20090910

Gundik Part 2 (END)

Siang bertukar malam ,malam bertukar siang,siang bertukar malam,malam bertukar siang. Hari-hari sama sahaja. Tak ada yang berubah.

Aku sedia menjadi suami Jia kalau dia mahu, Kalau dia mahu. Bagaimana dengan Ben? Ben juga sayang Jia. Khabarnya keadaan mama Jia bertambah gawat. Jia lagi lah runsing.

Turutan ini jadi lebih klimaks apabila Ben rebah. Terpaksa digegaskan ke hospital dengan kadar segera.

“ Jia. Kau okay?” tanyaku.

“ semua macam bontot er. Dah lah Noah,aku tak kisah lagi pasal mama. Dia tak pernah kisah pasal aku selama ni. Biarlah. Biarlah papa tu. Kalau dia tak nak terima aku dengan anak aku. kisah apa aku. sekarang yang aku fikirkan Cuma Ben. He’s dying.”

“ kau sure Jia? Dia mama kau.”

“ biar tuhan tentukan. Dia ingat aku pelacur ke? Senang-senang nak cari lelaki then tahu-tahu kena kahwin? Dorang pikir senang ke untuk aku?”

“ tapi itu syarat papa kau.bukan mama kau.”

Dia diam.memandang lantai kosong sambil meraba perutnya.muka dia macam nak nangis. Dia memang suka menangis. Dasar cengeng.

“ Jia? Dengar tak?”

“ aku tak tahu Noah jangan tanya lagi. Yang aku risaukan sekarang cuma Ben.”

Tak ada suara lagi selepas itu. Kami duduk bersandar di kerusi hospital. Sanggup tunggu sampai bila-bila untuk Ben keluar. Kami harap dia tak apa-apa.

Doktor keluar.

“ dimana keluarganya?” tanya si doktor seraya mengeluarkan sarung dari tangannya.

“ em dia anak yatim piatu doktor. Kami kawan-kawannya.”

“ baiklah. Ben mengalami kerosakkan teruk dalam jantungnya.kondisi dia terlalu lemah. Masih koma. Jangka masa hidupnya sangat tipis jika tiada pendonor. Dia perlukan pendonor secepat mungkin. Kalau tiada pendonor dalam 3 hari. Kami akan minta kebenaran encik untuk mencabut mesin pernafasannya.”

Kakiku jadi longlai. Tak kuat lagi untuk dengar.telinga sudah lemas. airmata darah sekalipun tidak dapat mengubah takdir. Jia apa lagi. Dia yang paling parah. Aku selalu menenangkan dia. Tak mahu dia jadi dipresi. Kerana dia sedang hamil.

Ben adalah seseorang yang baik dan jujur. Teman yang paling memahami. Aku dan Jia jadikan dia tempat untuk meluahkan segala isi hati. Jika dia pergi. Maka hancurlah kami. Punahlah kami. Luluh dan pecahlah kami !

“ ben is going to be okay kan Noah?”

“ sangat okay.”

Jia bilang dia sudah menelefon mamanya. Mamanya baik-baik saja. Papa tipu. Papa mahu Jia balik sebab nak dapatkan harta warisan atuk. Kalau Jia tak balik. Wasiat tak boleh dibacakan. Papa nak Jia cari suami. Sebab malu dengan saudara mara kalau tengok perut Jia bunting.

Memang lelaki tua tak sedar diri. Jilat neraka lah kau.

Jia kata dia tak mahu kembali kepada keluarganya yang hipokrit dan keduniaan.mereka semua tolol kerana tak mahu mengerti erti sebenar hidup. Mahu hidup senang.goyang kaki. Berenang dalam duit. Bodoh.

Kalau mereka tak mengaku Jia sebagai keluarga. Jia lebih malu punya keluarga seperti mereka . tamak dan hauskan nama. Kapitalis ,sombong bongkak !

Pergi mati.

Itu bukan keluarga. Itu pantat.

Sekarang Ben. Dia perlukan aku dan Jia. Jika dia masih mahu hidup. Dia akan kuat. Ben kuat. Dia kebal macam superman. Macam jebat. Tak ada siapa boleh lawan Ben. Ben adalah hero kami.

Hari kedua. Aku merayau diluar. Dan pikir. Tak ada masa lagi untuk mencari pendonor. Biar aku saja jadi pendonor. Tapi kalau begitu. Aku harus mati untuk bagi jantung aku pada Ben. Tak apa. Apa sahaja demi Ben.

