20100411

Sari,

Im going to miss you so much


Bila kau sudah dekat dengan mati. kau akan rasa seolah kau masih akan merindukan orang yang kau cinta. Tak kisahlah kalau kau di neraka atau syurga. Rindu itu adalah perkara paling.. menggerunkan bagi aku.


“ sayang. Can I kiss your nose?”

dia bangun dari tempat duduknya dan terus kearah aku. dia depangkan tangannya luas memegang kedua pemegang kerusi,dia membongkokkan sedikit badannya lalu mencium halus hujung hidungku. Aku menutup mata apabila dia beralih perlahan kebawah dan mengambil alih bibirku pula. Bibirnya dengan bibirku merapat.terkunci.


it was 40 years ago.


Aku nampak kedutan, aku tak seperti dulu lagi. Kini kulit aku sudah berlipat-lipat. Tulang aku sudah tidak larat. Tapi cinta aku masih larat,lebih larat daripada kuda-kuda yang berlari kencang di medan perang. Edan. Cinta ini edan. Cinta yang aku belajar 40 tahun yang lalu. Bersama wanita yang sama mencium hidungku. Tak akan ada yang lain. percayalah cakap aku.


Walaupun sekarang ditakdirkan untuk dia,tidak mengenali siapa aku lagi.


“ Engku Zar? Pakcik ni Engku Zar ke?”

aku berkerut dahi dengan kedatangan seorang anak laki-laki.

“ saya berminat nak buat cerita tentang Uncle.”

“ mana awak tahu tentang saya?”

“ zaman dah modern. Saya ada baca artikel tentang ‘orang tua yang mahukan “engku zar” daripada mulut isterinya. Isteri uncle namanya Sari kan?”

“ ya. Namanya Sari. Viona Sari”

“ cantik ya nama orang dulu dulu..”

“ dia jauh lebih cantik dari namanya nak.. nak?”

“ nama saya Adam.”

“ hm. Nak Adam.”

“ boleh Uncle ceritakan?”

“ boleh..boleh”


**


it was 40 years ago.



“ Sari .. dah sedia?”

“ sedia apa Mak?”

“ Masyaallah Sari! Sari kan nak akad nikah kejap lagi”

“ oh patutlah Sari pakai baju macam ni”


Sari menderita penyakit alzhemier.


“ Zar .. “

“ ye Sari?”

“ incase my brain stops. My heart will never stop pounding for you.”


Kami tak ada anak. Kerana aku mandul. Jadi seluruh hidup aku. aku habiskan dengan Sari. Walaupun sewaktu umurnya 41 tahun. Dia sudah tak ingat siapa aku. dia jadi dingin dan kelihatan sangat sesat. Sampai satu saat, dia berasa sangat penat untuk mencari apa yang hilang. Apa yang menyesatkan.


“ tragik betul.”

Kata si Adam. Aku hanya diam memandang lantai bumi yang tak membawa sebarang erti. Sambil itu, aku menguis-nguis tangan aku sendiri.


“ Isteri uncle dekat dalam hospital inikah?”

“ ya. Dia strok sebelum koma.”

“ jadi sekarang dia koma? Dah berapa lama?”

“ 5 tahun.”

“ 5 tahun?!”

“ ya..”



**


Viona Sari adalah inspirasi aku. dia banyak mengajar aku erti hidup sebelum dia sendiri kehilangan hidupnya. Tuhan itu maha Esa. Telah dia berikan aku kesabaran dan kekuatan untuk bertahan demi Sari.


“ sayang ! hahaha stop it!”

“ geli ea?”

“ mestilah sayanggg..”


kami berdua berbaring girang diatas katil ,bisu memerhati kipas siling yang berpusing lemah. Tangan aku merayap lalu bergumpal dengan tangannya.

“ Zar ..”

“ ye Sari?”

“ jom kita koyakkan gambar kahwin kita halus-halus. Lepas tu kita tampal balik. Like puzzle ! “

“ kenapa kena gambar kahwin kita?”

“ sebab itu benda paling bermakna untuk aku.”

“ kenapa kau kena koyak benda paling bermakna?”

“ bila aku koyakkan. Aku akan rasa benda tu lebih bermakna lagi daripada sebelum ni. Dan aku nak tengok. Aku larat tak nak tampal balik untuk hidupkannya semula.”

“ kau ni pelik lah.”



Aku tak pernah fikir idea Sari itu waras. Bagi aku itu kerja gila. Dengan gambar kahwin kami sebesar gergasi. Sari telah mengoyakkannya hingga ke cebisan paling kecil. Dia sendiri kadang-kala buntu apabila cuba untuk menampalkannnya semula.

