20090909

Gundik Part One,

Mereka selalu membandingkan hidup dengan hampir segala benda. Roda, roller-coaster,taik,bedebah dan lain-lain tanpa mengetahui erti sebenar hidup. Kerana mereka lembur pada sisi karatnya saja.

Nama aku Anoah. Hidup Cuma ada dua yang aku sayang iaitu Ben si cina yang sedang menunggu pendonor jantung. Dan Jia ; sedang hamil 4 bulan akibat diperkosa teman lelakinya yang kaki judi,sekarang entah kemana dia hilang.

“ I feel numb.”

“ sebab tuh kau kelar tangan kau ?”

“ yeah.”

“ buat apa.”

“ supaya aku dapat rasa something.”

“ rasa apa? Kesakitan?”

“ itu memang rasa yang takkan hilang,Anoah.”


Angin pada hari ini begitu kencang dan sejuk. Menggila ia berlari. Menggoncang setiap sudut partikal yang statik. Aku,Jia dan Ben berlabuh punggung di sebuah bukit. Diatas dataran yang sedikit berbonggol-bonggol.

Bila tutup mata sambil benar-benar merasakan angin itu. Terasa bagai terbang. Disekitar kami dipenuhi pokok-pokok lebat. Yang semuanya hijau. Ada baiknya juga disini.

Disini setidak-tidaknya dapatlah kami bernafas daripada terus berada dalam satu kotak bangsat yang tiada tingkap atau pintu. Semuanya hitam. Mulut dan hidung bagaikan ditutup rakus dengan kain tebal supaya tak boleh bernafas.

Aku mahu jadi kebal.

“ Jia. Kau nak anak lelaki ke perempuan?” tanya Ben.

Jia senyum sambil meraba-raba perutnya yang sudah agak buncit sekarang.

“ aku nak lelaki.”

Mukanya sekali-sekali ditutup rambut akibat ditiup dek angin yang menggila itu.

“ dia dah mula tendang-tendang weh?” aku sampuk.

“ belum lagi.” Dia terbahak kecil.

Lalu aku dan Ben memaut tangan Jia. Aku yang s ebelah kanan,Ben yang kiri.kami mengamati wajahnya yang putih mulus. Penuh dengan duka.

“ kau janganlah sedih Jia. Kau jangan pikir baby ni tak ada ayah.Tengok ni.In fact , dia ada dua ayah !”

aku cuba sedaya upaya untuk menyuntiknya kearah positif.

“ betul tu. Dia beruntung ada bapak cina.boleh belajar mandarin free of charge!” Ben melawak.

Dan pada saat itu. Jia benar-benar ketawa. Tawa itu menyinari dunia kami. Memang sudah lama kami layu kerana tidak disinari senyumannya.

“ thanks Anoah,Ben. I love you guys.Kalau apa-apa jadi dekat aku. I beg you please take care of my baby.”

“ nothing is going to happen Jia.”

“ im just saying.”

“ don’t need to.”

Sekarang cuaca kian mendung. Tapi tidak terlalu gelap. Angin masih seperti tadi. Tapi bau hujan sudah dapat kami kesan. Dan itu dia,hujan pun turun. Hujan renyai saja. Jadi aku dan ben menarik Jia kedalam hujan. Kami bermain-main dengan air hujan seperti yang pernah kami lakukan waktu masih kecil dulu. Kami bertiga berpusing-pusing dan bergemalai dibawah langit yang sedang menangis itu.

Kami tertawa riang mempersendakan langit monyok. Kerana kamilah manusia-manusia paling bahagia yang berhak untuk ketawa sekencang ini. Kami lah yang paling layak untuk mengungkap erti sebenar angin.

Dan marilah bersama-sama kita berlari. Jauh dari semuanya. Kerana sekarang kita bukan bertiga tapi berempat.


Saban hari. Kandungan Jia mulai membesar. Malah dia sudah bisa merasakan tendangan manja si fetus dalam tubuhnya. Jia banyak mengidam. Ben lah yang rela keluar rumah setiap jam 4 pagi untuk mendapatkan benda-benda untuk Jia. Tapi aku selalu halang memandangkan dia sakit. Aku yang pergi.

Aku dan Ben memang pernah mengaku kepada satu sama lain dulu. Yang kami memang benar-benar sudah jatuh cinta pada Jia yang kami anggap adik selama ini. Entah macam mana bila dah dewasa. Perasaan itu serta-merta berubah menjadi cinta.

Cinta memang buta kan?

