Dan pada tika itu muncul seorang laki-laki berkaki tempang dengan tongkatnya.berjalan dalam halaju yang tidak deras.tiba di tempat gadis tersebut,yang masih menangis.Seperti dia sedang berasmara dengan air mata.
“ ada habuk apa yang dah masuk mata?”
laki-laki tadi bersarkastik.Mencuba menenangkan gadis itu.Berharap dia akan tertawa,walaupun sedetik.Kerana laki-laki tadi punya alergi kuat pada tangisan.
“ aku cakap jangan pergi.tapi dia degil.tengok sekarang..”
“ siapa? Pergi mana?”
gadis itu bercerita dari abjad satu hingga yang terakhir.Tentang teman lelakinya,tentang bagaimana teman lelakinya bergabung dengan pasukan tentera negara.Tentang kematian syahid teman lelakinya yang masih belum dapat dia kompromikan.Dia memaki Tuhan dan menangis lagi.
“ setidak-tidaknya kau ada Tuhan.” Kata laki-laki tadi. “ aku atheis.Jadi aku tak ada tempat untuk campak tahi.Aku tak boleh campak tahi pada Tuhan.Kerana aku tak ada Tuhan. Aku akhirnya akan salahkan diri aku sendiri.Lebih teruk rasanya.Macam kau,kau boleh salahkan Tuhan untuk tutup rasa bersalah kau.” Tambahnya.
Gadis itu terdiam.Semuanya hening,yang kedengaran cuma kugiran cengkerik di balik semak.makin kencang.
“ aku tak pernah rasa kehilangan orang yang aku cintai.”
Laki-laki tadi memecah sepi.
“ kau pernah jatuh hati pada siapa-siapa?”
“ aku berharap untuk jatuh hati pada Tuhan.”
“ kenapa tidak?”
“ skeptisme terlalu tinggi.”
“ bukan kau yang pilih untuk jadi macam ni.”
“ aku tak pilih untuk memilih pun.”
“ jadi aku pun tak ada kuasa untuk mengubah.”
Gadis itu toleh ke barat.menghela nafas panjang,bersyukur atas kehadiran lelaki atheis yang tempang itu.Lelaki itu menyedarkannya untuk lebih menghargai Tuhan.Supaya dia boleh berhenti menyalahkan Tuhan ke atas semua senario pengambilan nyawa manusia.Kerana itu sememangnya hukum alam.
Gadis itu melabuhkan kepalanya ke pundak laki-laki tersebut.
“ kau nak tahu tak?”
“ apa dia?”
“aku masih kerap tulis dekat wall facebook dia.”
“berharap untuk dia balas? ”
“ya.”
“ kalau aku ada password akaun facebook teman lelaki kau,dah lama aku balaskan.”
“ dan buat aku fikir kau,dia?”
“ boleh juga.asalkan kau happy.”
“ aku baru kenal kau setengah jam.Tapi terima kasih.”
“ untuk apa?”
“ untuk kejahilan kau yang dah membuka mata aku.”
aluhu akhbar.