20090220

the romeo's and juliet

One.

Musik asik mengisi ruang telinga kau. Mata kau pula sedang enak menikmati persembahan bintang dan bulan. Tiba tiba hati kau pula sedih. Sedih kerana cinta kau tiada disebelah untuk menemani malammu.

Jie berteleku sendirian diatas bumbung rumahnya. Menjadi kebiasaan bagi dia untuk berbicara dengan bulan. Walaupun dia tahu sang bulan tak mungkin menjawab soalan soalannya.

“ bulan ? mana reza aku?” jie tertanya tanya. Setelah sekian lama berpisah dengan cintanya reza. Selepas reza berpindah ke sabah. Dia langsung tak menelefon jie.

“ reza kau penipu. Aku benci kau!” kata benci sebenarnya tak dimaksudkan olehnya. Mungkin dia marah. Marah kerana janji tidak ditepati. Marah kerana keadaan merubah segalanya. Marah kepada kenyataan yang memaksa dirinya untuk berpisah dengan reza.

Setelah bulan mengundur diri. Matahari datang memberi cahaya kepada dunia.bintang masih ada. Cuma tak kelihatan saja. Jie cuba melihat reza sebagai bintang.jie meyakinkan dirinya bahawa reza masih ada. Masih mengingatnya.

Jie bersiap untuk ke kampus. Di kampus. Muka pertama dia lihat semestinya Boy dan hafiz.yang setia menunggu kedatangannya

“ adoi kau ni hari hari pasti lambat ke kampus.” Hafiz mengomel.
“ sorryyyyyy” jawab jie. “semalam tidur lambat.” Tambahnya lagi.
“ cakap dengan bulan lagi lah tu.” Boy menyampuk.
“ohh ya ni ada ujibakat band romeo’s and Juliet. Mereka sedang mencari vokalis baru.” Hafiz menyampaikan berita itu dengan selamba. Seraya menghulurkan kertas ujibakat kepada jie.

Jie membisu sambil menatap kertas yang diberi hafiz barusan. ‘pencarian juliet’ perkataan itu tertera besar diatas kertas tersebut.

“woi! So how? Kau nak tak ujibakat?” tanya boy.
“ u should. Kau ada suara.suara kau lunak. Sedap.” Puji si hafiz pula. Jie masih membisu. Tak pasti dengan gerak hatinya. Nak ke tak.nak ke tak? Itu yang bermain main di fikirannya.

“ pergi sajalah miss jie !” teriak kedua temannya itu serentak. Jie tersentak.


Two.

Petang itu juga jie dipaksa ke studio untuk mengujibakat. Dengan hanya mengenakan jeans dan top. Bersamaan sneekersnya .jie sedia untuk menjadi Juliet baru di band itu. Apatah lagi dengan sokongan boy dan hafiz yang tak pernah luntur. Dia yakin. Lantas jie melangkah ke dalam bilik ujibakat.

Hanya drummer, naim dan guitaristnya, ben saja yang ada.manakala vokalis lelaki.tak hadir. Jie bisa merasakan rama rama berterbangan diperutnya. Takut.

“ hye . im jie .” katanya.masih tak biasa.barangkali dia segan.kedua lelaki didalam mukanya serius belaka. Tak senyum walau sedikit.itu membikin jie menjadi lebih cuak lagi.

“boleh mula nyanyi sekarang.” ben bersuara.garau sungguh suaranya.

“ your like a rocket in my mind ..” jie menyanyikan lagu yuna saja. Kerana hanya lagu yuna dihafalnya. Dia menyanyi dan menyanyi. Suaranya indah sekali. Jie memang berbakat.

“ dah .” kata jie pabila usai menyanyikan lagunya.

“welcome to the band juliet!” teriak naim lantas bangkit lalu memberi tepukan besar. Ben juga turut membanggai jie. Jie sangat tidak percaya ketika itu. Dengan hanya bersuara dia dapat menjadi Juliet.

Boy ,hafiz ,jie ,naim dan ben keluar menghirup kopi pada petang itu. Hubungan antara mereka berlima .akrab walau baru hari itu berjumpa.

“ kau tak kenal reza lagi.” Kata ben. Jie tersedak. Semua bagai kaget dan mempersoalkan keadaannya. Jie hanya tersengih. “ aku ok lah wey” katanya.

