20100929

Bring Me Along,

Semalam hari aku dan aku mahu tamatkan hari aku. semuanya galau dan berantakkan. Aku bencikan semua yang bernafas,ingin sahaja aku tamatkan riwayat mereka dan akhirnya riwayat aku. semalam hari aku, dan aku sedang menamatkan ia. Tapi mereka semua datang untuk memporak-perandakan rancangan aku. entah apa yang mereka khuatirkan, entah apa yang untung diselamatkan. Entah apa yang istimewanya aku. aku sudah tidak percaya kepada apa-apa lagi jika semua dicipta untuk berdusta. Nyahkan saja.


Edan. Aku sudah edan. Dan paling edan lagi pabila aku pilih untuk diselamatkan.

Jadi keesokkan harinya aku cuba lagi. Tapi kali ini di tempat yang berbeda. Kali ini, ditempat yang mereka tidak bisa datang memanahkan tangisan palsu mereka yang kononnya takut pada kehilangan. Kehilangan aku. aku akan tinggalkan kalian. Kalian, yang tercipta untuk berdusta. aku tidak fikir panjang hingga aku terlihat seorang gadis berpakaian lengkap seragam hospital sedang duduk-duduk dibawah pohon yang mengurai lebat. Dari lensa mataku, dapat aku lihat keindahan gadis itu apabila cahaya matahari yang kian lemah menusuk di sela-sela ranting dan dengan sukanya dia membiarkan cahaya itu bermain dikulitnya.

Tidak tahu angin apa yang menolak aku kepadanya. Kepada seseorang yang tidak aku kenali asal-usulnya. Namun,dalam hati terasa tenang apabila kaki aku tanpa sunkan dengan dratis bagai berjalan sendiri ke tempat gadis itu. ianya seperti keputusan aku yang paling waras untuk bawa diri aku pada dia.

Gadis itu menoleh lemah seraya memberikan selirik senyuman kepadaku. Apakah dia tidak gusar kalau-kalau aku akan mencederakan dia di tempat sesunyi ini? Jelas di wajahnya bahawa dia. tidak takut sama sekali. malah, dia lebih senang untuk menjemput aku selami lubuk hidupnya yang misterius. Bau rambutnya , seperti buah anggur.

“ kau buat apa atas ni?”

“ kau tak patut tanya bila kau sendiri tak tahu kenapa kau ada atas ni.”

“ bukit ini sunyi. Aku Cuma nak tenangkan fikiran.”

“ aku jadi penasaran. Agak-agak, apa cara kau untuk tenangkan fikiran ya?”


lidah aku terkelu. Aku tak ada nyali untuk berterus terang dengan niat sebenar aku ke atas bukit ini. Lantas, aku mengalih pandangan ke rumput kosong.

“ kenapa kau diam?”

dia balik tanya.

“ err. Tak ada apa-apa.”

“ kau cuma bingung. Jangan cepat buat keputusan.”

Katanya. Siapa dia? adakah dia malaikat Jibrail yang menyerupai seorang wanita? Mengapa dia bisa membaca setiap apa yang tersirat dalam benakku?

“ jangan hairan. Aku hanya meneka.”

“ kau sendiri, buat apa disini?”

aku tanya lagi soalan yang belum terjawab.

“ aku sedang melarikan diri.”

“ dari hospital?”

“ nyata sekali kan?”

“ ya. Tapi kenapa?”

“ kenapa?”

“ ya. Kenapa?”


dia hanya senyum. tanpa sebarang kata. Kembali bermain dengan cahaya.

“ hye..”

aku menyentuh pundaknya. Ia terasa sungguh sejuk. dia menoleh dengan pantas sekali. “ apa?” katanya. Dan aku membalas halus “ kenapa?”

dia tarik nafas panjang,masih memasang senyumnya itu – sebelum dia mulai cerita, “ segala bagai pembedahan yang telah aku jalani tidak akan menghilangkan penyakitku. Ia akan tetap ada. dan aku akan mati bersama ia,dalam kiraan 1,2,3.tak lama lagi. aku terdengar omongan doktor. Jadi bila aku terlepas dengar. Aku telah menerima hakikat bahawa aku akan meninggalkan dunia. Tapi sebelum itu, aku mahu pastikan aku sempat menjalani hidup seperti manusia normal. Kerana itu, aku kesini.”

“ berapa hari lagi?”

“ paling lama sebulan. Tapi, kalau aku tak makan ubat.dalam 2 minggu mungkin”

“ ubat kau ada?”

“ aku tak terfikir untuk bawanya bersama.”

“ kenapa?”

“ ubat-ubat tu bikin aku rasa tak normal.”

Kami berdua diam. Aku melihatnya yang kelihatan sangat damai. Orang seperti inikah yang akan merasa syurga? Aku tanya kembali kepada diri aku. sebenarnya atas dasar apa yang buat aku terlalu marah? Adakah aku marah kepada diri aku sendiri? Adakah aku tidak mahu menyalahi diri aku sendiri lantas mengalih telunjuk kepada orang sekeliling aku pula? Apa yang sedang aku marahkan? Kenapa aku harus tamatkan riwayat hidup aku sekarang? semua persoalan ini bermain di benak apabila aku bertemu dengan gadis yang sangat menghargai hidup tanpa merengek tentang umurnya yang pendek. Sementara aku dengan bodohnya ingin menamatkan umurku apabila tiada satu pun alasan yang kukuh untuk aku meneruskan niat tolol ini. pada detik itu, aku segera memadamkan api kemarahan dalam diri aku. agar aku bisa lebih damai.Seperti dia.

“ ambil ini.”

Dia menghulurkan bunga lavender.lalu, tanpa disuruh aku telah menghidunya. Bau yang tenang itu bagaikan mengangkat aku tinggi. Cukup tinggi hingga aku mampu untuk berdiri lagi.

Aku terlena.bila aku bangun,dia sudah tiada.Jasad mahupun roh.Aku sendirian lagi di atas bukit itu. Anehnya bau rambutnya masih segar di rongga hidungku.

Siapa pun dia.Aku anggap dia pari-pari.

Terima kasih.Terima kasih banyak.Akhirnya aku kembali berpijak di bumi nyata.