20100111

Tidur Dengan Saya Saja,

Malam. Saya ingin berada di sebuah padang rumput yang luas.luas sekali. Yang dihiasi dengan pagar-pagar rendah yang putih ala mat saleh.

Ada banyak pokok epal. Pokok epal yang lebat belaka. Yang memenuhi padang rumput yang luas itu.

saya ingin ada kuda putih. Yang berlari disekitar padang rumput itu.

saya ingin berada dalam suhu paling dingin. Seakan-akan saya ada di Pluto.

Saya ingin malam itu ada bintang yang banyak. Dan bulan yang paling besar, yang penuh dan putih.

Saya mahu ada kunang-kunang. Saya mahu ia menari dengan saya.

Saya mahu bergelak ketawa di padang rumput itu.

saya ingin menghirup udara yang paling segar sebelum hayat saya sampai kata titik.


Saya mahu angin yang paling sepoi dan sejuk. Biar aku kesejukkan. Agar sang putera saya memeluk saya, biarkan dia yang jadi selimut saya. cukup dia ,cukup hangat badan dia dan dia. saya selamat.


Selamat malam, malam.