Aku rasa kosong
Aku rasa sunyi
Rasa ini.sangat menyakitkan bukan?
Semua tak sayang aku
Aku tak ada siapa siapa
Aku kau kita sendirian dalam dunia ni
Cuma kita dengan jiwa yang gabak
Cuma kita dan kaki kita untuk kita membawa diri
Cuma kita bersama tangan kita untuk mencapai diri sendiri
Aku rasa teruk
Aku rasa gila
Aku sunyi
Aku nak nangis sepuas hati
Aku nak jerit
Aku penat senyum palsu
Aku nak lari jauh aku nak terbang
Aku bosan
Aku bosan dengan salah sangka
Aku bosan dengan hasad dengi
Aku bosan dengan diskriminasi keluarga
Aku selalu yang jahat
Aku selalu yang dikatakan punca kemusnahan
Aku porak perandakan hidup orang
Aku tak patut disayanyi
Bila aku dipeluk
Terasa palsu
Cuma untuk dijadikan bahan olok-olok saja.
Selama aku hidup
Tak pernah aku rasakan pelukan yang tulus
Yang jujur
Yang diberi hanya untuk aku
Aku nangis kerana aku sakit
Aku tak ok aku tipu aku ok
Rasa ini membobrok bobrok jiwa
Mengkocak kocak jiwa
Mencincang cingcang cincang jiwa
Berhentilah
Aku ini siapa?!
Aku cuba jadi anak baik
Maaf aku tak sebijak dia
Aku cuba jadi kakak baik
Maaf aku tak sehalus dia
Aku cuba jadi kawan baik
Maaf aku tak sesempurna mereka
Aku lebih suka ada dalam kamarku
Laman aku berkhayal-khayal
Tempat aku berketawa-ketawa
Walaupun aku ketawa dengan diri sendiri
Kamar ini gelap.
Tapi aku tenang disini
Hanya aku dan aku
Lebih tenang dari luar sana
Lampu malap.sunyi hanya kipas yang berbunyi
Itu pun perlahan.macam nak patah.lemah
Di kamar ini juga
Senja ada untuk aku
Bulan dan bintang bisa aku nampak
Mereka cantik kan?
Aku sunyi
Aku sepi
Aku plastik
Aku tak guna
Aku bodoh
Aku sialan
Aku Cuma ada aku. dan Tuhan.
Tuhan.maafkan aku. aku terkafir.aku berdosa.
Kau masih nak teman aku kan?