20100312

Kau Metal,

Ada dua.

Satu atas,satu bawah.satu udara,satu tanah.

Mana kau pilih untuk tengok?

Tanah – ada anak kecil di taman permainan. Ada anak kecil yang berbaju merah jambu. Ada anak kecil yang tak mahu dipimpin tangannya. Kalau ia, bakal ditepis dengan ganas. Ganas-ganas anak. Dia mahu bertempiaran. Dia mahu merasa besi , apa rasanya jadi besi? Sangat metalik. Sangat keras. Dia mahu rasa angin ,apa rasanya terbang ? sangat metaforik. Sangat ordinari. Tapi sialan. ada angin, namun kaki masih di tanah? Kenapa ? kenapa kenapa kenapa?

Udara – anak kecil tadi fikirkan kakinya di biopsi. Sengaja dibiopsi. Dan dipasangkan kaki anjaib. Kaki yang bisa bawa dia keatas sana. Bersama burung. Anak kecil yang berbaju merah jambu. Dia tak lagi jumpa besi. Dia tak mahu rasa bagaimana rasanya menjadi besi. Dia tak mahu jadi metalik. Dia tak mahu jadi keras. Diatas sini kosong. Tak ada apa-apa. Kalau bernasib baik pun. Hanya akan melanggar kapal terbang air asia. Tapi buat masa ini tiada apa. Cuma burung yang tak bisa berkata-kata. Tapi bisa bawa dia terbang ke suatu tempat.

Tempat itu sangat magis.

Tempat itu tiada kena mengena dengan realitas.

Tempat itu punya satu rasa – cinta.


Kali ini tak ada dua. Hanya satu.

Cinta = satu.

Dua hati tapi satu cinta.

Maaf , tapi cinta harus kepada yang satu