20100409

Laki-Laki Bermuka Kosong Yang Anehnya Seribu Persoalan,


“ fuck ..”

“ life sucks right.”

Buih lamunanku pecah bila suara laki-laki yang tidak dikenali singgah ke gegendang telingaku. aku toleh ke sebelah kananku dan aku lihat bayang laki-laki itu. badannya agak sintal. Tapi tak terlampau besar, sedang-sedang sahaja. Dia bermuka kosong. Duduk tak jauh dari aku. sama-sama sedang menikmati malam di tepian pantai.

“ kau siapa?”

“ no one.”


Sudah aku bilang. Lelaki bermuka kosong. Yang anehnya seribu persoalan.

Aku paling semula wajah menghadap lautan yang airnya makin mengganas.menampar-nampar batu-bata pantai. Bunyi ombak bikin aku.. lemas.

“ apa yang kau fikirkan?”

laki-laki bermuka kosong yang anehnya seribu persoalan ,bersuara lagi.

“ apa?”

jeritan ombak menggangu pendengaran aku.

“ apa dia? aku tak dengar.”

Sahutan aku tidak dipedulikan. Lantas otomatis aku seperti ditarik untuk datang dekat kepadanya. Aku angkat punggung dan berlabuh disampingnya.

“ kau cakap apa?”

aku tanya lagi.

“ apa yang kau fikirkan ..”

baru dia jawab.

“ erm.. tak ada apa-apa.”

“ tak mungkin. Orang yang duduk sendirian, orang yang duduk sendirian sambil memandang sesuatu yang sangat gaser seperti ombak , tak mungkin tak memikirkan apa-apa”

aku terdiam seketika. Mata masih belum puas bersetubuh dengan ombak. Memang benar. Terlalu banyak benda yang sedang aku fikirkan. Tentang kecelakaan di hari ini. Tentang celaka apa lagi akan mampir diesok hari. Dan bolehkah aku masih duduk disini bersama malam di hari selepas esok?

“ tentang celaka hari ini. Dan entah sial apa lagi akan jadi esok.”

“ hari ini memang celaka. Tapi kita masih sempat lari hari ini juga. Untuk elakkan diri daripada terserempak dengan celaka diesok hari.”

Kata si laki-laki bermuka kosong yang anehnya seribu persoalan. Anehnya.. aku suka sama lelaki aneh. Aku mengsingsing lengan baju aku sampai siku.

“ what a cut.”

Tegurnya. Apabila dia perasan kesan luka di pergelangan tangan aku.

“ kau rasa hidup ke bila kau potong diri kau macam tu?”

“ ya. Aku rasa hidup.”

“ tapi kalau kau tersalah main objek tajam kau untuk kau potong diri kau tu. Kau mungkin akan terlanjur dia bahagian dimana kau akan rasa mati pula.”

“ takdir.”

“ itu bukan takdir. Itu nahas. Hidup kau kosong tak ?”

“ ya.”

“ dengan memilih mati. hidup kau akan kembali kosong. Jadi lebih baik kau teruskan menoreh diri kau daripada kau mati.asalkan jangan salah toreh.”


Lelaki berrmuka kosong yang anehnya seribu persoalan mengajak aku ke laut. Aku bilang aku tak mahu kerana aku takut air. Tapi dia kata. Kalau aku takut air. Aku tak akan minum air untuk hidup. Jadi aku iyakan sahaja. Dia mencapai tangan aku. dan membawa aku dekat dengan air pasang surut.

Kami mencelupkan kaki kami kedalam air, rasanya sungguh sejuk. berketar segala urat-urat dalam kaki aku.

“ apa kau rasa?”

“ sejuk.”

“ sejuk ?”

“ kau tak sejuk?”

“ tak.. rasa lagi”


aku tarik nafas panjang. Aku dongakkan kepala, aku dibawa ke kawasan bintang berjuta-juta, lalu aku tutup mata, aku merasa angin. Aku celupkan kaki aku lagi ke dalam air.

Lagi dalam , dalam lagi, lagi dalam, lebih lebih dalam.

Mata aku masih tertutup. Sehingga aku tidak sedar, aku telah melepaskan tangan laki-laki bermuka kosong yang anehnya seribu persoalan untuk mara ke depan lagi , dan akhirnya aku buka mata.. aku sudahpun terapung atas air.sebaik aku buka mata , yang aku lihat cuma bintang-bintang.dan tak ada yang lain. aku terapung dan hanyut jauh entah kemana.


Laki-laki bermuka kosong yang anehnya seribu persoalan sudah hilang.