Aku pergi ke hospital dan memeluk Jia sekuat hati. Aku kucup dahinya dan menangis bersamanya. Berjenaka dan bersenda dengannya. aku dengar tendangan bayi dalam perutnya. Tak lama lagi. Kataku beri dia nama ; Raja Ilyas. Kalau lelaki. dan Puteri kalau perempuan. Kerana bayi Jia layak jadi royalti dalam keluarga kami.

Kemudian aku ke wad Ben. Hanya kami berdua disitu.

Aku bisik dalam telinganya. Aku kata ; jaga Jia. Kalau dia degil bagi lipas mainan dekat dia. Aku nak merantau ni. Aku kena tinggalkan kau. Tinggalkan Jia. Kau jadi suami yang baik tahu untuk Jia. Jangan lupa masuk Islam dulu kalau nak kahwin dengan Jia. Tahu lancau? Kau macam abang untuk aku. aku sayang kau.

Aku kucup dahinya dan peluk dia. Aku dapat lihat air mata mengalir keluar. Pasti dia dengar kata-kataku.itu aku pasti. Aku senyum dan kucup dia lagi sebelum keluar. Aku baringkan Jia atas sofa di kamar wad Ben. Tidurkan dia. Lalu aku pergi.

Aku tahu dosa besar bunuh diri. Tak apalah. Apa sahaja demi kawan. Macam orang cakap. Kawan sampai mati. Ini dia aku buktikan. Sampai aku mati aku bagi hidup aku pada dia. Kerana dia layak.

Weh cina. Kau hutang aku nyawa. Tapi tak payah bayar. Aku kasi free.

Aku telan banyak pil malam tu. Sampai disuatu saat penglihatanku kabur dan aku jadi lemah. Dan itulah cerita aku. aku mati. mereka jumpa aku keesokkan harinya. Memang aku dah berunding dengan doktor Ben. Kalau apa-apa jadi dekat aku. aku dermakan jantung aku kat Ben. Siap dah tandatangan lagi.

Doktor hormati rundingan dia dengan aku. dan melakukan seperti yang dijanjikan. Hari ketiga aku mati. hari ketiga juga Ben hidup. Walaupun ketika itu. Tiada kami bertiga. Tapi ada bayi Jia kan? Cukuplah tiga. Tetap tiga.

Memang aku mengaku aku pergi dalam tenang. Walaupun cara aku bodoh dan salah. Tapi apa yang lebih menenangkan daripada melihat teman-teman kau bahagia? Jia nangis tak henti-henti. Ben rasa bersalah. Mereka tahu jantung aku sekarang ada dalam tubuh Ben.

Ben dah sihat sekarang.

Ben dan Jia menikah. Ben masuk islam. Yela masa hidup aku tak dapat rasa bercinta dengan Jia. Tapi bila mati aku dapat rasa. Jantung aku kan Ben pakai. Jadi kita berdua masih boleh mencintai Jia pada masa yang sama.

Anak Jia lahir. Lelaki. dia bagi nama Raja Ilyas Anoah.

Mereka bertiga bahagia. Aku lagi bahagia.

Dan Jia bangga bercerita kepada Raja kecilnya.

“ sayang. Tahu tak sayang ada dua papa? Satu papa Ben. Satu lagi papa Anoah.”

“ mana papa Anoah mama?”

Jia menunjuk pada langit senja yang tenang.

“ dia dekat sana. Tengah tengok kita. “

“ kenapa dia tak datang rumah kita?”

“ sebab dia superman. dia kena tinggal dekat sana.”

“ kalau ilyas nak jumpa dia?”

“ kalau ilyas nak jumpa dia? Ilyas sebelum tidur panggil dia tiga kali. Nanti dia datang dalam mimpi ilyas.”

“ betul ke?”

“ betul.”


Gedik betul Jia ni. Tak pasal-pasal aku kena datang dalam mimpi Raja kecil ni tiap hari. Sebab tiap hari dia panggil aku.

Inilah erti sebenar hidup . perlu pengorbanan. Perlu kesabaran.perlu motivasi.

Tak semua yang buruk akan jadi buruk selamanya. Tapi tak semua benda ada solusi. Jadi kita harus selalu yakin dengan keputusan kita.

Aku Anoah. And I’m the happy dead man.