20090627

love is somewhere among the bad

One.

Aku seringkali bertanya pada ibu.kenapa sih? Wajah aku tak pernah sama dengannya.dia pula selalu akan membalas ; kerana mukamu itu.persis ayahmu.aku jadi penasaran ingin tahu bagaimana ya rupa ayah? Selama aku hidup 20 tahun.aku tak pernah sekalipun ketemu sama si ayah.kata ibu.ayah bukan orang baik baik.aku berfikir.pasti ada yang baik tentangnya.tapi ibu dan ahli keluarga yang lain akan senantiasa meyakinkan aku untuk membenci ayah.dengan berkata ; tiada apa yang baik tentang ayah.

Ilmu agamaku itu memang cetek.namun aku tidak tipikal sebagaimana sesetengah orang lain.bagi aku,aku percaya bahawa setiap manusia ciptaan Allah ada sisi baiknya.aku percaya ayah tidak sejahat itu.atau benar kata mereka tapi mereka masih buta untuk melihat sisi baik ayah.dan ayah masih jahil mencari sisi baiknya.

Aku nekad.sudah 20tahun aku hidup dalam belenggu tanda soal tentang ayah.jika semua orang disekelilingku tidak mahu membantu.maka aku sendiri akan bangkit dan cari ayahku.aku ada kereta.aku ada wang yang sudah lebih dari cukup.malam itu juga aku meninggalkan rumah dan memecut laju tanpa hala tuju.yang aku fikir Cuma ayah.aku harus mencarinya.aku mahu kucup dia.aku mahu peluk dia.aku mahu tahu cerita sebenar keluarga kami.

Malam sepi.seperti hatiku yang gundah dan gusar.kelam sana sini.jalan gelap.tak ada hala tuju.aku terus menekan pedal kereta.tangan di stering.mata memandang tajam ke jalan.aku memandu tanpa henti.tidak mengantuk.radio jadi teman aku.disini,aku sendiri.berjalan sendiri.mencari sebuah jawapan.

Two.

Keesokkan harinya.aku tiba di perak.tidak tahu bagaimana aku bisa nyasar kesana.aku menukar nomor.nomor yang baru ini.tiada siapa yang tahu kecuali aku.aku mahu masa untuk diri aku.kerana aku tahu.telefon pasti berdering derang.biarkan saja.

Aku berhenti.isi patrol dan bersarapan di stesen minyak itu.aku membeli sebungkus nasi lemak dan secawan kopi hitam.enak sungguh aromanya.setelah beberapa jam santai.aku fikir sudah tiba waktunya untuk aku meneruskan perjalanan ini.aku teruskan memandu tanpa melihat papan tanda.guruh menyambar di langit yang kian kelabu.sejuk bikin roma naik.aku segera mencapai jaket dan memakainya.hujan makin parah.gawat.aku rasa aku perlu berhenti.aku singgah ke r&r berdekatan.parkir keretaku.dan santai di sebuah restoran di lebuhraya tinggi itu.ketika itu jam 3 pagi tepat.tak ada orang banyak.hanya aku seorang laki laki dan sebuah keluarga di restoran itu.mungkin mereka juga seperti aku.

Aku memesan kopi hitam lagi.untuk membuang rasa mengantukku.tiba tiba.datang seorang laki laki berbadan kurus.menyapa aku.

“ hai.” Dengan selirik senyuman. “memang ya,its 3 o’clock in the morning dan seorang lelaki yang tak dikenali sapa kau.lojik kan?” dia terbahak kecil.lantas memperkenalkan dirinya. “aku indera.”seraya menghulurkan tangannya.

“ aku kalin.”

Sumpah.aku langsung tak kekok dengannya.dia bikin aku selesa setiap detik.aku suka ngomong samanya.dia seorang lelaki yang penuh dengan cerita.selalu ceria.jauh beda dengan aku.aku seperti seekor kucing yang terperangkap diatas atap.hanya mampu bermiow meminta tolong.namun,orang langsung tak peduli.

Indera.dia tinggi dan kurus.kulitnya putih.rambut yang terpacak.mukanya agak bujur dan cengkung.hobinya merokok dan minum.matanya tak berhenti bersinar.tawanya berdedau kuat.hanya itu.aku bisa tebak.dia juga merupakan seorang insan yang penuh dengan masalah.mencuba untuk jalani sekaligus lari dari duri kehidupannya yang sudah seperti tahi.

Aku dan dia jadi teman baik.katanya dia sendiri.mahu cari ketenangan.kata aku.aku sendiri juga.mahu cari ayah yang hilang.dia membalas ; aku tolong kau.

Aku dan indera terus berjalan di jalan.dengan hanya semangat yang tak putus putus.kami jadikan patrol buat perjalanan ini.dibelakang stering sekarang ada dia.sebagai pria.dia mengambil keputusan untuk nyetir.aku pula disebelah.jadi ratu perjalanan.

Sebenarnya.aku tidak tahu apa yang sebenarnya aku mahu.apa yang aku ingin cari.aku tak tahu bagaimana rupa ayah.ibu sudah membakar semua fotonya sebelum aku bisa berjalan lagi.info tentangnya juga aku tak tahu.malahan dimana ayah berada juga aku tidak tahu menahu.buat apa perjalanan ini? Hanya aku yang tahu.dan hanya indera yang memahami.

