20090412

pari pari jangan menangis.

One.

Ada banyak cara untuk jadikan kita marah.banyak cara untuk jadikan kita gembira.tapi Cuma ada satu cara untuk jadikan kita gila.iaitu cinta.

“nama kamu apa?”
“lisa.”
“kenapa kamu disini?”
“saya stress.”
“dan kenapa itu?”
“pacar saya kecelakaan.dia meninggal.”

Kehilangan seseorang sememangnya sangat menyakitkan.kita takkan bisa merasakan cinta yang sebenarnya kecuali bila kita sudah kehilangannya.sangat perih bila memikirkan yang pergi tak kembali.tinggallah kau seorang tanpa dia.dia untuk membelai kau dan memberi kau senyum yang paling manis pernah kau lihat.

“lisa.saya hakim.selama kamu disini.saya yang akan merawat kamu.”
Kata hakim selaku kaunselor kepada lisa.yang trauma setelah kehilangan teman lelakinya akibat digilis kereta api.

“kematiannya sangat tragis.aku benci pada kereta api.aku benci!”
“sabar lisa.selama kamu disini.kamu akan rasa lebih tenang.percayalah.”

lisa hanya membatu di atas kerusi.menenung ke luar sambil mata berkaca kaca.begitulah keadaannya sekarang.dia bagai tak bernyawa.hakim meninggalkan lisa sendirian sementara pergi menemui mak cik lisa diluar ruangan itu.

“mak cik.apa khabar?”sambil menghadiahkan selirik senyuman kepada mak ciknya yang kelihatan agak kusut memikirkan nasib anak saudaranya.

“macam inilah doctor.tolonglah rawat anak saudara saya tu.dia tak ada siapa siapa lagi selain saya.saya pun dah tua.kalau dia terusan begitu macam mana doktor?

“jangan risau mak cik.saya akan melakukan sedaya upaya untuk mengembalikan lisa yang dulu kepada makcik.isyaAllah.”

“terima kash banyak doktor.terima kasih.”

“ye makcik.itu memang menjadi tugas saya.”


Two.

“lisa.bangun cepat.kita pergi ke danau.”
“malaslah.aku nak tidur.”
“jom lisa.jomlah.”
“kau boleh tak jangan cakap macam adi?”
“saya tak cakap macam dia.awak yang fikir begitu.”
“go away hakim.”

Hakim meninggalkan lisa.setelah ditinggalkan.lisa mulai menangis lagi.matanya sangat sangat sembab.hidupnya makin gelap.

“lisaaaaa.”hakim datang lagi. “pusinglah sini.tengok apa saya bawakkan.”tambahnya lagi.lisa lalu menoleh.dia sangat terkejut melihat hakim bersama gaun yang sangat cantik ditangannya.

“awak suka?” tanya hakim.lisa membisu tapi masih mengamati gaun itu.
“ini untuk awak tau.khas untuk awak.mesti cantik bila awak pakai.”

Hakim mendekati lisa.tersenyum.bersama gaun itu.dia memberikannya ke tangan lisa.genggaman lisa sangat lemah.tapi mukanya seperti sangat suka pada gaun itu.suka sekali.

“pergilah tukar sekarang.dah,berhenti menangis.”hakim mengelapkan air mata yang makin menderas menuruni pipi lisa.

Lisa bangkit dari katil dan terus ke toilet.beberapa minit kemudian lisa keluar perlahan lahan.kecantikannya begitu tulen.tanpa secalit solekkan,kulitnya putih dan licin.dengan rambutnya yang lembut dan hitam ikal.dikenakan pula dengan gaun tadi.dia terlihat seperti pari pari.sangat cantik walaupun pucat.

“apa saya kata?awak cantik sekali.”
“jangan bohong.”
“buat apa saya nak bohong.saya tak dapat wang pun.”

Lisa membisu lagi.sambil melihat gaun yang sudah berlabuh ditubuhnya.

“mari si cantik.kita keluar.hirup udara segar ya? Mari.”

Di danau.sangat indah.sangat menenangkan.udaranya segar bagai makanan buat rongga hidung.ahhh tenang! Mereka tiba disuatu tempat dimana ada balon,kertas putih dan pen.

“apa ni?”
“awak lihat kertas dan pen disitu?”
“ya.”
“sekarang saya mahu awak menulis kepada adi.keluarkan apa yang terbuku dihati.segalanya.kemudian ikatkan kertas itu pada balon.dan lepaskannya ke udara.”

