20100804

My Ship Isnt Pretty,

Sangat sukar untuk kita melepaskan tangan seseorang yang terlalu bermakna.

Malam itu kita di danau kegemaran kita.Dalam sampan yang kamu bina.Untuk kita berdua sahaja.Ingat lagi malam pertama kita di dalam sampan itu.Ingat lagi bila tangan kamu menyelinap masuk kedalam blaus pendekku.

Malam itu langit kelihatan kosong tanpa bintang.lalu kita melukiskan satu jambatan pada dada langit dengan jari kita sendiri.jambatan yang akan mempertemukan kita kalau-kalau kita tersesat jalan.Magisnya,hanya kita yang telah merasa langit. Mereka salah.Rasanya bukan seperti gula-gula kapas.Malah lebih agung daripada perkara-perkara agung. Lalu kamu membinakan aku langit kelapan. Kau bilang kita akan tinggal disana. Di tempat,hanya kita yang tahu.

Semua keindahan itu dengan jari kita.

Dan kamu bisik “ aku tidak akan penat untuk terbang dan mengembang” .

Aku hanya sekadar senyum. kerana aku masih ragu.dan aku masih takut kalau-kalau kamu keletihan untuk terbang. Tapi degilmu datang. Kamu memaksa keras untuk terbang. Aku turuti saja. Kerana aku tidak mahu menyakitkan hati orang yang terlalu bermakna.

Lama rasanya untuk sampai ke langit kelapan yang kamu ciptakan untuk kita.Tapi yang pasti kami masih terbang untuk kesana. Tiba-tiba kamu letih. Dan aku tidak kaget. Kamu letih dan pegangan tanganmu makin tergelincir dari kulitku.

Im letting go to see if you’ll hold on to me.