20090313

junkie.

One.

Bagaimana kau mahu menegakkan sesuatu yang sukar untuk ditegakkan? Kau akan mengalah kerana penat atau kau tak akan mengalah kerana kau penat mengalah.kau mahu bangkit.sekarang kau bangkit. Disini ada kisah cinta.tentang penagih dadah.

Nia berteleku di tepian pantai.angin oh begitu kuat.matanya mengecil cuba mengelak daripada kesurupan pasir atau apa apa aja yang halus dan menyakitkan.seperti cinta.ia halus tapi sangat menyakitkan.
Dia benci cinta sekarang.dia mahu melupakan bagaimana rasanya jatuh cinta.dia mahu menghilangkan rasa yang indah ketika bercinta itu.dia mahu buta tentang cinta.dia benci memikirkan keindahan bodoh itu.tangannya menguis nguis ke dalam tas.mencari ‘punca kegembiraannya’.

“sial.dah habis!”

eddy yang jaraknya tak berapa jauh dengan nia pula.kesal.papa dan mamanya bergaduh lagi.pembelajarannya dikolej terganggu.kawan kawan entah kemana hilangnya disaat dia sedang berduka begini.tak apalah,katanya.mentari pula mahu pulang.semua mahu meninggalkannya.pil khayal ditangan.tak sempat menghitung sampai satu dia sudah menelan najis itu.kepalanya pusing.macam ada di atas kuda yang berlari laju.sangat laju.eddy melabuhkan dirinya keatas pasir yang lembut.

“this is the life.”

Nia juga berlabuh ke pasir.melihat cakerawala yang warna sedang asik bertukar tukar.tadi merah sekarang jingga.tadi jingga sekarang ungu.makin malam.makin gelap.makin sejuk.dia menarik nafas panjang.eddy juga. Lantas mereka menjerit segenap jiwa. Arghhh!!
Melepaskan semua melankoli yang ada pada diri.bila mereka menyedari kehadiran masing masing.mereka bertukar pandangan.lama menatap satu sama lain.yang satu khayal.yang satu lagi ingin khayal tapi kehabisan barang. Takdir pula satu lagi.menemukan mereka berdua.dua dua degil.dua dua penagih.dua dua cuba mengerti erti kasih.sayang.dan cinta.

Eddy berpaling.dia menutup mata.nia pula tertarik padanya.lalu melihat sisa pil eddy di dataran tanah.bertempiaran.tanpa meminta izin eddy dia menjamah sebanyak banyak yang ada.badannya mulai longlai sebelum jatuh terbaring disamping eddy.
Mereka tertawa.walhal tiada apa yang kelakar disekitar mereka.malam tiba .bintang bintang timbul dan mereka masih terdampar disitu.tetidur.sudah seperti tapak sulaiman.mereka terjaga keesokkan paginya.

“kau siapa?” nia bertanya.
“kau yang tidur sebelah aku.kau siapa?”
“oh.aku amik pil kau semalam.”
“eddy.” Eddy menghulurkan tangan.dengan selirik senyuman.
Nia memandang tangannya.penuh kesan suntikan.kemudian pandangannya naik ke mata.matanya kuyu.hitam kemerah merahan.persis sepertinya juga.
“nia .” seraya membalas salamnya.

Ais krim ais krim ! bunyi suara lelaki setengah umur berteriak mempromosikan ais krimnya.

“wanna get some?” tanya eddy.
“em,okay .”

“kejap kejap!” tangannya melambai lambai keudara memanggil bo,si penjual ais krim terbaik di kawasan itu.

“nak ais krim apa?”
“kau nak apa nia?”
“chocolate.”
“dua chocolate.”
“okay.two chocolate’s coming right up!”

sementara menunggu.eddy dan nia berpandangan lagi.
“nah siap!”
“berapa?”
“1.00 ringgit saja.”
Eddy menghulurkan wang kepada bo. Lalu dia dan nia melangkah pergi.
“eh kejap!”

keduanya menoleh sekaligus.

“ini untuk kau.dan kau.” Bo memberi eddy dan nia seutas gelang.yang agak pelik rupanya.

“apa nie?”
“itu untuk memastikan kalian selalu bersama.”
“what? But we’re not couples.” Jawab nia dengan tangkas.
“not yet .”balas bo.lalu pergi meninggalkan mereka dalam belenggu kebingungan.

“ais krim kau meleleh.” Kata eddy.

Two.

Takdir sudah menemukan dua orang insan ini.namun sekarang takdir bilang mereka harus dipisahkan.sedangkan mereka masih mahu satu sama lain.nia yang mulanya mahu buta tentang cinta tak mampu lagi terus membuta.eddy pula yang keseorangan akhirnya menemukan pari parinya. Kenapa harus begini pula?

“eddy cd4 kamu 100 saja.kamu positif hiv aids.”

“nia kamu positif.”

Positif.itulah ayat yang selalu akan didengari penagih dadah bila mereka sudah tiba di tahap klimaks.keadaan eddy paling teruk.mereka berdua ke pantai lagi.

“gelang kau ada lagi nia?”
“ada.dalam beg.”
“kenapa tak pakai?”
“takut.”
“takut apa?”
“takut jatuh then hilang.aku clumsy.”
“hilang pun kenapa.”
“umpama hilang cinta eddy.”

Eddy membisu.berpaling ke lautan lagi.mereka membisu menikmati keindahan alam.

“tak sangka umur kita singkat sangat.”
“kita yang buat jadi macam ni.”

Nia memaut tangan eddy.melabuhkan kepalanya ke bahu eddy.

“do you believe in karma?”
“tak.”
“I do.”
“jadi kau rasa kita akan jumpa lagi?”
“yup.”
“kau stone eh?”
“mana ada. Aku serius ni.”
“nia .”
“ya.”
“aku sayang kau nia. And kalau betul karma tu ada.we’ll meet again.”
“aku sayang kau juga.”
“pakailah gelang tu.”
“gelang ni milik kita.”
“pantai ni juga milik kita.”
“ya.semua milik kita.” Genggaman tangan eddy makin erat.

2 tahun kemudian. Eddy meninggal.sebelum nia.akibat overdose.


Three.

Lihat.dua kanak kanak sedang berlari lari di taman permainan. Taman permainan dan kanak kanak.kedua ini seperti kekasih.tak pernah renggang.dimana ada taman permainan disitu jugalah kanak kanak.anda perasan? Begitu juga dua kanak kanak itu.

“nia ! eddy ! balik mandi sayang!”

suara sang ibu menjerit jerit memanggil anak anaknya.kesian.nia dan eddy dilahirkan semula.sebagai saudara kandung.bukan kekasih seperti hidup yang lepas.tapi apa yang tak pernah berubah adalah.mereka bersama.selamanya bersama. Gelang itu buktinya.masih di pergelangan tangan masing masing.dan pantai itu. Masih menunggu kehadiran kanak kanak ini.

“jom adik kita balik rumah.esok kita main lagi.”
“okay abang.”

Si abang memaut tangan adiknya pulang.si adik terloncat loncat girang.

Di dalam turutan ini.cinta tak bisa dihalang.takdir dan karma juga tak bisa.kerana jika mereka memang tulus.selamanya juga bersama.

“eddy?”
“ye nia.”
“jangan tinggalkan aku.”
“tak. Aku ada. Selalu ada.”