20100111

Dirgahayu,

Seorang lelaki yang hanya tahu diam. Yang tidak tahu senyum. seorang lelaki yang menunggu mati , yang menghitung hari. Seorang lelaki yang lemas dalam cahaya. Kurus , lemah , pucat – dia telah menarik aku kepadanya. Dalam diam.


“ hello.”

Dia diam sambil melirik atas bawah memandangku tajam. Tanpa menjawab , dia berpaling muka. Tanpa senyum. dia meneruskan menulis. Menulis apa,aku juga tidak tahu. Dia menulis dalam not pad kecilnya dengan pensil tua yang makin dogol.

“ kau perlukan pensil baru?”

“ tak perlu.”

“ tapi dah kecil. Nanti ,kau tak boleh tulis lagi.”

Dia diam sahaja. Dia langsung tak mempamerkan sebarang reaksi apa-apa. Seolah-olah dia cuba berbicara denganku menggunakan lenggok badannya. Dan gerak tangannya. Tapi aku tidak mengerti. Lalu aku pergi ,mengharap dia akan memanggilku kembali. Tapi mungkin dia egois kan? Jadi dia terus berkelu lidah.

Esok aku datang lagi. Dia masih di tempat yang sama. Melakukan aktiviti yang sama. Aku menegurnya. Kali ini ,gagal lagi. Kerana dia mencuekkan aku. lagi.

Namun ,dalam tempoh itu. aku berusaha mendekati dia.

Dan lama-lama ,dia layankan juga aku.

“ aku belikan kau sesuatu.”

“ apa dia?”

“ pensil. Buang saja yang lama. Ambil yang baru.”

“ aku tak mahu. Terima kasih”

“ tapi pensil kau sudah kecil.”

“ makin ia kecil, makin singkatlah umurku.”

“ maksud?”

“ pensil ini umpama meter hidup aku.”

“ boleh kau jelaskan?”

“ aku ada lagi 2 minggu untuk hidup.”

Aku terdiam serta-merta. Kaki aku menggeletar. Bagai mahu lumpuh. Sistem badan aku melemah. Dan aku terduduk sambil melonggo.

“ kenapa?”

“ I really like you.”

Aku kata.

Dia meninggalkan ruangan itu , dia meninggalkan aku.

Aku berlari kepadanya,aku pegang tangannya. Dia bilang ; ikut aku. aku nak ajak kau naik ruftop. Aku ikut. Kami berpautan tangan mendaki anak tangga hospital. Aku takut dia penat. Tapi kelihatannya aku yang penat. Bukan dia.

Sampai dia atas. Angin bertiup dengan kencangnya.

“ tempat ini. Tempat bunuh diri pesakit disini.”

Katanya , pada masa yang sama. Bulu roma aku meremang. Aku lihat sekeliling. Tempat itu memang kelihatan menyedihkan.

“ orang-orang yang bunuh diri. Menyemadikan kesedihan mereka diatas sini.mereka bunuh diri untuk merasa enak. Mereka tak mahu sakit lagi”

Jelasnya lagi.aku mengamati mukanya. Pegangan tangan aku makin kuat. Dia pandang aku pula. Dan angin menjadi paderi kami. Kalau boleh aku mahu menikah disitu juga, dan bunuh diri dengan dia selepas itu.

Menjadi masokis dengannya adalah pengalaman paling bermakna.


“ aku tak pernah suka dengan cahaya.”

“ kenapa?”

“ sebab aku tahu ,satu hari yang akan aku lihat cuma gelap. Dan cahaya tak akan mampu nak bantu aku. aku dengan gelap sahaja.”


Tiba-tiba hujan turun. Tapi tak lebat. Kilat dan petir juga tak ada.

“ jom masuk. Nanti sakit kau makin teruk.”

“ biarkan. Masa aku akan datang juga”

“ apa kau nak buat sekarang?”

“ main dalam hujan. Aku nak lari. Rasa hujan”


dia ajar aku untuk merasa hujan. Dia bukan sekadar mengajar aku untuk merasa hujan. Tapi dia juga telah mengajar aku,menunjukkan aku hidup seorang manusia yang tahu bila ajalnya akan tiba. Manusia yang tahu kapan ajalnya tiba. Yang cuba untuk mencari tahu apa itu kegembiraan sebelum bertemu ajal.


“ kau rasa ?”

dia tanya.

“ ye. Aku rasa.”

Kami depangkan tangan dalam hujan. Dan biar air hujan itu menyentuh muka kami. Biar ia meresap ke dalam jiwa kami. Biarkan.




Dia makin lemas setiap hari.



“ I like you too.”

Dia tiba-tiba bilang. Aku kaget.

“ huh?”

“ dulu kau cakap ‘ I really like you’ , sekarang aku balas balik ‘ I like you too’ “

“ kalau aku kata I love you?”

“ aku balas I love you more.”

“ kenapa tak I love you too?”

“ sebab aku sayang kau lebih dari kau sayang aku.”

“ aku percaya kau.”

Dia senyum. dia banyak senyum akhir-akhir ni.

“ kau happy?”

“ happy biasa-biasa saja.kenapa?”

“ kau nampak gembira nak mati”

“ sebab aku tahu. Bila aku mati ,aku takkan keseorangan lagi. Aku ada kau”

“ kalau aku boleh ikut. Pasti aku ikut kau.”

“ jangan.”

“ kenapa?”

“ aku akan masuk neraka. Aku tak mahu kau terseksa sekali.”

“ mana kau tahu kau akan masuk neraka?”

“ aku banyak buat dosa.jadi itu akan jadi rumah aku sebelum aku dapat cium bau syurga.”

“ bila kau dah sampai syurga. Kau beritahu aku ya?”

“ bila aku sampai syurga. Aku akan datang ambil kau.”




Dia mati dalam dakapan aku.

Tuhan sahaja yang tahu bagaimana aku mahu tutup mata selamanya bila dia tutup mata selamanya. Tak buka-buka. Badannya sejuk,kaku dalam pelukan aku.




Aku membaringkan dia ke atas katilnya. Dan menutup mukanya dengan selimut putih. Lalu aku panggil doktor. Aku terlihat buku notanya. Aku melangkah kearah buku itu dan membaca isinya. Membaca catatan terakhirnya.

I met a girl.

A girl with a beautiful heart.

She shared her heart with me.

I felt the rush.

I have to go. I can’t share her heart any longer.

I gave back her beautiful heart. So she can live for me.

If I reach heaven .I would come down and get my heart.

You are my heart. I love you.





Sudah 50 tahun berlalu. Aku tak penat menunggu dia sampai syurga. Esok pagi bila aku bangun. Aku tak tua,aku kembali muda. Aku di tempat dimana semuanya putih. Aku nampak dia sedang senyum lebar.


“ daryl ?”

“ hai Dahlia.”

“ kat mana ni?”

“ syurga. Just like I promised you.”