20091011

Isa & Zara,

Dulu tinggal seorang laki-laki dan kekasihnya. Mereka mencintai satu sama lain. cinta mereka begitu kuat. Tiada hati lain yang bisa menggantikan tempat laki-laki itu di hati si gadis. Sama dengan laki-laki itu. Hanya si gadis yang bertapa di relung hatinya dan dibenaknya. Mereka melarikan diri bersama dari hidup yang porak-peranda dan lesap ke dunia mereka. mereka tinggal bersama.

“ sayang. Kau nampak billboard Listerine tu?”

tanya si lelaki ketika mereka berdua sedang berteleku diatas satu bukit tinggi. Dari atas mereka bisa melihat segala-galanya. Mereka suka disitu.

“ ya. Nampak.”

“ okay, ada perkataan bahasa melayu dalam tu. Cuba cari”

si gadis mengecilkan matanya sambil memerhati benar papan billboard itu. Cuba untuk mencari apa yang tersembunyi dalam perkataan tersebut.

Lalu dia menoleh melihat kekasihnya dengan muka sedih.

“ tak jumpa..”

“ menyerah?”

“ yeah.”

“ okay. Kau tengok Listerine. Kau buang L dekat depan, then kau buang pulak NE dekat belakang. Apa kau dapat?”

“ em. Isteri !”

“ so sayang ,kalau aku dah dapat kumpul cukup duit. Will you be my isteri?”

si gadis meleng dan tersenyum.

“ sure sayang ,aku nak jadi isteri kau.”

Laki-laki berbadan tegap tinggi itu lantas mengucup bibir si gadis dengan perlahan-lahan, memegang lehernya dan membelai rambutnya.

“ I will always love you.”

Tiada apa yang boleh memisahkan mereka. tak ada.

Kedua pasang kekasih ini menagih dadah. Dengan khayalan yang menyuntik ke dalam tubuh mereka. mereka jalani bersama. Tiap kali mereka menyelami alam fantasi milik mereka ini .tangan akan senantiasa berpaut erat. Sampai mereka kembali ke alam sebenar.

“ aku nak lari dengan kau ke tempat paling indah dalam dunia”

“ tak payah. Sebab kau dah cukup indah. Tempat paling indah dalam dunia. Is to be in your heart forever.”

Mereka berdua mengharungi hidup yang payah tapi mereka tak pernah bertelagah atau apa-apa. Kalau ada masalah yang membingungkan , mereka hanya menjalaninya tanpa bingit. Itu jalan yang mereka pilih dan mereka tahu mereka harus kuat menerimanya. Walau betapa banyak duri sialan pun yang mencacak perjalanan mereka. itu semua tak menjadi masalah. Asalkan mereka ada untuk satu sama lain. hanya itu yang penting. Cinta akan menyelamatkan mereka. mereka percaya itu.

“ kau tahu tshirt putih yang aku pakai ni kan.masa kali pertama aku kenal kau tau.”

kata si lelaki,

“ yeke ?”

“ yup. apa-apa jadi dekat aku nanti. Aku nak kau pakai tau. Tshirt ni penting untuk aku. tercatat momen paling bermakna dalam hidup aku. and its you. You are the moment,and I want you to keep the moment.”

“ kau jangan tinggal aku sayang. “

“ siapa cakap. Aku kan dah kena hukuman penjara seumur hidup dalam hati kau. Penjara hati kau.”

Si gadis ketawa besar.

“ banyaklah kau punya penjara.”

“ betul lah. Ke kau nak orang ikat jamin ?”

“ siapa berani ikat jamin aku hukum gantung !”

tawa mereka makin lantang.

“ aku pun suka penjara seumur hidup aku”

“ love you.”

“ love you moree.”


Cinta telah menyatukan dua jiwa remaja yang sepi dalam gelap. Dan cinta juga memisahkan mereka. dadah telah membunuh pria idaman si gadis. Luluhnya hanya tuhan yang tau. Baju putih kekasihnya dia pakai setiap hari. Langsung tak tukar-tukar. Hanya sekali-sekala dia akan memakai sesuatu yang lain. tapi yang selalu. Baju putih itu.

Dia bawa diri setelah pemergian laki-laki itu. Sekarang dia harus menjalani perjalanan berduri seorang diri. Kali ini makin banyak duri.malah terlalu banyak.lalu dia bertemu aku. Aku haris. Menceterakan kisah si gadis dan laki-laki itu ; Zara dan Isa.

Kami jadi kawan rapat. Kerana ketika itu dia sangat-sangat perlukan seorang teman. Apalagi susuk seorang lelaki yang bisa menjaga dan melindung dia. Pada mulanya aku aneh kerana dia selalu memakai baju putih yang terlalu besar untuk badannya yang imut. Bila aku tanyakan. Dia ceritakan semua tentang Isa. Dan cinta ,cerita yang mereka telah lalui.


Beberapa tahun selepas itu. Zara didiognosis radang paru-paru. Aku biayainya di hospital. Sampai satu hari dia menangis-nangis.

“ kenapa Zara?”

“ aku tak suka baju hospital.buruk.aku nak baju Isa.”

“ tapi baju tu dekat johor.”

