20090618

we are all magicians

One.

Kita selalu saja mengaca.apa yang kita lihat selain wajah kita? Aku.aku lihat seorang manusia sinis yang benci akan kehidupan.yang begitu pesimis sekali.

Lagu hardcore semakin digilai.semua kepala keatas kebawah melayan feel.lagu lagu seperti itu menjadi peluah perasaan remaja.terutama buat zoela ,jill dan arman.arman sangat mencintai dua wanita itu.mereka temenan sejak kecil hingga sekarang.hari hari mereka dihabiskan dengan mabuk mabukan.rokok 2 kotak.dan gitar ; alat paling berkesan untuk melayan jiwa rentan.

Pada satu malam yang sepi diatas sebuah bukit.

“ dulu aku nak jadi seorang ahli magis.”luah zoela
“ kalau kau ada magik.apa kau nak buat?”tanya arman
“ aku nak kita hidup selamanya.kita bertiga.”balasnya dengan selirik senyuman.

“ apa guna hidup lama kalau hari hari kita gagal.sama saja seperti menanam bunga ros pelangi.kita terus menanam.tak mengaku kalah.tapi bunga ros pelangi takkan pernah wujud.” Arman mulai pesimis.zoela berpaling kearahnya ; berkerut dahi seraya mencebek bibir dengan bermemek.namun dicuek oleh arman.jill menyampuk.

“betul juga.” Kata jill. “ tapi aku pasti.kalau kita tak mengaku kalah.bunga ros pelangi itu pasti akan tumbuh juga.kebarangkalian.siapa tahu ?” tambahnya.
Sambil menghisap batang rokok yang makin kontot itu.

“ minum?” tawar arman kepada dua wanita itu.sebaik mendapati airnya sudah makin habis.zoela mencapai botol arak dari genggaman arman dan meneguknya.

“ kalau aku seorang ahli magis.aku akan bikin sayap buat kalian.dan kita terbang ke atas langit.tiada apa atau siapapun yang bisa menggangu kita lagi.”

Zoela tegaskan cita citannya yang tak mungkin itu.jill dan arman hanya tersenyum-berharap agar impian zoela menjadi realita.keadaan mulai sunyi.ketiganya kusyuk menikmati cakerawala malam.dengan kehadiran kunang kunang yang menyinari malam mereka.

“ aku sayang sama kalian.” Tegas arman.kedua wanita itu kemudiannya melabuhkan kepala mereka ke kedua belah bahu arman.

“ kita juga sayang kau man.”

Two.

Bersama rindumu
Bersama rinduku
Bersama hatiku
Warnai langkahmu
Bersama denganmu
Harungi mimpiku



Lagu jangan pernah pergi dari alexa keudara dicorong radio.

Bersama nafasmu
Bersama nafasmu
Bersama tubuhku
Rebahkan jiwamu
Bersama denganmu
Harungi mimpiku


“ kuberikan semua hanya untukmuuu ,jangan kau .jangan pernah jangan pernah pergi dariku !” arman menyambung lirik alexa.

bernyanyi sambil berpusing pusing diruangan rumah mereka.bersama kedua rama ramanya.hilau tawa tercetus.setiap hari.mereka bernyanyi dan berteriak segenap jiwa.itulah mereka.selalu ingin meluahkan sesuatu yang dunia tidak mengerti.hanya mereka yang tahu.

Jam menunjukkan tepat jam 5 petang.

“ aku keluar kejap cari udara.” Teriak arman kepada zoela dan jill yang sedang leka mengecat kuku mereka.seorang dengan earphones tersumbat ditelinga.seorang lagi kusyuk membaca majalah diatas katil empuk jill.tapi teriakkan arman masih dapat didengari mereka.

“ okay !” jerit kedua rama rama itu serentak.

Diluar.seperti biasa.kota metropolitan yang sesak dengan kenderaan sana sini.dengan CFC pula yang menipiskan lapisan ozon.hon kedengaran kuat.manusia semuanya sama.tidak tahu sabar.yang ada diotak mereka adalah ; alamak aku sudah lambat ke pejabat ! ada mesyuarat penting !

Tipikal.

Dijalan arman menemukan seorang kakek yang sepertinya sedang bertafakur.terkumat kamit mulutnya,kakek itu menoleh ke arman dan mencampakkan selirik senyuman.senyumannya itu sangat aneh.walaubagaimanapun,arman tetap membalas senyumnya.tak lama kemuadian,arman mulai bosan.lantas mengambil keputusan untuk pulang kerumah.

“aku dah pulang.”

Rumah sunyi.rama ramanya tiada.jantungnya mengepam laju.badannya mulai dibasahi peluh.cemas.dimana mereka? benar.tiada apa yang lebih bermakna.hingga kita kehilangannya.

“ zoe ! jill ! zoeeee ! mana korang? Jill !!”

teriakkan dan jeritan yang dilontarkan olehnya sia sia.kerana tiada siapa yang menyahut.sunyi itu membunuhnya perlahan lahan.dia anti pada kesunyian.dengan pantas dia meninggalkan rumah dan cuba mencari mereka.masih tidak ketemu.pulang kerumah.dia melabuhkan diri ke sofa dan mencicip siaran televisyen.tiba tiba dia melihat zoela.dalam rancangan bernama ‘magik’.apa yang sedang berlaku.celaka apa ini? Kiamat tak mungkin.dia bingung.kalau boleh dia bisa jadi gila disaat itu juga.

