Kau pernah jatuh?
Kau pernah terbang?
Kau pernah mati?
Aku sedang berjalan di bawah salira pokok yang hijaunya menggila.lebatnya meliar kemana-mana. Ranting dari pokok belah kanan menyambung dengan ranting pokok sebelah kiri menjadikan ia seakan-akan payung hijau yang besar.
Angin yang menghembus menerbangkan dedaun gugur. Aku mendongak sambil berjalan.aku tidak lihat tanah.aku lihat payung hijau tadi. Aku langsung tak lihat tanah. Awan tidak biru seperti semalam.mahupun putih seperti kelmarin.
Bila aku tidak lihat tanah. Aku bisa merasakan kepak tumbuh dibelakangku.
“ kau suka nature?”
“ yeah.”
“ kau suka ambil gambar?”
“ yeah.”
Lelaki paling kacak dalam dunia itu memotrait aku.
“ kau suka tanya soalan?”
dia tanya.
“ yeah.mungkin hidup aku memang penuh dengan tanda tanya.”
“ let me ask you something.”
“apa dia?”
“ kau nak ikut aku?”
“ ke mana?”
“ ke rumput yang paling hijau.dan lembut.”
“ sure!”
memang benar katanya. Memang hijau rumputnya.memang lembut rumputnya.
“ tolong jadi model aku.”
“ boleh.”
“ boleh kau telanjang supaya aku boleh cat badan kau hijau?”
dan ya. Tak ada seurat benang pun dibadan aku selepas itu. badan aku telah dicatkan hijau. Umpama aku kanvas kepada artisan ini. Tanpa aku sedari.aku telah menjadi warna hijau yang paling cantik sekali.
aku menggulingkan diri di rumput yang katanya hijau dan lembut.rumput yang aku percaya hijau dan lembut. Aku menyatukan diri aku yang hijau ini dengan rumput yang hijau itu. sewarna.
“ boleh kau bawa aku tengok iris liar?”
dia mencapai tuala untuk aku pakai sekalian mengangguk bersetuju dengan kehendakku.
Aku belum sempat tanya kenapa dia tak pernah senyum.
**
iris iris iris iris.
Aku tak lagi hijau.
Di sela-sela pokok iris yang meliar itu tersembunyi botol kaca yang dipenuhi gerompolan kertas-kertas kecil. Aku berlari mendapatkan ia. Aku buka kepala botol itu dan mengoncangkan ia ,menuangkan isinya kedalam tapak tangan ku.
Hanya satu cara untuk gembira,pusing belakang
Aku toleh. Ada dia. si kacak. Sedang membelek kameranya.
Aku buka lagi kertas kecil seterusnya.
Sebelum terlambat
Aku tidak mengerti maksud nota kedua itu.aku kerut dahi dalam-dalam. Aku toleh lagi.
Dia tiada. Aku bangkit,panik,mencari dan mencari.disebalik pokok besar.dimana-mana ceruk.tapi tak kelihatan.
Aku kembali membaca nota ketiga.
Mungkin satu hari
Aku mulai menangis membaca nota keempat
Selagi nota ini tiada titiknya,jangan putus asa
Aku belum sempat tanya kenapa dia tak pernah senyum.
Kau pernah nangis? Ya.
Kau pernah jatuh? Ya.
Kau pernah terbang? Belum.
Kau pernah mati? sekarang.