Perjalanan yang dalam ertinya is being lost.
**
aku ada dalam sebuah studio panas.kipas ada,macam tak ada.ruangan itu dijajahi kepulan asap dari nikotina hampir setiap manusia dalam kamar kecil itu.neon yang makin malap, bikin aku makin ..hanyut.lagi-lagi selepas membakar beberapa daun. Tiba-tiba ada dentuman di pintu bertalu-talu.
Nadia dan Marios datang memapah aku keluar,menuruni satu persatu anak tangga dalam nuansa yang bagi aku perlahan.bebelan Nadia juga kedengaran perlahan mosyennya.badan aku dilontarkan kedalam van Volkswagen aku.
Aku sendiri tak tahu kemana akan Marios bawa kami bertiga kali ini.
Aku boleh dengar lagu akustik yang gemalai-gemalai belaka menusuk telinga aku makin dalam,makin dalam dan dalam dan dalam..
Kepala aku berat ,mata aku kuyu-kuyu lantas aku baring pandang atap kosong.
“ weehh.. “
sepi.
“ marioss.. woi..”
sepi.
“ nadiaaa..”
sepi.
“ oiii!! ..”
nadia toleh dan jerit kembali kepada aku bertanyakan kenapa.
“ kau tak rasa apa yang aku tengah tengok sekarang ni kosong sangat ke”
“ dah nama pun atap.kau nak apa lagi dope head?”
“ dah malam lah buret.mana bintang.aku nak tengok bintang”
“ otak kau.habis kau nak cabut atap tu? Kalau hujan? Baik naik motor.”
Aku diam. Dan pejam mata sambil memakan lagu-lagu enak yang dipasang Marios sebelum aku menyedari kenderaan berhenti.
“ kita kat mana ni?”
“ marijuana field “
it was heaven. Ketika itu kami hanya berlari di sepanjang padang luas itu.memikirkan cerita yang tak tercerita, puzel yang tidak boleh diselesaikan dan kolam ikan tanpa ikan. marios mengendong Nadia.Nadia pegang tangan aku. aku dan Marios berlari sekencang alam.kami manusia paling bertuah.
**
setiap hari yang aku kira.membawa kami dekat kepada sesat. Kami telah pun sesat jalan dari zaman kami kenal erti ‘kesedihan’ dan mungkin kesedihan itu masih tinggal dalam diri kami kerana kami masih sesat.atau mungkin kesedihan itulah kunci kepada kebahagiaan yang kami gilakan? Atau mungkin kesedihan itu membahagiakan? Kami melalak sambil berlari. Tangan kami depan luas sambil mendongak ke langit. Langit yang dadanya diguris bintang jatuh.
Tangisan itu tangisan bahagia? Atau likuid sialan?
“ bring me somewhere deep.”
**
kami pemuzik. Tapi kami tidak bermain di atas pentas paling mewah dalam dunia. Buat apa? Buat apa pentas mewah kalau sekarang kami berada di tengah lautan entah laut apa. Di tengah-tengah atas sampan kecil cukup tiga badan.
Aku melagukan rasa ini dengan memanipulasikan gitar tua aku untuk memainkan iramanya. Aku mahu malam ini serba hiberbola antara aku dan gitar aku. Nadia baring atas riba Marios.Marios bermain dengan rambut panjang Nadia. Dalam pada aku leka mengiramakan malam.
Tibalah susuk bola-bola jeli yang mengeluarkan sinar yang sangat terang.bola-bola jeli itu mengelilingi sampan kami. Melukiskan satu bulatan.Mereka bagaikan bintang laut.
Kami diberikan sinar dari dua alam sekaligus.
Marios mengeluarkan marijuana.
Dikongsi bersama aku dan Nadia.
Kami bertiga bertempelan antara satu sama lain seraya ditemani askar-askar yang mengelilingi sampan kami.yang bersinar itu.
Dan mungkin kali ini. Kami akan ke zuhrah pula.