Arman mendekati kaca tv.matanya melekat.apa benar itu zoela? Macam mana semua ini berlaku? Dia amat memerlukan jawapan.lebih kurang seperti seorang penagih dadah yang membutuhkan belakan dadahnya tiap kali mereka lemau.arman kembali berlabuh diatas sofa.kondisinya parah.badannya jadi lemah.tanpa disedari.arman ketiduran.keesokkan harinya dia bangkit.keadaan bodoh semalam masih berlarutan hingga sekarang.sialan ; katanya.

Three.

Dia keluar mengambil angin.merokok di pondok bas.mukanya kusut sekali.dia berjumpa dengan seorang gadis di pondok bas itu.cantik.

“kemana?” arman menyapa.sambil mengepul ngepul asap dimulutnya.dihembus keluar.

“ pasar seni.”
“ada apa disana.”
“tak ada apa sangat.tapi aku tenang disana.”
“kau tanam anggur?”
“ya.” Sambil terbahak kecil.arman ikutan terbahak. “samalah.”
“ kau nak ikut?” ajak gadis itu.arman bersetuju saja.

Setiba disana.

“ jom aku bawak kau ke sebatang sungai.sana cantik.” Gadis itu bersungguh sungguh mengajak.

Mereka berdua berteleku ditanah berdekatan sungai.bersebelahan.

“ cuba kau tarik nafas dalam.sambil tutup mata.” Kata gadis tersebut.arman hanya mendiam tapi melakukan seperti apa yang disuruh.tiba tiba dia menyeggih sendiri.

“kenapa?” tanya si gadis.
“aku tak pernah rasa setenang ini.”
“kau dengar bunyi angin tadi?”
“yeahh.”
“itu melambangkan keamanan.bagi aku.ini tempat paling indah dan tenang di kuala Lumpur yang sudah bagaikan new york ini.” Katanya.

Arman yang dihentak dengan malang tiba tiba.kehilangan rama ramanya.kemudian berjumpa dengan seorang gadis yang penuh dengan ketenangan.mencari ketenangan,membikin ketenangan dan memiliki ketentangan.arman mengamati wajah mulusnya.agak lama – membikin si gadis jadi malu.

“ kau tengok apa?”
“kau cantik.kau buat aku rasa tenang.just by looking at your face.”
“itu bermakna kau tak tenang tengok muka kau sendiri.”
“itu pasti.”
“kalau kau tak tenang tengok muka kau sendiri.kenapa kau rasa tenang tengok muka aku.kau nak tahu kenapa?” arman mengeleng.

“sebab kau benci hidup kau.yang buat kau benci tengok diri kau sendiri.kadang kadang kau rasa macam sial.dan dengan menatap wajah orang lain.dan berkata tenang sejurus melihat wajah seseorang.kau rasa kau adalah orang itu.kau ingin jadi sepertinya.benar? hanya untuk memperoleh ketenangan itu.”

Jelasnya panjang lebar.yang bikin arman terlongo sebentar.kerana semua yang diucapkan si gadis benar.tepat semuanya.dengan si gadis arman tak perlu bersembunyi.atau menjadi seorang pesimis.dia suka menjadi siapa dirinya ketika bersama si gadis.menjadi naïf.naïf tentang kehidupan.

“apa yang cari arman?”
“ macam mana kau tahu nama aku?”
“apa yang kau cari?”ulangnya lagi.kali ini makin lantang.cuba untuk mengalih perhatian arman.agar dia tak bertanya lagi dari mana ia tahu namanya.

Arman menghela nafas panjang.dan merenung tajam kearah barat.

“rama rama aku.keduanya.”
“kau sayang mereka?”
“terlalu sayang.”

Si gadis memandang ke barat juga.

“ kau nak tahu apa yang kita perlu lakukan dalam hidup?”
“apa?”

“hidup seperti kita benar benar ingin hidup.dan cinta hingga kita merasakannya.itu saja.kau hebat kerana kau sudah cinta hingga kau merasakan cinta itu.kerana aku dapat lihat kesedihan kau apabila kehilangan rama rama kau.tapi mungkin.kau masih belum benar benar ingin hidup.jadi diri sendiri arman.”

Itu kata kata terakhir daripada si gadis sebelum dia menyedari.semua yang terjadi Cuma mimpi.dia terbangun dan mendapati jill dan zoela ada disisinya.rama ramanya.sedang lena ketiduran.arman mengucup dahi kedua mereka.

Apa yang berlaku telah mengubah arman yang pesimis jadi optimistic.dan telah mengajar arman banyak tentang apa sebenarnya hidup.yang belum dia terokai sebelum ini.

“ arman,benar.aku akan jadi seorang ahli magis.” Kata zoela.
Arman tersenyum. “aku pasti kau boleh zoe.”

Sebenarnya setiap hari dalam hidup dan setiap detik adalah magik.Cuma kita saja yang tidak menyedari kenyataan itu.kita sering merasa bosan dan celaka.padahal semua itu magik dan rempah kepada kebahagiaan.