar Erin tak sedih lagi.”

“ comel gila.”



**

“ Stella Artois anyone?”

“ me ! “

“ me.”


Pian membawa 7 botol Stella di belakang but kereta.

Minum, minum ,minum,minum

Terhuyung haying kita bertiga. Dalam mabuk.


“ ehhh.. rin.. kau suka makan apa hahh”

“ sushiii”

“ kau suka makan apa doh piann hah pian.. oi pian”

“ pian tidur lahh”

“ kau nak tidur dengan aku tak rin”

“ jom kita tidur”



mabuk adalah tentang bercakap benar walaupun kita tak berniat untuk jujur.


“ rin.. aku nak kahwin dengan kau”

sepi.

“rin.. rin.. kau dengar tak rin..”

sepi.

“ tidur ke.. kita kahwin dalam mimpi lah rin..”



mabuk adalah tentang kejujuran yang kita sendiri tak pernah tahu kita ada.


“ saff.. kau tidur dah ke.. cantik tak aku pakai baju putih”


mabuk adalah tentang sesuatu yang haram tapi indah.


“ saff .. erin.. aku jadi best man..”


mabuk tak pernah salah bagi aku.


“ kau suka aku mabuk ke tak mabuk?”

“ mabuk.”



Mabuk adalah satu cerita baru yang tiba-tiba tertulis.


I .. I wanna live forever
Whom you realize forever means together

I hope you know
When you say it wasn’t over
For the third times
I hope you know
You make me wanna give me something, more and more



pagi menyinsing. Masa untuk cari malam.

Saff menghidupkan enjin kereta.
Pian dan Erin dibelakang masih jenak.
Akibat tamak dengan botol Stella ketujuh.
Lagu All the time berkumandang kuat menemani Saff.


Aaa…wanna give you hold
All the time
And wear you robe
It’s just, for the pooring rain
That never end
All the time




ular cintamani sudah lama kami bela. Kami bahagia bertiga. Sebab itu kami begini. Ular cintamani itu ada sebenarnya. Carilah sendiri.