20091120

Saving Vee,

Aku dapat merasa kau berbisik.Berbisik dan pergi ,aku tak dapat ikut kau. Kau sangat halus untuk aku lihat. Ghaib untuk aku pegang. Jangan pergi.tolong jangan pergi.

“ Wan ada di tempat gempa tu.Tapi mayat dia belum jumpa.Tak tahu sama ada di tewas atau masih hidup.Mayatnya tak jumpa.Kau sabar ye Vee.”

Kaca-kaca mata keluar. Hati remuk. Pecah ,pecah berderai-derai. Bagaimana mahu cantumkan semula? Cuma kau yang boleh cantumkannya. Mari.tolong aku. cantumkan semula untuk aku. supaya kau boleh menyimpannya.




Dia berjalan sendiri. Ditengah jalan.ketika itu malam.kenderaan berderu-deru lajunya. Cuba untuk tidak melanggar gadis gabak itu.dia sedih,sedih sekali.

Cara dia jalan macam nak jatuh.sikit-sikit dia hampir dilanggar,sipi. Sekeras-keras mereka mencuba untuk mengelakkan daripada melanggar gadis itu. Namun malang tak berbau kan? Dia dilanggar.dilanggar bas. Dilanggar keras.

Tubuh kecilnya melayang.impak sangat kuat. Bila tubuhnya berlabuh atas jalan tar yang hitam. Tar itu terus bertukar menjadi merah.kepalanya pula terhentak kuat atas batu.berakhirlah disitu.

Doktor bilang dia mati suri.Dia langsung tak berusaha untuk bangun.

Sekarang dia tak perlu memikirkan perkara yang mengusutkan dirinya lagi.yang membikin dia sedih sesedihnya. Tak perlu. Mungkin dia juga akan menyusul. Susul si jejaka yang bikin dia menggila. Jatuh cinta. Cair. Ah. Gila sungguh cinta.


“ aku kena cari Wan. Cuma dia boleh tolong bangunkan Vee.”

Si abang,Madi. Satu-satunya keluarga Vee yang tinggal. Bertekad untuk mencari Romi kepada Juli yang sedang terlantar koma itu. Selagi mayat Wan belum diketemukan. Selagi itu dia percaya Wan masih hidup untuk Vee yang sedang mati untuk Wan.


Dari Palembang. Dia berangkat ke Padang bersama dua orang temannya dari Indonesia ini. Dhika dan Rizki,untuk menolongnya cari Wan. Usaha mereka mencari Wan pada mulanya nol. Mengecewakan. Hingga 1 minggu kemudian usaha mereka mulai membuahkan hasil apabila mereka diberitahu Wan masih hidup dan berada di salah satu rumah sakit yang agak terpinggir. Mereka fikir tiada lagi kekecewaan selepas itu tapi mereka salah. Wan terkena amnesia ketika musabah gempa itu melanda dia. sekarang dia tak ingat apa-apa. Langsung tak ingat. Mustahil dia akan pulih dalam masa yang terdekat.Madi tiada pilihan lain. dia membawa Wan pulang ke Palembang. Wan yang bagai bayi baru lahir itu hanya mendiamkan diri dan tidak protes bila diajak pulang ke Palembang.Dia menjadi lebih pendiam sekarang. agak autistik bila dilihat lagi.


“ Wan , ni Vee.”

Madi memperkenalkan Vee yang mati suri itu kepada Wan yang bingung.

“ siapa dia ?”

“ dia girlfriend kau. Kau sangat-sangat sayang dia tau.”

Dia diam.

“ oh bukan sayang. Kau cinta dia.” tambah Madi lagi.

Wan terus diam. Sambil memerhati Vee. Lalu dia bergerak kearah Vee dan berlabuh atas kerusi disisi katilnya. Masih mengamati wajah Vee. Madi meninggalkan dia sendiri bersama Vee. Tinggal mereka berdua dalam wad itu.

Wan menyentuh kulit Vee. Tercetus satu melodrama yang sangat sayu. Hatinya berdegup kencang setiap kali dia memandang wajah gadis pucat itu. Sangat kencang. Dia cuba mengingat siapa si gadis. Kerana dia seperti mengenal gadis itu. Dan perasaannya mengatakan bahawa gadis itu sangat spesial. Gadis itu adalah kecantikkannya kerana dialah si buruk rupa itu, gadis itu adalah suaranya bila dia bisu , gadis itu adalah auranya bila dia lemah untuk bangkit.

Siapa gadis ini ? dia bertanya berkali-kali kepada dirinya. Barusaha keras untuk ingat. Namun gagal. Gagal lagi dan lagi dan lagi dan lagi ! sial ! siapa dia. aku harus ingat ! dia terdesak. Dia mahu benar tahu. Dia harus tahu.

Dia pengsan. Barangkali terlalu stress. Bila dia membuka mata. dia lihat Madi. Jadi Madi bercerita tentang Vee. Tentang mereka. Tentang cinta. Semuanya.

Dia masih tak ingat.

“ jangan terlalu memaksa. Wajarlah. Amnesia ini mengambil masa.”

“ Vee.” Kata Wan.

“ kenapa dengan Vee?”

dia diam. Dan terus menyelinap masuk ke dalam wad Vee lagi dan baring disisinya. Dia meletakkan kepalanya ke dinding dada Vee , dia dapat mendengar degupan jantungnya. Lalu dia mencapai tangan Vee dan merapatkan ia ke dadanya pula.biar dia rasa degupan yang ia alami. Sama seperti apa yang dia dengar.

“ bangunlah.” Bisik Wan.


Lama-lama Vee mula menunjukkan respons.

Doktor bilang ini satu keanjaiban. Vee yang pada mulanya sangat lemah otomatis memberi gerak balas. Madi hanya tersenyum. Dia tahu semuanya kerana Wan. Walaupun Wan belum pulih tapi mereka tercipta untuk bersama. Mungkin ia sudah tertulis. Jadi dia tak sangkal lagi tentang itu.


“ adik. Bangunlah. Wan ada ni.Kau tak perlu tidur lagi. Tak penat ke setan kecil?”

Acah Madi kepada adik perempuannya yang tunggal. Yang sangat dia sayang.seraya membelai-belai rambutnya dan dahinya. Berdoa agar dia sedarkan diri. Tak usahlah kau tidur lama-lama. Ada yang perlukan kau. Kata Wan lagi. Dia tahu Vee dengar. Vee sedang dengar dan cuba untuk bangun .


Malam itu Wan menemani Vee lagi. Kali ini dia mengucup bibir Vee. Entah kenapa dia berbuat demikian. Tapi ada satu rasa yang menariknya untuk berbuat begitu. Dan perasaannya ke Vee berbunga-bunga.

Keesokkan harinya Vee sedar. Hanya Wan yang ada di wad.

“ wan.” Suaranya sayu.

“ vee..” wan segera mencapai tangannya.

“ wan you hidup lagi?”

wan diam. Dan segera menjawab.

“ for you.”

“ im dying for you.” Balas Vee.

“ im alive. And this is for you”


Vee sudah sedar sekarang.Wan masih belum ingat apa-apa. Masih amnesia. Tapi dia seperti jatuh cinta buat kali kedua kepada wanita yang sama.

Kisah cinta ini baru bermula.

Cuma Cinta sejati yang boleh selamatkan kau. Aku percaya itu.