“so tadi kau nak cakap apa?” tanya boy. Membahaskan semula tentang perihal tadi.

“ si reza tu. Dia lagi gila gila.” Lantas terbahak sendiri.
“bila boleh jumpa dia?” soal jie.
“esok boleh.hari ni dia sibuk sikit. Aku dah text dia. Dia pun tak sabar nak jumpa Juliet baru dia.”


Three.

Keesokkan harinya .jie ditemukan dengan romeo utama band itu. Reza.

Ya. Memang itu rezanya. Tapi sayang. Rupa rupanya reza hilang ingatan selama ini. Dia langsung tak mengenali jie lagi. Semua ini dia tahu pun dari naim . semasa dalam penerbangan ke sabah dulu.pesawat yang dinaikinya terhempas. Reza selamat. Tapi tidak ingatannya. Jie hanya mendiamkan saja tentang sejarahnya dulu dengan reza. Dia ingin membuka buku baru buat mereka. Hafiz dan boy saja yang tahu .Mereka juga kunci mulut tentang perkara ini.

Reza memeluk kuat tubuh jie. “ welcome Juliet!” katanya. Jie bingas membalas pelukkannya. Cuba menahan kaca kaca mata daripada memecah sekarang. bukan sekarang.

Dan setelah bertahun tahun bersama .band mereka menjadi perhatian .mereka berjaya menempa nama dari dalam hingga ke luar negara.

Suatu hari selepas latihan .jie menemukan ganja dalam beg reza. sungguh tak disangka. Rezanya seorang penagih.

“ jie ! mana kau? Jom lepak dengan geng. Boy dan hafiz dah sampai”
suara reza lantang kedengaran.lantas jie dengan pantas mengambil najis itu. Dan meyimpannya.reza tiba dibelakangnya.

“apa kau buat ni?” jie kaget apabila mendapati reza ada dibelakang.
“ nothing. Nah ! beg kau. Jom lepak.” Katanya dengan sembrono. Dia memaut tangan reza dan meninggalkan ruangan itu.

Keadaan menjadi pelik.semasa bersama yang lain. Reza sekali sekali memandang jie .jie membalas pandangannya dengan selirik senyuman yang manis. Seperti tidak ada apa apa yang berlaku.

Malam itu reza mengajak jie ke bukit. Dimana mereka berlabuh badan di rumputan lembut. Dimana mereka dapat mengisi ruang mata mereka dengan permata permata indah.

“ kenapa seseorang itu lebih memilih untuk berbicara dengan bintang sedangkan manusia yang lainnya ada?” soal reza pada jie.

Jie membisu.lantas menoleh dan menatap mata reza yang sedang ber sinar sinar. “ sebab dia kesepian dan tiada teman?” jawab jie.

“bukan .kerana bintang lebih setia.”
“siapa bintang kau?”
“apa kau lihat dalam beg aku tadi?”
“emmm”
“itulah bintang aku.” Katanya selamba.
“kenapa kena ambil benda itu?”
“entahlah. Bodoh mungkin.”


Four.

Ben datang lambat untuk latihan. Entah kemana dia melencong. Apabila sudah tiba bukan nak minta maaf. Sebaliknya dia mengatakan sesuatu yang lebih bermakna dari kata maaf.

“wey guys! Kita dapat tawaran perform dekat bali minggu depan!”

semuanya bagaikan tak mempercayai apa yang didengari barusan. Itu peluang emas. Dapatlah berlibur mereka disana pada masa yang sama.

“ajak boy dengan hafiz sekali. Jangan lupa” Kata reza.

hari yang mereka tunggu tunggu tiba. Semua sudah siap dengan bagasi masing masing untuk berlepas ke negara Indonesia itu. Akan tetapi,reza masih belum tiba.

Sudah capek jie dan yang lain mencicip jari cuba untuk menelefon reza.namun hanya mesinnya saja yang menjawab. Hati jie paling sakit. Takut sejarah dulu berulang lagi.

“woi aku nak cari reza.”

tak sempat mereka bersuara ,kelibat jie makin menghilang dari pandangan bagai ditelan kelodak dalam sekelip mata. Bersungguh sungguh mendapatkan reza. boy mengejar dari belakang. Jie terlalu laju. Lantas pecut menaiki motosikalnya.

