20091123

Cupcake,

Adakah dengan membunuh diri kita akan merasa lebih tenang?

Aku terlalu banyak persoalan. Mahu tanya itu,tanya ini,tanya itu,tanya ini. Meskipun begitu aku jarang mendapat jawapan bagi setiap pertanyaanku.

Shit.

Life sucks

Hidup semua orang sucks. Tak ada hidup yang tak sucks. Bila kita cakap hidup kita macam taik. Kita tak tahu. Jiran kita pun sedang mengutuk kepada dirinya sendiri tentang betapa taiknya hidupnya. Bukan kita seorang. Kalau kita kata life sucks semata-mata sebab kita tak dapat apa kita nak. Itu tamak. Dan pentingkan diri sendiri. Kalau yang itu. barulah taik. Sebab kita yang buat taik.kerana tak ada apa yang sempurna.tapi mungkin ada yang sempurna.




Berlokasikan bukit yang tinggi jauh dari mata-mata hijau. Aku dan wanitaku berbaring dibawah taburan bintang-bintang yang kalau mahu dikira memang mustahil.

“ sayang. Banyak betul bintang kan?”

“ a ah.”

“ agaknya berapa ye?”

“ aku pun tak tahu sayang.”

“ kau kata kau sayang aku. kiralah untuk aku.”

“ tapi banyak sangat nak kira sayang.”

“ kau ni.” Dia bermemek.

“ yelah,yelah aku kira.”

Aku pun mula kira dari tengah cakerawala yang tak bertepi. Benar. Demi cinta yang kita cinta kita sanggup lakukan apa sahaja.

“ 2034..2035..2023..”

“ sayang,2036 lah ..”

“ eh sori,sori okay 1,2,3,4..”

dia terbahak kecil.

“ tak payahlah auww I love you.” Katanya. Aku lantas mengucup dahinya “ I love you too beruang.”

“ sayang , apa paling sempurna untuk kau?” dia tanya.

Aku diam sebentar sambil mengamati bintang. Dia berbelai-belai mukaku menunggu untuk aku kata dialah yang paling sempurna dengan mata bersinar-sinar. Comel. Cantik.

“ bagi kita tak ada orang yang sempurna sampailah kita jatuh cinta”

“ are you in love with me sayang?” dia bertanyakan sesuatu yang dia sudah tahu tak akan berubah jawapannya.

“ very in love with you.”

“ so you think im perfect ?”

aku toleh melihatnya.senyum dan merangkul tubuh kecilnya dengan dengan tubuhku.dengan manja dia benamkan kepalanya ke dadaku. Aku peluknya seerat mungkin.

“ kau paling sempurna.”


Dia angkat kepalanya sedikit dan mencium lembut leherku. Dan mata kami sekali lagi tertatap pada bintang-bintang. Seindah bintang malam. Seindah itulah kekasihku. aku tak mahu ada pagi. Aku mahu jam berhenti disini. Aku mahu ada didalam posisi ini. Aku mahu dia ada denganku dibawah bintang.

Tak ada apa yang lebih enak dari ini. Sungguh.