20100111

Monster,

Aku dikendong belakang Elyas , Elyas lari dengan pantas.Sebaik saja aku naik. Dia lari berpusing-pusing di sebuah dataran yang kosong. tika dan saat itu. kami sedang mabuk-mabukkan. Aku dan dia berteriak riang. Terasa bebas.

Dia ajak aku menjerit. Menjerit sekuat mungkin. Dia bilang lepaskan saja apa ketidakpuasan hati aku dan kekecewaan yang ada dalam hati aku. dan aku buat.

Aku jerit aku keluarkan semua. aku nangis. Elyas gosok-gosok belakang aku. dia tak ingar. Lalu dia menghulurkan botol bir ke aku. aku ambil. Aku minum. Kita menghabiskan sekotak rokok malam itu sambil minum-minum. Dia minum,aku minum. Mabuk lagi. Dan jenak. Esok pagi kami bangun. Dia hantar aku pulang.

Aku pulang dengan bau alkohol dan rokok yang kuat. Bapak aku masih tidur. Nampaknya dia gembira. Pasti semalam menang judi. Mak aku sedang siap-siap mahu jual badan. Memang itu yang dia lakukan tiap malam minggu. Aku ke kamar. Aku mandi. Aku hisap rokok sambil buka facebook. Status aku ‘ drunk. For real’ mereka komen suruh aku taubat, mereka komen suruh aku berhenti. Mereka sendiri belum benar. Orang memang begitu. Suka merasa benar tiap kali orang lain tidak benar. Memang parah. Sakit. Cermin habis mungkin. Sebab tu tak dapat mengaca. Kesian. Rumah aku masih ada cermin. Nasib baik.


Malam itu aku keluar lagi dengan Elyas. Kami lakukannya. Dan kami mabuk lagi.

Aku pulang. Aku dipukul mak dan bapak. Mereka mabuk. Dan aku jadi mangsa. Elyas masuk rumah dan tembak bapak aku. yang cuba merogol aku. aku ambil pistol dari tangan Elyas dan tembak mak aku dua kali. Bapak aku sekali lagi.

Mereka mati. aku puas. Aku dan Elyas cabut. Dan bersenang-senang. Janji kami masih hidup. Kami layak gembira. Layak selayak-layaknya.



Kenapa kau suka tulis cerita-cerita macam ni? Tak ada moral langsung. Bajet Skins ah. Kau ni tengah merosakkan remaja tahu tak. Yang mana batak, lepas baca cerita pendek kau. Mesti keluar mabuk,bunuh mak bapak.

“ kalau dorang rasa mak bapak dorang berhak mati. baguslah.”

Jawabku dengan penuh masokis.





Aku Yaya. Aku menulis tentang apa yang keluar dari otak aku. apa yang keluar. Aku tulis. Apa yang tak keluar aku tak tulis. Aku tak perlukan bahasa langit untuk menulis. Biarlah aku dengan cara aku. aku suka menulis,menulis suka aku,dan kami bercinta. Kami bercinta selamanya. Menulislah selamanya aku.



Pagi itu aku tak menulis. Aku rasa malas. Inspirasi juga malas nak datang dekat aku. aku tunggu dia datang. Kalau aku nak cari. Memang sampai mati. boleh blah. Ini rokok kelima aku. tapi aku masih juga rasa. Satu macam punya bosan.

Aku belek handphone. Kawan-kawan celaka semua. ajak keluar pasti ada hal yang tak boleh dielak. Ah! Elakkan saja. Buat apa cari hal? Sialan. Rasa bosan aku sudah sampai ke tahap klimaks. Bila sampai pada rokok ke lapan. Aku tak nak. Aku pakai jeans. Aku sarung kemeja putih lengan panjang. Capai bag. Capai kunci kereta. Cabut dari rumah. Rumah pun muak tengok aku.


Aku mengunyah roti canai yang dicicah gula. Sedap. Roti canai ,gula dan air gas. Air gas yang mengandungi gula. Gula adalah penyelesaian untuk jiwa gabak Manisnya magis.Apabila bir tidak ada dalam tangan. Apabila rokok tak membantu. Ok. Aku sudah puas.

“ ane ! the ais kurang manis satu ! “

aku senyum kepada pekerja restoren mamak kegemaran aku. dia kenyit mata dan menunjukkan ibu jarinya ke aku. aku paham benar. Aku ibu jari dia balik.









monster saya sudah lama membunuh saya.

Saya sudah mati kerana dibunuh monster.

Bila saya memandang hujan.

Saya bayangkan.air hujan yang lebat dan kuat.

Adalah bunyi tetakan kapak monster yang singgah dibelakang saya.

Sungguh kuat. Saya bayangkan air hujan adalah darah.

Bunyi adalah kapak.

Air adalah darah.

Saya sudah lama sungguh mati.

Saya tak pernah hidup.

Sejak saya hidup, saya tak hidup.

Saya dibunuh.

Dibunuh sang monster.


Mereka suka monolog aku. Ramai yang bertanya. Monster ada kaitan dengan hidup aku kah? Aku Cuma senyum dan bilang ; sebagai penulis dan performer. Saya hanya menulis tentang perkara yang tertulis di sekeliling saya. Saya meniru ,kerana Cuma saya yang boleh nampak. Lalu saya tuliskan semula dan kertas saya. Dan bagi kalian rasa,lihat,dengar apa yang telah saya tiru dari hidup saya.


“ Siapa monster?”

“ monster tu momok.”

“ momok tu siapa?”

“ dia hantu.”

“ kerek lah kau”