“ sayang, aku boleh belikan kau puzzle kalau kau nak.”

“shh.. aku nak focus”


namun begitu,dia sangat teliti dan fokus mencantumkan semula cebisan-cebisan kecil yang telah dia koyakkan. Sebelum dia jadi parah. Dia sempat mencantumkan hampir separuh gambar kahwin kami. Dan ketika dia parah. Aku telah mencantumkan lagi separuh. Cuma ada sedikit cebisan yang hilang.



“ nak Adam. Boleh tolong jagakan Sari? Uncle kena balik rumah sekejap. Nak solat zuhur. Uncle tak suka solat diluar rumah.”

“ baiklah uncle.”


**

aku tiba di rumah dengan badan yang capek. Aku baring sebentar atas katil sebelum ketiduran disana. Aku mimpikan Sari. Sari yang sedang sibuk mencantumkan gambar kahwin kami. Aku mimpikan rambut panjangnya yang mencecah pinggang, rambutnya yang hitam dan lurus, lembutnya Tuhan saja yang tahu. Aku rindu dengan mimik mukanya yang sungguh focus mencantumkan gambar tersebut. Aku rindu semuanya tentang Viona Sari.


Aku tiba-tiba terbangun. Jam sudah menunjukkan jam 5 petang. Aku terlepas solat zuhur. Dengan pantas aku bergegas ke kamar mandi untuk mengambil wuduk. Selepas solat . aku terbuka hati untuk masuk kedalam bilik stor yang sudah beberapa bulan tidak dijejak.


Alangkah kagetnya bila aku menemukan tin kecil. Tin kecil yang berisi sisa-sisa cantuman yang aku fikir sudah hilang. Aku ketika itu,berasanya satu kelainan. aku ke kamar lalu menyelongkar robok-robokku sampai aku menemukan gambar kahwin yang belum siap sempurna. Dengan hati-hati,teliti dan fokus. Aku cantumkan cebisan terakhir. Lalu aku bersiap-siap ke hospital dengan membawa gambar kahwin yang sempurna. Tak ada lagi cebisan yang hilang, sempurna.


**


“ uncle Zar ! Isteri uncle dah bangun !”


teriak Adam dari jauh. Aku cuma mampu terlonggo. Aku seperti tidak percaya semua magis ini telah berlaku akhirnya. Aku masih tak percaya. Adam mendapatkan aku,dan memimpinku masuk kedalam kamar sang isteri.

Itu dia. aku lihat susuk wanita paling sempurna, susuk wanita yang menjadi inspirasiku 40tahun yang lalu ..hingga ke detik ini.

Walaubagaimanapun, Sari masih kelihatan sesat.

Aku meletakkan foto kami atas meja kecil disebelah katil Sari ,sebelum mendekatinya. Dan memelukkan segenap jiwa. I miss you.


Sari menoleh tepat ke foto kami. Aku mencapaikan foto tersebut lalu memberikan padanya. Tiba-tiba aku lihat ada manik-manik kaca turun deras membasahi dataran pipinya. Kemudian dia mengamati muka aku pula.


“ Zar ..?”


akhirnya. Dia menyebut namaku. Perasan bahagia itu sukar untuk dijelaskan.

“ sari ! sari.. sayang ..”

“ zar ?”

“ ye ini zar”

dia mencapai tanganku dan dipautnya kuat. Air matanya makin deras. Dia semakin hilang nafas. Aku mohon kepada Tuhan supaya jangan ambilnya lagi.

“ incase.. my life ends. This love ..is only for you”

bisiknya halus ke telinga aku.


Tangan aku masih kuat dipautnya. Aku mengucup dahinya bila dia sudah tidak berdaya untuk berkata-kata. Aku semakin teresak apabila genggaman tanganya semakin layu. Tapi .. dia terpaksa pergi.

“ sari ? sari !”


dia pergi. Aku relakan Sari. Walaupun memang tak senang untuk aku terima hakikat itu. setidak-tidaknya. Aku setia dengan Sari hingga ke akhir hayatnya.



Rindu itu masih lagi perkara paling menggerunkan bagi aku. aku sangat-sangat kehilangan. Aku tidak lagi dibolehkan untuk membelai rambutnya sewaktu dia tidur. Aku tak boleh. Aku masih disini menangis. Aku masih disini mengisi malam dengan memeluk bajunya. Baunya masih sama.

Aku masih disini menunggu masa aku pula tiba. Tunggu aku ya sayang.

Tolong tunggu aku.