20090627

the melodies of yesterday

One.

Bianglala itu sangat cantik.sekali sekali mata aku seperti berjijar kearahnya.tak mahu beralih pandangan.aku hanyalah seorang pembosan yang keseorangan.biduanita yang biasa biasa saja.dan seorang prolifik dibelakang mikrofon.nama aku Dinda.

Petang itu seperti biasa.aku kalau tidak ada persembahan.pasti didepan muka komputer ; ngetik.sambil ngerokok.sambil beralkohol.aku bermain asap tatkala menjana inspirasi.aku khayal dengan khayal tiap kali aku menulis.mungkin benar kata orang orang.aku itu Cuma penulis fiksi yang tak akan kemana mana.

Telefonku berdering.aku bingkas mengangkatnya tanpa melihat siapa yang menelefon.

“hello.”
“ din !” suara temanku Nanda bergema.
“ kau buat apa,bodoh?”
“ tulis tulis aje.dah nak habis dah nie.”
“ jom keluar.”
“ okay.”

Nanda adalah seorang borjuis.aku dan dia jauh beda.pernah dia melamar aku jadi isteri.tapi selalu aja aku tolak.aku tahu aku tak bisa jadi isteri yang baik buatnya.tapi aku suka sama nanda.dia juga.aku sampai sekarang tidak menunjukkan perasaanku padanya.ah bodoh.seharusnya aku sedar dan bangun sekarang.

Nanda datang menjemputku pada jam 7 malam.bergerak ke tasik kemudiannya.

“ nanda aku teringin nak tengok burung bulbul.”
“ comelkan burung tu?”
“ yeah.”
“ I can get it for you.if you want to.”
“how?”
“ I can go to Indonesia.”
“bukan ada kat Europe ke?”
“Indonesia pon ada lah.”

Aku terdiam seraya menghela nafas panjang.menghirup udara segar disenja itu.

“ kau nak bulbul tak?” nanda tanya lagi.
“ nak.” Aku senyum manja.nanda tertawa kecil.
“ kenapa?” aku bertanya.
“ tak ada apa.muka kau comel.” Balasnya.

Aku meleng.lantas aku melabuhkan badanku ke atas tanah.nanda juga.tadi senja.sekarang sudah malam.cepat sekali langit bekerja.banyak bimasakti malam itu.geram aku.mahu saja aku terbang ke atas dan memetik semua bintang tersebut.

Aku menyatakan niatku itu kepada nanda.

“ kalau kau dah kutip kau nak buat apa?” tanya nanda.
“ aku nak bagi kat anak anak aku.”
“ siapalah suami kau kan.”
“ entahlah.”
“ aku nak jadi boleh?”
“ tak boleh.”
“kenapa?”
“ sebab kau tak cukur ketiak kau.”

Hilau tawa berdedau apabila pertelingkahan tercetus.bimasakti,bianglala,cahaya terang terpancar kuning.semua menjadi saksi bahawa aku itu ; bahagia sekali dengan nanda.

Two.

Karya agungku sudah siap tertulis.sudah tiba masanya aku memberikan kepada penerbit.dinihari lagi aku aku sudah keluar dari rumah sambil membawa sampul coklat besar ditangan kiri dan batang rokok yang sedang berasap di celah jari antara jari hantu dan jari telunjuk tangan kananku.bilalah akanku pakai cincin berlian dijari manisku?

Aku nyetir ke pejabat penerbit sendiri.jendela kereta aku buka.aku mahu nikmati angin pagi.memang enak.aku hanya tersenyum ke pejabat penerbit.malam ini aku ada persembahan akustika.

Setiba di destinasiku.aku terus melangkah besar ke dalam bangunan setinggi bank islam itu.aku berjalan dan terus berjalan.aku lihat seorang ibu yang sedang melayan kerenah anaknya ditelefon.aku jadi ingat pada nanda.sial.

Aku senyum sendiri.akhirnya aku tiba di kantor pak abdillah.

“ morning,pak.”
“ eh dinda.” Dia menyeggih melihatku.aku berjabat tangan dengannya sebelum melabuh punggung ke atas kerusi.aku meletakkan sampul coklat tersebut atas meja.dia mencapai sampul itu dan terus mengeluarkan isinya.

