20090511

milk and milo.

3 kisah dalam satu cerita :)

One.

Dua pesakit HIV positif.lelaki dengan perempuan.dan cinta.

“ tutup mata kau Erika.”
“ apa dia ni jimi? Tak nak lah.aku tak suka kejutan.”
“tutup ajelah.”
“yelah.”

Jimi menghulurkan sebatang mawar ungu buat Erika.

“ wow.macam mana kau dapat mawar ungu?”
“ adalah.kau suka?”
“sangat.terima kasih jimi.”

Mereka saling mencintai.malah sebelum virus pembunuh ini tertikam kedalam darah mereka.cinta mereka melambangkan cinta yang sesungguhnya.

Hari demi hari keadaan mereka berdua kian melemah.bahkan bunga mawar ungu pemberian jimi yang Erika letak didalam pasu mulai layu.katil mereka bersebelahan.Erika menoleh kearah jimi.jimi melakukan hal yang sama.

“ nyanyikan lagu twinkle twinkle little star untuk aku.” Kata jimi.

Twinkle twinkle little star
How I wonder what you are
Up above the world so high
Twinkle twinkle little star
Like a diamond in the sky
Twinkle twinkle little star
How I wonder what you are


Seusai menyanyi.Erika menoleh lagi kearah kekasihnya itu.jimi terlihat sedang menutup mata.Erika juga kian lemah.keduanya lelap.lelap selamanya.

Jimi.bintang itu kau.jika bintang itu malap dan hilang.aku juga turut ikut.

Erika.suara itu kau.suara penguat semangat aku.jika suara itu lemah.aku juga ikut lemah dan jatuh.

Two.
Seorang pesakit kanser tulang dengan seorang askar.

“ kalau satu saat aku tak boleh gerak lagi.kau nak tak jadi tongkat aku?”
tanya mika pada miko.miko menjawab “ of course sayang.”

Saat itu tiba juga.mika langsung tak dapat bergerak.dia seperti ayam berak kapur.terlantar saja.manakala,miko pula telah mati ketika berperang.hingga sekarang dia yang masih tidak tahu menahu tentang kematian miko.masih menunggu tak henti henti.masih menangis siang malam.berharap miko kembali disisinya.menjadi tongkatnya seperti yang dijanjikannya.

“ miko.mana kau?”

hingga dia meninggal.dia terseksa dalam gemelut rindu.


Three.

Seorang penderita alzhemier dengan cintanya.

Pejamkan mata bila
Kau ingin bernafas lega
Dalam anganku.aku berada
Di satu persimpangan.jalan yang sulit ku pilih.

“ kau pernah dengar lirik tu?” tanya sara
“melly goeslow?”
“ yes.”
“ pasal apa eh? Aku tak paham sangat.” wan bingung.
“ umpama kau sesat.tak tahu nak pilih mana.” Jelas sara.

Sesat.suatu hari wan benar benar sesat.penyakitnya makin parah.jika dia melakukan pembedahan.ada kemungkinan.45% daripada ingatannya akan hilang.dia bingung.apa dia mahu menjalaninya atau tak.jika ya.mungkin ingatan tentang sara akan hilang.dia tak mahu itu.

“ jangan risau wan.lepas kau sembuh.aku orang pertama yang kau akan lihat.kau pasti akan ingat aku.betul.janji kau sembuh.”

“ aku sayang kau sara.aku tinggalkan hati aku dengan kau.”

Usai pembedahan.wan koma 2 hari.bangun bangun saja.dia melihat sara sedang lena ketiduran disampingnya.mukanya ditanam diantara dua belah lengannya.wan mengejut sara.sara bangkit dan tersenyum.

“ siapa kau?” tanya wan.
“ aku sara,wan.”
“ aku tak kenal kau.berambus dari bilik aku.”

Sara tersentak. “ apa kau cakap ni wan?” kaca kaca mata mulai manitik.
“ tak payah lah nak menangis.” Wan berubah menjadi kasar.

Apabila perkataan berambus itu dilontarkan pada sara.sara benar benar berambus dari hidup wan.tapi hati wan masih dalam tangan sara.bila bila masa saja.wan pasti akan kembali.sara percaya itu.

5 tahun kemudian.

Pintu rumah sara diketuk bertalu talu.sara segera mendapatkannya.

“ kau simpan lagi hati aku sayang?”

kan.wan kembali.penungguan sara tak sia sia.cinta sejati tak boleh lolos dari cinta sejati.

“ hati kau selamat dalam tangan aku.”