20100310

alam Maya,

Gadis kurus. Beruniform jingga. Rambutnya berikal ombak paras buah dada dibelah tengah, berkulit kuning pucat,bermuka sedih ,bertangan calar akibat dicalar, berhati calar yang sudah lama tercalar.

“ Selamat pagi Cik Maya”

aku menegurnya dengan senyum di taman yang dihiasi fountain berskapturkan bidadari-bidadari kecil dengan sayap emas sambil memegang violin ajaib.

Mawar-mawar berbagai warna menjadi penjaga taman itu.

“ macam mana ? Cik Maya sihat? “ aku tanya. “ pusat pemulihan ini tak sekejam mana kan?” lalu aku berlabuh punggung disampingnya.

Dia diam. Langsung tidak memberikan perhatian kepadaku. Langsung tak meletakkan matanya kepada aku. dia membatu seperti bidadari-bidadari kecil bersayap emas tersebut. Matanya berjijar kearah salah satu bidadari tak bernyawa yang terlihat membatu sedang duduk termenung. Sayapnya terkatup, ia mendagu sambil memegang seruling.

“ Cik Maya?”


semasa aku memanggil namanya. Otomatis aku jadikan dia satu pemandangan. Rupanya yang sangat cantik dan misteri dalamannya bikin aku tergoda. Angin bermain-main dengan rambut panjangnya. Tetapi dia tidak merasai angin. Dia membiarkan sahaja angin. Kerana dia tidak dapat merasa.


“ maaf Dr Johan. Sekarang masa untuk pasien makan ubat.”

“ um.. ya ok.”

“ Maya? Makan ubat jom.”


Maya menoleh laju. Mukanya kelihatan marah. Tanpa banyak bicara.dia angkat punggungnya serta merta daripada terus bercumbuan dengan bangkut taman, cuba untuk melarikan diri dari perawatnya.

“ eh Maya! Nak pergi mana! “

“ Cik Maya ! Cik Maya ! Nak kemana?”

dia tidak menghiraukan sahut kami dan terus berlalu pergi.

**


kawan-kawan. Nama aku Iman. Aku dulu lancau. Aku main jarum. Aku jadi gigolo untuk datin-atin kaya untuk dapat duit beli benda alah jahanam tu. Tapi sekarang aku dah clean. Aku dah berjaya follow perawatan kat pusat pemulihan ni. Ini hari terakhir aku. jadi aku nak bagi pesan. Kepada kawan-kawan yang masih menjalani proses pembaikkan. Kau semua kena kuat. Kita kena tunjuk kat dunia. Kat masyarakat. Yang mereka panggil sampah ni lah yang akan jadi panji negara. Aku doakan kawan-kawan semua kuat. Kepada Tuan-tuan ,Dr Johan ,Dr Halim ,Dr Rahimah yang cun, nurse-nurse. Aku nak terima kasih banyak-banyak. Kau semua dah banyak buat aku sedar betapa bodohnya aku ni. Aku dah berubah. Jadi. Aku blah. All the best kawan-kawan!



**


malam itu badan aku panas. Aku pikir aku mahu keluar ambil angin.

Orang kata angin malam jahat.

Peduli apa aku.


Aku nampak dia lagi. Cik Maya.

Aku menegurnya dari belakang. Dia pusing. Aku senyum,dia tak senyum


“ Cik Maya kenapa tak tidur lagi?”

“ malam-malam macam ni aku memang tak tidur.”

“ aku suka main angin.”



Orang kata angin malam jahat.

Peduli apa aku.


Kami bercakap,akhirnya. Terima kasih angin.


**


aku bingung. Aku bingung dengan dunia realitas yang seringkali tak masuk akal. Sebab itu aku buat keputusan untuk masuk ke alam fantasi. Aku bina satu alam fantasi yang boleh aku bernafas tanpa harus ada rasa ragu sedikit pun. Aku mahu rasa bagaimana rasanya untuk merasa. Aku mahu jadi bidadari.


Hatinya rapuh, seperti hati pari-pari.

Walau sepatah kata celaka pun dapat merabak hatinya.


Dia mahu didukung
Dia mahu dipeluk
Dia mahu dimanja-manja
Dia mahu bahu untuk melalak-lalak
Dia mahu dicium
Dia mahu dirasa
Dia mahu dimengerti
Dia mahu jadi yang terbaik


“ nak aku dukung kau?”

“ kita nak pergi mana?”

“ lari tengah padang.”

“ kita nak buat apa kat sana?”

“ aku dukung kau sambil lari.Dan,kau boleh jerit.Kita buat apa kita suka kat padang tu”

“ kalau macam tu ,aku nak matikan jam sekarang”


**


aku memilih untuk ikut dia ke alam fantasi yang dia bina.

Kami berpimpinan tangan kemana-mana
Kami berpelukkan setiap masa
Kami bercumbuan seolah hanya itu yang bisa kami lakukan untuk hidup.

Aku dan dia.

Kami berada di tengah-tengah padang yang tersangatlah luas.

Gown pendeknya ternaik sedikit dikala dia sedang terbaring. Tangan kami masih bersatu, mereka semua tak akan memahami apa yang kita ada di dalam sini. Didalam hati,di dalam jiwa,di dalam jantung, di dalam setiap degupan.

Mereka tak akan faham.

Kita ada sesuatu yang mereka tak akan ada.

Kitalah uda dan dara.
Kitalah romi dan juli.


Sayang , aku janji. Kau tak akan jatuh lagi.
Nafas aku adalah nafas kau.
Aku akan gigit rambutmu sampai esok pagi.
Bangun dengan aku ya sayang.