“wey indera.”
“ye?”
“ pernah tak kau lari dari sesuatu?”
“ kalin.sejak hari pertama aku bisa bernafas.aku sudah mulai lari dari realita.kekadang aku juga tidak tahu apa yang aku mahu.aku terus jadi buntu.dan terkapai seperti orang sesat.hidup aku tu perih.”

“ perih apanya? Boleh aku tahu?”

“ ibu bapa aku kedua duanya penagih dadah.aku dilahirkan luar nikah.dibela disebelah tong sampah seumur hidupku.aku diberikan dadah ketika umurku 6 tahun oleh mama.aku masih ingat.aku jadi liar.jadi anak jalanan.aku tak pernah ke sekolah.kerana aku tak punya wang.aku miskin.aku seperti sampah.tidak ada siapa siapa lah yang mahu berkawan dengan aku.”

Dia berhenti sebentar ,menguis kedalam beg mencari kotak rokok.

“ sekarang umurku 20.” Katanya sambil menyalakan api ke tembakau rokoknya. “ aku tak tahu dimana orang tua aku.entah hidup,entah mati.biarlah.”

“ kau tak nak cari dorang?”
“buat apa? Dorang tak pernah nak bagi aku motivasi.selama ini aku berjalan atas kaki sendiri.tanpa mereka aku masih bernafas.”

“ibuku bilang.bapa aku itu jahat.tak ada yang baik tentangnya.tapi perjalanan ini.hanya untuk dia.aku mahu jumpa dia.”

“pelik kan?” kata indera.
“apa yang pelik?” aku bingung.

“yelah.kita dua dua kehilangan orang tua.seorang nak cari sangat.seorang lagi tak nak.” Jelas indera sambil berdekah diakhir kata.aku ikut ikutan terbahak.hidup ini kelakar.kita tak akan sedar itu.sampailah kita menjalani perkara paling bangsat dalam hidup.iaitu – menjalani hidup.

Three.

Satu bulan kemudian.kalin masih mencari.hingga dia tiba di negeri sembilan.disana dia terjumpa dengan orang yang mengenali ayahnya.dengan hanya menyebut nama.mereka sudah tahu siapa ayah.pasti ayah aku hebat.

Walhal.ayah aku glamour kerana dia seorang perogol dan pencabul.

Aku termangu-mangu.jadi ruwet dalam diam.

dia sudah 14tahun meninggal.ada yang bilang dia pernah ke tanah suci untuk menunaikan hajinya.kata mereka ayah sudah ke pangkal jalan.segelintir lagi bilang ayah tidak pernah insaf.malahan terus membela sifat setannya itu.

Aku seperti diborgol penyesalan.tak sepatutnya aku mencari sesuatu yang tahi.

“ kalin?” indera menyapa aku yang sedang berteleku diatas rumput disebuah ladang bersebelahan lebuh raya.ketika itu malam.bintang banyak.

“ ya?” aku menjawab.indera melungguh disisiku.dan melela tangannya kebahuku.

“kau okay?”
“aku okay.” Aku bohong.dia tahu aku bohong.

“ jangan pernah menyesal dengan apa yang telah terjadi kalin.”
Katanya sambil mata berjijak keatas langit yang dihiasi dengan permata tuhan.

Aku hanya mampu diam.aku luluh.

“ cuba bayangkan.kalau kau tak mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ni.kau takkan tahu siapa sebenarnya ayah kau.kan? kerana keluarga kau tak mungkin akan cakap kat kau hal ni.berapa umur kau?”

“20.”jawabku ringkas.

“haa.kalau dorang nak beritahu kau.dah lama dorang cakap.tapi sampai kau 20tahun pun.mereka hanya diam membisu.kau sangat matang membuat pilihan ni kalin.kau patut bangga dengan diri kau.”

Aku berpaling mengamati wajah indera sebaik saja di selesai ngomong.dia selalu ada untuk memberi aku nasihat dan motivasi walaupun selama dia hidup.dia tak pernah dimotivasikan.

“ terima kasih.”
“untuk apa?”
“for being here all this time.”
“ aku ikhlas.”

Arkian.aku memeluk erat tubuh indera.seraya teresak esak kesedihan.indera menggosok belakangku.mahu menenangkanku.

“ malam ni kita mabuk okay?” kata indera sambil tersenyum.aku senyum juga.semilir angin yang perlahan lahan bersepoi malam itu adalah keindahan dan kedamaian yang tak pernah aku rasa sebelum ini.apalagi,ada indera.

Mungkin ayah tak pernah menjumpai sisi baiknya.dan lumrah telah mengatakan ; ayah orang jahat.tapi hati aku berkata kuat.ayah ada sisi baik.Cuma dia tak sempat temukannya.dimana ayah berada.aku sayang dia.

Tak apalah.walaupun aku tak berjaya temukan ayah aku.tapi setidak tidaknya.aku temui cinta sejati.oh indera ;)