“ aku nak juga baju Isa,aku benci baju ni. Aku benci”

“ ok ,ok. Aku balik johor. Kau duduk sini. Aku pergi cepat,balik cepat”

dia diam dan bermenung melihat baluarti putih hospital. Aku pergi selepas membelai-belai kepalanya. Kesian dia. Dia pasti rindu Isa.

Demi Zara yang aku cintai itu , aku sanggup menunggang motor dari kuala Lumpur ke johor untuk mendapatkan sehelai tshirt putih yang bagi orang lain hanya baju kumuh yang sudah layak dibuang dalam tong sampah tapi lain untuk Zara. Baju itulah yang menjadi punca dia masih ada. Kuat mengharungi duri-duri yang dia lalui sebelum jumpa aku. memang dia kuat. Kerana Isa dia begitu. Aku tak mampu lakukan apa yang Isa lakukan dan aku tak mampu berikan apa yang telah Isa berikan padanya. Sekali cinta. Selamanya cinta.

Aku pulang ke hospital. Dan memberikan baju Isa ke Zara. Mukanya terus berseri-seri, lantas dengan laju dia menyarungkan baju tersebut ke tubuhnya.

“ terima kasih harris , kau memang baik. Kau banyak tolong aku.”

“ kita membe kan. Kalau tak tolong bukan membe lah tu”

“ kau lebih dari membe. Kau..”

“ apa?”

cakap pacar, cakap pacar. Hati kecilku berbisik.

“ macam abang untuk aku.”

“ oh. Yeah kau adik kecik aku. aku nak kau sihat”

kecewa. Aku tak tunjuk. Aku lapik dengan selirik senyuman. Memang orang takkan nampak. Inilah kuasa senyuman.


Doktor kata hidup Zara tak lama. Memang kritis sekali. Kalau dia boleh pun. Mungkin dia akan koma. Zara terlepas dengar tapi dia langsung tak sedih.

“ harris. aku nak balik johor.”

“ tapi kau belum sihat 100%.”

“ aku akan mati juga lah bodoh.”

Aku berbincang dengan doktor. Doktor tak bagi, katanya Zara harus dirawat 2 hari lagi. Dan aku akur. 2 hari berlalu. Dan Zara dibenarkan pulang. Kami terus ke johor. Zara memakai baju Isa. Semacam dia sentiasa memakai cinta mereka.

Sial. Aku cemburu dengan tshirt. Bodoh sungguh.

“ harris , bawak aku pergi bukit. Tempat aku lepak dengan Isa dulu”

“ aku tak tahu jalan.”

“ aku tunjuk.”

Setiba dibukit. Zara memaut tanganku dan meletakkan disekeliling pinggangnya. Kami menutup mata dan merasakan semilir angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa dari atas bukit itu. Lalu kami berlabuh diatas rumput hijau.

“ billboard Listerine tu still ada.” Kata Zara sambil tersenyum. Mukanya pucat dan matanya kuyu. Bila dia senyum. Macam dia dah nak mati. “ kat sini lah aku dengan dia habiskan masa-masa kami. Kita ambik dadah dekat sini. Bercinta dekat sini . ketawa dekat sini. Bukit ni banyak simpan bukti cinta kami.” Tambahnya lagi.

“ kau dan dia dilahirkan untuk bersama,Zara” kataku. Dan angin makin kencang. Hingga terjatuh salira-salira pokok menghujani kami berdua.

“ tak lama lagi. Aku akan ikut dia.”

Susah untuk aku lepaskan kau. Kau dah jadi sebahagian daripada hidup aku. dan separuh dari diri aku. tapi kau takkan tahu sebab dalam benak kau cuma ada Isa.

Aku memeluk Zara. Dia melabuhkan kepalanya ke pundakku.

“ Zara ..”

“ hm.”

“ kalau aku kena pilih antara burung cenderawasih dan kau. Aku pilih kau”

“ kenapa..” suaranya lemas dan lemah.

“ sebab.. kau terindah.”

Zara tak jawab. Badannya ringan. Bila aku lihat. Dia dah tak ada. Dia pergi jauh dengan Isa. Akhirnya mereka bersama kembali. Bukan disini, tapi disana.

Aku melabuhkan jasad Zara ke tanah. Terlalu cepat dia pergi. Mungkin memang dia mahu sangat pergi. Mukanya terlihat gembira walaupun sakit. Walaupun dah mati.


Goodbye Zara. I love you. Satu-satunya perkataan yang aku tak sempat cakap dekat kau. Aku pengecut sebab berani cakap sekarang. dengan jasad kau. Aku memang pengecut. Pergilah kau Zara , kau dah banyak terseksa.

Aku baring setumpat-tumpatnya disisi Zara yang sudah arwah itu. Dan mengucup tangannya. Hai ,aku harris. pencerita ,pencinta yang tak tercinta. its over. the end.




Mari sayang. Kita pergi dari sini. Kita kabur dari berita semalam. Kita bingar jangan hiraukan sahut mereka. ini cerita kita ya sayang ? pegang tangan aku. aku tak akan kasi kau jatuh, lepaskan pegangan itu sekali pun aku tak akan. Sungguh. Aku janji. Mari sayang. Jangan peduli kata mereka. mereka iri,mari lari.