Satu hari Jia aku dan Ben terserempak dengan mama dan papa Jia. Tuhan sahaja yang tahu betapa kagetnya mama Jia melihat perut anaknya yang kini sudah sebesar tembikai itu. Aku lihat Jia. Sedang berusaha menahan manik-manik kacanya daripada menunjuk diri.

“ kau memang anak sundal Jia ! semua yang papa ajar dekat kau ,kau buang mana ? dekat batang jantan?!”

Ben naik berang.

“ Pak cik ! pakcik sebagai bapak jangan kurang ajar.macam pakcik dah masak dengan semua benda pasal dunia. Pakcik dengan makcik sepatutnya dorong Jia. Dia mengandung sekarang. cucu pakcik dan makcik juga.”

“ hump. Cucu haram. Aku takkan mengaku kau anak aku lagi Jia. Jangan berani kau tunjuk muka dalam keluarga kita.memalukan ! Mana aku nak letak muka aku ni?”

dia berhenti lalu menoleh kearah isterinya yang hampir separuh mati.

“ kau tengok mama kau.” Sambil menunding. “ Kalau dia mati kau lah pembunuh dia! Anak sundal. Jom Salmah. Kita pergi.”


Dan hilang lah si tua tak sedar diri itu dengan isterinya bagai ditelan gelodak. Kereta mewahnya memecut laju dijalan. Macam dia seorang sahaja yang punya kereta. Aku harap dia mati dalam perjalanan.

Jia diam seribu bahasa. Bagaikan sudah terkena strok jiwa ke jiwa. Sejak dari hari itu. Dia mulai ke bentuk asal. Ke Jia yang dulu. Jia yang kusut,aku tidak lagi melihat ciri keibuannya. Dia jadi benar benar luluh. Tak mahu makan. Kalau mengidam pun. Dia dah tak cakap. Dia cuma membatu.

“ Jia. Makan sikit.”

Aku datang membawa bubur ayam kegemaran dia.dia mengeleng lemah seraya memandang tv yang tidak dibuka. Keadaannya sudah seperti mayat hidup. Ben pula sering sakit-sakitan sekarang. malah lebih parah dari dulu. Tapi masih berdegil tak mahu ke hospital.

Selang beberapa minggu. Papa Jia datang ke rumah susun kami. Kali ini nadanya baik. Cara cakapnya baik. Perlakuannya juga. Aku dan Ben bingung.

“ Jia. Papa bawak makanan.”

Jia mendonggak sambil berkerut dahi melihat orang tua aneh itu. Tiba-tiba baik. Bawa makanan pula.

“ apa papa buat kat sini?”

“ haih. Tak boleh papa datang tengok anak papa? Dengan cucu papa?”

Jia jadi musykil.

“ apa yang papa cuba sampaikan sebenarnya.”

Orang tua itu diam sebentar.

“ sebenarnya. Papa datang sebab mama. Dia sakit tenat. Dia nak Jia balik rumah.”

Jia langsung menoleh pantas memandang muka kami berdua. Seperti cuba untuk bilang ; halang aku daripada pergi. Aku tak nak pergi.

“ tapi dengan syarat. Kau kena kahwin dulu.supaya anak tu ada ayah.”

“ mama cakap macam tu?”

“ bukan. Papa.” Mukanya serius.

“ papa memang dah sakit.” Kata Jia.

“ apa?”

“ pentingkan reputasi taik.”

“ kau jangan cuba uji kesabaran papa. Baik kau cari suami sebelum papa carikan. Dan sebelum mama kau mampus.”

Si ganyut bongkak itu lantas bangkit dari sofa rabak kami ,berjalan laju menuju pintu keluar, muka aku dan Ben dipandang ketat. Dapat aku lihat api yang mara dalam biji matanya.

Aku menutup pintu sebaik sahaja dia pergi kemudian menyertai Ben dan Jia di badan sofa. Masing-masing bersebelahan dengan Jia. Ben merapatkan dahinya ke dinding pipi Jia. Aku pula melabuhkan kepala keatas pundak Jia. Sementara Jia menangis. Menangis selantang-lantangnya.

“ nangis lah Jia.” Kataku.

“ yeah.keluarkan semua. jangan simpan.” Tambah Ben.

“ dia maki aku weh. Dia kata aku anak sundal. Anak aku haram. Dia tak tahu apa yang berlaku. Aku kena rogol! Baby ni langsung tak berdosa.”

Kami berdua memaut tangan Jia.

“ sabar ye Jia. Kita ada.”

“ sekarang dia suruh aku kahwin pula.apa aku nak buat?”



BERSAMBUNG ..