Setiba dirumah reza. reza masih tiada. Mana dia? Persoalan bermain main dalam kepalanya. Ke bukit. Ya ! teriaknya. Pasti reza ada disitu. Jie yakin.

Dibukit. Reza kelihatan terbaring kaku. Tangannya ada jarum suntik. Dia bercandu lagi dengan bintang bintangnya. Mulutnya berbuih.

“reza!” jerit jie sekuat hari. Tak tertahan lagi perihnya.
“ jie ! cepat naik kereta aku. Kita pergi hospital.”

Jie kaget melihat boy berdiri dihadapannya. Apabila dia melihat ke anjung. Geng yang lain ada sedang menuju kearahnya. Itulah namanya persahabatan sebenar. Satu susah. Semua berpayah.

Tubuh longlai reza digendong boy .boy bersama ben dan hafiz satu kereta.manakala jie dibonceng naim.mereka semua bergegas ke hospital berdekatan .difikiran mereka semua hanyalah reza. bali boleh tunggu. Reza tak.

Hospital mulai kelihatan .reza cuba bertahan .ben menggosok dadanya.

“kau rilek reza, kita romeo. Kena bertahan.”
“dah dekat dah ni reza.” teriak boy.

Reza dirawat. Disahkan kanser. Yang lain setia menjaganya bergilir gilir setiap malam. Pada suatu malam dia mula menyadarkan diri. Kebetulan jie yang menjaganya. Dia memaut tangan jie.lantas mengucupnya. Jie tersedar.

“ reza? are you okay? Macam mana kau rasa sekarang?”
“ kau macam polis lahh.” Suara reza lemah. Mata jie mula berkaca kaca.kesian melihat kesakitan reza.

“janganlah menagis sayang”
“kau cakap apa?”
“jangan menangis.”
“after that.”
“lupa lahhhh”
“sengaja.”

Keduanya terbahak. Reza terhenti. Dia mengelap lembut air mata jie. Wajah jie mulus. Sama seperti hatinya yang rapuh.

“ kalau aku pergi. Kau kena jaga band kita tau.”
“kenapa kau cakap benda bukan bukan?”
“ semua pasti pergi. Aku akan ikut jejak mereka yang dah pandai terbang.”

Jie menangis lagi. Dia memeluk kuat tubuh reza. ingatan reza yang tak pernah akan kembali sudah cukup membikinnya rasa kehilangan. Inikan lagi jika reza pergi terus. Dia tak mungkin sanggup menghadapi semua celaka itu. Ia membunuh. Pembunuh kejam.

Reza sudah semakin pulih. Reza makin banyak senyum .makin banyak ketawa. Sejarah hitamnya ditutup sama sekali. Tak ingin lagi dia mengenangkan bintang busuk itu. Dia ada bintang yang lebih bermakna. Julietnya jie. Para romeo’s ben,naim,boy dan hafiz dan paling penting. The romeo’s and Juliet.

Bali tiba akhirnya. Dimana keenam enam mereka ada.lengkap semua. Tak ada yang ketinggalan. Disana mereka memperkenalkan musik mereka. sebuah irama yang harus dihayati dan tidak pula dihakimi.

Suara jie membanggakan semua orang. Membikin semua terbang tinggi dalam keasyikkan melodi mereka. mereka berjaya mendapatkan pengikut di Indonesia. Mereka semua berjaya. Berjaya!

6 bulan kemudian, reza meninggal.penyakitnya kumat. Sebelum itu dia sempat mengatakan cinta pada jie. Sempat memberi jie seutas rantai kayu terukir

‘romeo always on your mind.’

“kalau aku pergi kau kena jaga band kita tau.” Pesanan reza tak pernah lumut dari ingatannya. Hanya ini satu satunya kenangan reza yang dia punya.



Dan bila kau tutup mata kau akan lihat aku
Bila kau buka mata kau .kau tetap akan lihat aku
Kerana aku bintang di dinihari
Kerana aku bintang dimalam hari
Kau mungkin tak melihat aku
Tapi aku yakin kau dapat merasakan aku
Kerana aku sentiasa ada
Aku tak mungkin tinggalkan kau



Dan sekali lagi. Juliet ini berbicara dengan bulan lagi.sendirian.tanpa cintanya disebelah untuk menemani tiap malam malamnya. Juliet yang ini ditakdirkan untuk tidak mati bersama romeonya.