20100426

Kenapa Aku Gilakan Fantasi,

Adakah kamu lebih memilih untuk .. duduk sambil membaca kertas yang kosong badannya tak ada tertulis.Atau kamu pilih untuk membaca kertas yang isinya penuh dengan kata-kata maki yang berunsur puki? Aku pilih yang kedua.

Pernah sekali dalam sebuah karya Djenar.Djenar Maesa Ayu. Dia ada pernah bilang “ kalau dalam menulis pun saya masih harus berbohong,lebih baik saya tidak menulis” kata-kata itu berengsot ke dalam diri aku bagai satu ilham yang akan aku tanam dalam diri aku sampai mati. kerana itu aku lebih memilih untuk menbaca kertas yang isinya caci maki puki daripada kertas kosong yang tak ada tulisan apa-apa.lagian apa saja yang boleh digahkan dalam kekosongan?

Makanya,aku sangat menghormati tulisan makian. Atau apa saja provokasi yang ditulis. Aku akan baca,dan aku akan terima. Kerana ia sangat jujur. Sememangnya provakasi sebegini sangat jujur. Aku mencintai kejujuran. Memang benar. Dalam realitas kita tak boleh setiap saat jujur.

Dalam realitas jujur itu satu kesalahan. Kerana manusia tidak pernah realistik tentang apa-apa. Contohnya kamu bertindak jujur dengan mengantakan kamu pernah tidur sekatil dengan kawan lelaki kamu kepada si kekasih. Tapi si kekasih mentertawa sinis sambil mengatakan “ lelaki dan perempuan kalau tidur sekatil .. tak buat apa-apa?” tak boleh jujur.

Tapi dalam belahan fantasi, ia satu .. hal yang luar biasa. Yang indahnya bak syurga.dan ia hanya boleh dilakukan dalam penulisan. Ludahkan semua.

Tahu kenapa aku sangat mencintai fantasi? Mungkin aku belum pernah tinggal benar-benar dalam yang dinamakan fantasi kerana keesokkan harinya aku pasti aku bangun kepada hari yang baru,hari yang tak ada baru-barunya. Cuma baru dinama. Setiap hari sama. Bosan. Itu dalam realita.tapi fantasi ? beda.


Apa yang aku alami. Aku ceritakan sekarang.

Aku mengaku pernah bercinta. Bercinta dengan laki-laki yang sangat sempurna.

Aku sudah mulai percaya sama cinta. Aku sudah mula percaya yang cerita cinta aku tuliskan sejak kecil sebenarnya ada. ia wujud. Bukan dongeng semata.

Tapi kenyataannya. Laki-laki itu bukan dirinya. Yang aku pikir lelaki sempurna hanya rekaan dia. dia mempunyai dua watak karakter yang beza. Diri sebenarnya telah bikin aku mati hati.manakala yang dia lakonkan, bikin aku berenang dalam cinta. Lihat betapa mahanya sesuatu fantasi itu?

Dan iya. Susuk lelaki sempurna hanya dalam mimpi kau.