“kenapa aku kena buat benda bodoh tu.tak ada aktiviti lain ke?”
“awak takutkan?takut bila saya kata lepaskan ke udara.kerana awak takut kehilangan rasa cinta itu kan?”
“diam ah.”
“lisa.jangan risau.saya tak suruh awak lenyapkan rasa cinta itu.kerana saya tahu.cinta itu macam permanent marker.selamanya akan terconteng di dinding hati awak.”
“whatever.”
“jangan pesimis begitu lisa.cuba dulu.luahkan pada kertas.”

Lisa melihat kertas kertas itu.lantas melabuhkan punggung ke tanah.tangannya dengan perlahan mencapai pen dan kertas.lalu mula menulis.hakim dibelakang memberi ruang untuk lisa meluahkan segalanya kepada ‘adi’.


“adi aku dah cuba untuk lupakan kau tapi aku tak boleh.mana saja aku pergi apa yang aku buat semua ada kau.rindu yang aku alami sekarang makin teruk setiap hari.jadilah pari pari yang selalu ada dengan aku walaupun aku tak nampak kau.jagalah aku.aku masih perlukan kau.i love you farel.aku relakan kau sekarang.pergilah.aku harap kau tenang dimana saja kau berada.Ya Allah.tempatkanlah kekasihku ini disisi kekasihmu juga.amin.aku akan cinta kau sampai mati.aku bawa rasa ini sampai mati.i will never forget you.i love you.”

Seusai itu lisa menoleh kebalakang.
“hakim !”
hakim datang mendapatkan lisa. “sudah?”
“ya.”
“sekarang ikatkan surat awak ke tali balon itu.”
Lisa melakukan seperti yang disuruh.

“sekarang awak lepaskan balon itu.”

Lisa menarik nafas dalam.tangannya dinaikkan ke udara.dia menutup mata.air matanya berlinangan lagi.dengan kiraan saru dua tiga lisa melepaskannya.

“lihat balon itu pergi.sekarang beban awak dah tiada.lepaskanlah adi.biarkan dia pergi dengan tenang.”

Lisa semakin lantang menangis.

Hakim memeluk lisa dengan erat.sambil mengosok gosok belakangnya.

“pari pari mana boleh menangis lagi.nanti tak cantik.dah,jangan pernah fikir dengan cara awak melepaskan balon itu.awak akan hilang adi tau.tak.adi akan selamanya bersemadi di dalam diri awak.”

“terima kasih hakim.”kata lisa. “hakim?”
“ya lisa?”
“jangan lepaskan pelukkan ni lagi boleh?”
“boleh.”


Three.

Cinta sejati akan selalu ada didalam hati.kini lisa dan hakim saling jatuh cinta.percayalah.bila cinta yang satu pergi.Tuhan pasti menitipkan lagi satu buat menggantikan tempat yang pergi itu.cinta memang indah bila kita menyelaminya sendiri.bila kita tulus.tulus itu yang penting.

“aku nikahkan kau dengan nur alisa binti ibrahim ahmad dengan mas kahwin bernilai rm80.dibayar tunai.”

“aku terima nikahnya nur alisa binti ibrahim ahmad dengan mas kahwin rm80 dibayar tunai.”

Lisa bahagia sekarang.kebetulan dia melihat ke luar jendela dan melihat bayang adi sedang tersenyum dengan kebahagiaan yang dia miliki sekarang.lisa membalas senyumnya.sekali sekali air mata pingin keluar.tapi dia kuatkan semangat.

Ketika bersanding.dia masih melihat bayang bayang adi.memerhatikan dia dan suaminya.senyuman dibibir tak lepas.

“sayang,tengok apa?”hakim menyapa.
“oh nothing.”
“I love you hakim.”
“I love you too.”balas hakim.

Selepas hari perkhawinannya.lisa langsung tidak melihat adi lagi.
Tapi dia masih bisa merasakan kehadiran adi.dimana saja dia berada.

“lisa.semoga kau bahagia di samping suami kau.kau tak perlukan aku lagi.tapi aku akan cinta kau selama lamanya.”

Lisa terjaga.mimpi itu.sangat berharga buatnya.lalu dia berbisik perlahan lahan “selamanya adi.” Hakim sedang lena ketiduran ke sampingnya.lantas dia mengucup dahi suaminya itu dan tersenyum.

Lega.