“ kalau ada cerita baru dari awak dinda.saya memang tak sabar sabar.”

Katanya.lantas aku terbahak kecil. “ rileks lah pak.” Kataku.

Pak abdillah membaca tulisanku satu satu dipermulaan cerita.

“ bagus dinda.permulaannya saja sudah menarik.apatah lagi yang lain.” Matanya masih berjijar pada perkataan yang tertulis secara mekanikal atas kertas putih itu.matanya melirik ke kanan dan ke kiri – membaca.

“ macam mana?” tanyaku.
“ oops you did it again!” balasnya.berhahaha saja aku apabila bersama pak abdillah.dia sudah aku anggap ayah sekaligus mentor buat aku.dia hebat.

Tak lama kemudian aku meninggalkan tempat itu dan memecut laju ke tempat kugiran.nanda sudah lama tiba.aku dan dia merupakan teman kugiranku.aku nyanyi manakala dia pula akan bermain gitar saja secara akustik.irama yang aku dan dia bikin.tersangatlah bermakna.aku mahu terusan begitu.

Aku mengambil mikrofon dan berlabuh keatas sebuah kerusi.disisiku ada nanda dengan gitarnya.atas ada lampu limelight memancar terang kepada kami.jadikan kami perhatian.dibawah dipenuhi dengan peminat kami.ramai.sebelum aku menyanyi aku lihat nanda.dia berkising kearahku dengan senyum penguat semangat.itulah yang akan aku dan dia lakukan setiap kali diatas pentas.lantas aku mulai persembahan kami dengan lagu ciptaan nanda ; dream like yesterday.

Lets dream on about the dreams we had last year,
About the winds of hope in California,
About how we plan that white day,
About you in white and me in black,

Lets dream,
Lets get out of this hell,
And go in sensation,
Just dream baby,
And I’ll be your lullaby,

Lets dream on about the dreams we had last year,
You know the winds are here,its hope
You know that white day is on,I promise
You know I will wear black for you,

Just dream,
Baby you know I love you.


Nyanyian aku mengulit hati semua yang hadir.bunyi gitar nanda yang begitu melodrama bikin hadirin lebih menjiwai apa yang cuba disampaikan.aku puas dengan persembahan malam itu.apalagi nanda yang tawanya tak lekang dari muka.dia sangat gembira.

Seusai persembahan.nanda mengajakku lihat bimasakti lagi.tapi kali ini dari atas atap rumahnya.pada mulanya aku agak cemas.aku jadi gayat.tapi gara gara nanda aku menguatkan diri untuk memanjat keatas sana.

“ kau kata nak naik atas langit petik bintang.takkan takut kot.”
Kata nanda.

Ya benar katanya.aku akhirnya berjaya juga naik.rumah nanda terlalu besar.sebuah rumah agam.aku pula,aku hanya tinggal di flat kecil.dan lihat nanda.aku bisa mati kelaparan gara gara tersesat dalam rumahnya.

Three.

Aku dan nanda berteleku diatas atap.sambil mendongak melihat bimasakti yang kita suka itu.nanda siap bawa gitarnya sekali.

“ tengok dari atas rumah kau lagi best dari tengok kat tasik.” Kataku.
“ yup.rasa macam kita betul betul terbang kan?”
“yeah.”

Nanda mulai memetik gitar.

“ jom nyanyi.kau tahu doris day?”
“of course.moonlight bay kot!” aku terbahak.
“ okay aku nak nyanyi moonlight bay untuk kau.”

We were sailing along moonlight bay
We could here the voices ringing
They seemed to say
“ you have stolen her heart”
“now don’t go ‘way”
as we sang love’s old sweet
song on moonlight bay

“ wow.your good.i love that song gila gila ah.”
“ aku nak nyanyi frank sinantra pula untuk kau!” tambahku.
“ lagu mana?” tanya nanda.
“ fly me to the moon.” Balasku.

Aku mengambil gitar darinya dan mulai memetik kord kepada lagu itu.

Fly me to the moon
let me play among the stars
let me see what spring is like
on Jupiter and mars
in other words,hold my hands
in other words,baby,kiss me

fill my heart with song
and let me sing for evermore
you are all I long for
all I worship and adore
in other words,please be true
in other words,I love you



lalu aku sedar.aku dan nanda seperti cuba untuk meluahkan perasaan masing masing melalui lagu yang kami nyanyikan tanpa perlu menegaskan maksud sebenar.

Tiba tiba pawana menghembus lembut dari atas rumah nanda itu.

“ esok aku nak ke Indonesia.” Kata nanda.
“ untuk apa?”
“ cari bulbul kau.”
“ eh tak payahlah nanda.”
“ aku nak juga cari.tapi..”

aku jadi penasaran.

“ aku nak lamar kau dulu malam ni.atas atap ni.bimasakti jadi saksi.”

Aku terkesima.sungguh.aku tak menyangka nanda akan mempersoalkan tentang itu lagi.tapi pada detik itu hanya tuhan saja tahu betapa gembiranya aku.

Nanda memaut kedua tanganku dan mengangkat ku bangun.kami berdiri diatas atap.pawana makin kuat berhembus.namun,ia berhembus lembut.masih.

Nanda mengeluarkan kotak cincin.cincin berlian putih yang berkilat.aku masih kaget.

“ dinda natalia binti ahmad haziq,will you be my wife?” tanya nanda padaku. “ aku dah cukur bulu ketiak aku untuk kau.” Tambahnya lagi,bikin aku terbahak.iya aku gembira.

aku melihat ke matanya.matanya bersinar sinar.dia tulus benaran.hati aku sudah bulat menerima dia.

“ I do.i want to be your wife nanda.”

Nanda terus menyarungkan cincin berlian itu ke jari manisku.sejurus itu,dia terus memelukku dengan kuat.dan bilang berkali kali betapa dia cinta mati sama aku.detik itu merupakan peristiwa yang tak akan aku lupakan.

Keesokkan harinya nanda berangkat ke Indonesia demi mencarikan burung bulbul untukku.

Tapi celaka terjadi.sewaktu nanda ingin pulang ke Malaysia.kapal terbang yang dinaiki terhempas dan rentung.

Aku jadi pebarantakan.ruwet.rusuh.hari hariku diisikan dengan tangis.sadis luar dan dalam.aku luluh.luluh sekali.

Satu malam aku dengar bunyi burung bernyanyi merdu.sangat merdu hingga aku menjengah keluar.alangkah pelik,ada burung bulbul sedang bernyanyi diatas ranting pokok yang benar benar didepan jendela aku.

Aku senyum sendiri.aku ingat nanda.mungkin dia sudah menjelma jadi bulbul.ah merepek.tapi aku terus berfikir begitu untuk merasakan kehadiran nanda.

Sekarang.

Aku sendirian dipentas.tak ada lagi senyum penguat sebelum persembahan untuk aku.tak ada gitaris yang telah bikin aku jatuh cinta itu.aku menulis kisah kisah sadis dan tragis.kerana hati aku sudah pecah dua.sukar untuk disambungkan kembali.tapi aku tak lagi takut pada tinggi.aku masih lagi menghabiskan petangku dengan mengagumi bianglala.aku ingat nanda.aku masih lagi habiskan malam malamku dengan mengamati bimasakti.bintang paling besar itu nanda.

Cincinnya masih dijari manisku.tak akan aku cabut.tiap masa aku cuba mengawal jiwaku meskipun aku tahu ia sukar seperti mengumpul wang 100juta dollar dalam masa 24jam.namun aku cuba.demi nanda.

Mungkin nanti aku dan dia akan jumpa lagi.kalau bukan disini.mungkin di sana.

“ aku rindu kau nanda.”

Getaran jiwa
Melanda hatiku
Tersusun nada
Irama dan lagu
Walau hanya sederhana
Tetapi tak mengapa
Moga dapat membangkitkan
Sedarlah kamu wahai insan

Tak mungkin hilang
Irama dan lagu
Bagaikan kumbang
Sentiasa bermadu
Andai dipisah
Lagu dan irama
Lemah tiada berjiwa
Hampa.